Wednesday, December 6, 2017

Doa selamat - 2/12/2017

As Salam,

Pada hari ini kami buat doa selamat sebelum berangakat buat umrah. Semuga segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga dan dapat menunaikan ibadah umrah kami dengan sempurna. Amin.

Ya Allah berkatilah perjalanan kami pergi dan balik dan juga semasa berada di bumimu. Lindungilah kami. Permudahkan segalanya. Sihatkan tubuh badan kami..aminn.

Daa..

Kenduri tahlil - 251/11/2017

As salam,

Pada minggu ini mak buat kenduri tahlil untuk arwah abah. Sekali dengan anak Nina nak bersunat dan sekali untuk aku yang akan mengerjakn umrah pada bulan december.

Ramai jugak yang datang termasuklah teman2 sekolah dan teman semasa di mekah 2015 yang sama2 mengerjakan haji. Alhamdulullah.

Daa.

BFF Brunch -2017

As Salam,

Selepas 2 minggu majlis Mas berlalu, so time kami release tension di Shah Alam togetherness dengan Ina dan Na.

Sempat shopping kain buat shawl tudung. Hampir petang baru balik rumah. Pekena mee rebus pak tam tp tak sesedap di RNR tapah. Next time nak repeat di RNR.

Daa.

Wedding Anak Mas - 5/11/2017

As Salam,

Pada 5/11/2017 kami dijemput menghadiri perkahwinan anak Mas di D'laman Klang. Ramai juga grup convent yang sama2 memeriahkan majlis.

Sempat kami pekena mee rebus kat rumah Baya. Marbeles.

Daa.





Thursday, August 24, 2017

BFF Outing Day - 13/8/2017

As Salam,

Minggu kedua bulan Ogos kami sempat outing di port biasa Subang Parade. Dah lama juga tak geder2 dengan BFF.

Layanz gambar eh!..

Wassalam

A Day Trip to Kemaman - 22/7/207

As salam,

Baru sempat nak update blog. Sebenornya lupa seh..hehehehe. Perancangan yang singkat mmg selalu happening. So apa lagi, kami berempat jalan-jalan makan angin ke Kemaman.Seronoknya tak terhingga.

Seawal pagi kul 6.45 aku dah berangkat ke Putrajaya guna uber. Janji dengan Kak Azmah. Lagipun senang kan. Secara kebetulan kakak aku pun ada family outing di Melaka. Tak sangka lak perancangan jalan2 ni menjadi. Alhamdulillah

Mujur la aku call Puji dulu masa nak gerak. Kalau tidak memang tak bangun lagi minah tu.hahahaha. ajenya. Lepas tu tunggu Xana pickup kami pulak.

Perjalanan kami dimulai dengan breakfast di McDonald. Lepas tu slow2 le si Laila tu bawak keter. Si Laila ni kawan Xana main hoki dulu.

So biarlah gambar berbicara. Apapun kami enjoyz. Awaiting for the next jjcm ke muar dan johor bharu.

Wassalam.





Tuesday, April 18, 2017

Lepaking at Subang Parade - January 2017

Assalammualaikum,

Hari ini short gedering at Subang Parade for geng cun.



Monday, April 10, 2017

Family outing DMenara Bayu Homestay Sekinchan

Assalammualaikum..

Alhamdulillah perancangan yang singkat telah menjadi kenyataan. Last weekend kami adik beradik dan mak berkumpul di DMenara Bayu Homestay. Walaupun hanya satu malam tapi semua nampak happy enjoy the moment.

Minggu ni rehat le pulak. Dah tiap2 minggu ada jer aktiviti yang nak dibuat. Badan pun dah rasa lenguh2.


X-Convent Jubli Emas Meeting 2017

Assalammualaikum,

Pada tarikh 1/4/2017 aku telah ke ipoh untuk meeting Reunion Jubli Emas Tahun depan. Meting diadakan di Casuarina Meru. Aku ina dan mas tidur kat sini. Saje relax.

Tujuan meeting untuk organize ulangtahun kami yang ke 5 series. So kami buat perancangan dari sekarang. Meeting chaired by Suzana.

Daa.


Penang Trip 2017

Assalammualaikum

Pada penggal cuti persekolahan bulan lepas aku dan mak ikut adik ke Penang cuti2 Malaysia. Kami ke Butterworth dan duduk di sana selama 3 hari. Dah lama x pergi jalan jauh2. Sempat la kami melawat Uitm Butterworth.

Layan gambar yg sempat dirakam..

Daa








Tuesday, February 14, 2017

Lepak day at Summit - 9/2/2017

Assalammualaikum...

Dah sekian lama tak melepak so akhirnya kami berjumpa di Summit USJ. Perancangan yang singkat selalunya happening. Alhamdulillah. Banyak juga la cerita-cerita yang tertunggak. Kali ni dengan kehadiran Umi.

Biarlah gambar yang berbicara..





Monday, February 6, 2017

Hitea @ Subang Bistari - 5/2/2017

Assalammualaikum..

Hari ini ada family hi-tea at Subang Bistari.Sekali sambut besday Aliff Aizad.Alhamdulillah banyak makanan. Cuma tak de birthday cake jer. Kuih muih dan makanan seperti laksa penang, mihun goreng, bubur pulut hitam. Yum Yum

Daa..







Thursday, February 2, 2017

CNY 2017

Assalammualaikum..

Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan pada tahun 2017. Semuga perjalanan kehidupanku pada tahun ini akan lebih baik. Telenovela dan drama remeh temeh aku nak kikis satu persatu. Aku ingin menjadi insan yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Semuga aku dipertemukan dengan insan yang benar-benar ikhlas menerima aku. aminn.

Bagi aku dah tak suka tak apa? Cuma jangan amik kesempatan dan berbohong. Tuhan maha mengetahui. Dah malas aku yang beria menjaga hati dan perasaan orang, at the of the day aku jugak yang kena balik. Aku redha. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin selepas ini aku akan lebih berhati-hati.

Ok. Last week CNY dan aku kebiasaannya memang balik kampung. Alhamdulillah jalan pun ok. Kereta mmg banyak tak bergerak. Sampai teluk intan pun lbh kurang sebelum 12 tgh. Aku tidur semalam di teluk intan sebab nak jumpa anak fruit aku yang belajar di Penang. Only the next day baru aku gerak ke BG.

Selepas sarapan pagi kami bergerak balik. Alhamdulillah jalan pun smooth. Siap tapau nasi ayam sebab malas nak keluar kan. Tapi hujan pulak sebelah petang. Malam tu aku ngan mak keluar makan. Balik BG mmg tak masak. Leceh.

Hari Ahad kami ke kenduri doa selamat di rumah sepupu. Sempat le pagi tu beli pisang dan kueh bakar buat buah tangan. Ramai jugak tetamu yang datang. Alhamdulillah

Keesokan hari kami bergerak semula balik ke Teluk Intan selepas zohor. Sebelum tu makan dulu. Sempat tapau goreng pisang dan air kelapa.

Ribuan terima kasih di atas cenderahati tshirt, FM dan koala bear dari Ostolia untuk mak long..hehehe

Itulah aktiviti cuti CNY tahun ni.

Daa

Monday, January 23, 2017

BFF Melaka Trip - 21-22/1/2017

Assalammualaikum..

Alhamdulillah perancangan kami berjalan lancar. Short trip akhirnya happening. Rasa cam tak puas lagi.
Perjalanan kami bermula dari jam 11 lebih mengambil Ina di Seri Petaling. Lagipun check in lambat at about 3pm. So kami tak rushing sangat pun. Just chill and relax jer. Cuaca pada hari sabtu tu pun very cosy jer tak panas dan tak sejuk. Syukur alhamdullilah..

Insyallah nanti kami repeat datang lagi.

Daa.