Monday, March 8, 2010

CNY Gedering 15/2/2010 di Restoran Laksamana Cheng Ho Ipoh







Salamzz..

Dah lamanya tak update blog sini. Untuk aktiviti tahun 2010 ni rakan2 convent 85 sempat membuat pertemuan di Ipoh sambil menyambut Raya Cina di Batu Gajah.

Aloha geng..

Firstly, intan nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua kawan2 yang hadir pada CNY gedering yang telah diaturkan pada 15/2/2010 yang lalu. Alhamdulillah gedering ni betul2 happening..Tak lupa ucapan terimakasih Intan kepada Pu3 yang tolong membuat booking di Laksamana Cheng Ho and Miedah yang banyak tolong buat confirmation dengan kawan2.

Seperti biasa kalau namanya budak conbent, mesti tak sah kalau tak riuh. Betul tak?hehhee.Tak kisah le kita dari kelas mana pun dulu..Masa tu dah ghope ‘pasor malam’..semuanya nak bercakap..hehhehe..aje yang lawak..

Antara kawan kita yang paling awai sampai si Ijah dengan Reha Tajuddin..Thanks Ar walaupun terpaksa balik dari Penang untuk sama2 kita berkumpul. Dah 25 tahun baru dapat jumpa. Tak lupa juga kawan2 yang lain – Midah, Sap, Ijan, Lynnda, Noraida, Ina, Rokiah, Pu3 and myself ler..hehehehe.

Makanan yang disajikan semuanya ok. Cuma ikan je yang agak masin kuahnya but, anyway semua makanan tersebut licin jugak weh!..hhehee. Lagipun cuaca tengah panas sekarang ni, so ayor le yang paling laku..hehehe. Cuma servis kat restoran tu agak ‘kureng’ sket. Apa pun yang penting kita semua memang hepi jer masa tu kan. Dan Intan nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terimakasih yang tak terhingga pada Datin Rokiah kita yang menaja makanan kita semua pada hari tersebut..thanks a lot!.mmuah.

Kawan kita Ijan sempat membuat cadangan untuk sama2 bercuti di royal belom. Banyak aktiviti boleh dijalankan e.g jungle tracking. So, kepada sesiapa yang berminat boleh le mintak maklumat lanjut pada Ijan ya.

Ate bila dah beramai2 ni tak sah kalau tak bergambor kan. Sempat le keme2 ni semua bergambor dengan macam2 posing pun ado..hehhee. Sebahagian gambor dah didonlodkan oleh kawan kita Lailaton Azlina (Ina). Yang lain2 kita tunggu gambor dari kamerawoman yang lain2. Bersama2 ini, Intan dah attachedkan sebahagian dari gambor2 yang ada untuk tatapan teman2 semua. Kepada teman2 yang ada facebook Intan akan taggedkan one-by-one. Sebab gambornya banyak sangat. Harap kawan2 sabor menanti ya..

Tak abih dari Ipoh, kami semua menyerbu pulak ke rumah Peik Yoke beraya..Terkezoot jugak Peik Yoke tengok kami semua datang ke rumahnya. Seronok betul dia..hehee. Dia pun tak sangka sama sekali ramai kawan2 yang sudi beraya di rumahnya. Kebetulan Suet Feung jugak sedang balik bercuti di Malaysia. Cumil sungguh anak si Suet Feung..ate campuran mat salih..heheehe.

Apa lagi semua citer lama pun diimbau balik le especially si Ijah yang sinonim dengan buku ‘mills & boon’ dia..hehehe. Untuk next raya gedering Peik Yoke akan cuba menghadirkan diri untuk sama2 memeriahkan. Tahun ni giliran rumah Datin Rokiah kita. Updates akan disusuli time by time. Most probably perjumpaan akan diadakan pada hari raya ketiga..insyallah. Mudah2an apa yang kita rancangkan akan terlaksana.

Balik jer dari rumah Peik Yoke, sempat jugak aku, Mie, Ina dan Jue pekena cendoi kat depan market. Cuaca terlalu panas pulak tu. Ina.., aritu kway teow aku tak sedp langsung..rupa & bau je sedap. Len kali x payah beli kat situ..hehehe. Intan jugak nak ucap terima kasih pada Mie yang sudi bawak kami2 semua ni jalan ke area changkat dan yang paling nostalgic kami sempat meround kat sekolah kita yang tercinta dan tempat yang pernah ada sejarah yang tak terimbau waktu persekolahan kita.Banyak perubahan jugak sekolah kita tu. Kalau berkesempatan teringin sangat nak masuk melawat sekolah kita tu..hehehehe


Untuk aktiviti seterusnya kita akan mengadakan outing di destinasi seperti yang dibawah :-

Destinasi : Cameron Highlands

Tarikh : 28/5/2010 – 30/5/2010


So far alhamdulillah feedback yang diterima semuanya memilih destinasi ke Cameron Highlands. Lagipun kawasannya tengah2. Senang le kawan2 dari Batu Gajah/Ipoh nak join. Sila confirmkan kehadiran kome2 nanti ya. Puan Presiden kita nak jawapan by end of this month..Diharap penyertaan dari kawan2 semua akan bertambah.


Intan rasa setakat ni dulu report yang sempat ditulis. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, intan harap maapkan le teman ya..lagipun idea tengah kering..hehehe. Insyallah kita semua akan berjumpa pada aktiviti seterusnya.

Semuga apa yang kita rancangkan akan berjalan dengan lancar..aminn.

Terima kasih sekali lagi buat teman2 semua..

So layanz le gambor2 yang sempat dicandid kan..

Wassalam