Tuesday, February 14, 2017

Lepak day at Summit - 9/2/2017

Assalammualaikum...

Dah sekian lama tak melepak so akhirnya kami berjumpa di Summit USJ. Perancangan yang singkat selalunya happening. Alhamdulillah. Banyak juga la cerita-cerita yang tertunggak. Kali ni dengan kehadiran Umi.

Biarlah gambar yang berbicara..





Monday, February 6, 2017

Hitea @ Subang Bistari - 5/2/2017

Assalammualaikum..

Hari ini ada family hi-tea at Subang Bistari.Sekali sambut besday Aliff Aizad.Alhamdulillah banyak makanan. Cuma tak de birthday cake jer. Kuih muih dan makanan seperti laksa penang, mihun goreng, bubur pulut hitam. Yum Yum

Daa..







Thursday, February 2, 2017

CNY 2017

Assalammualaikum..

Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan pada tahun 2017. Semuga perjalanan kehidupanku pada tahun ini akan lebih baik. Telenovela dan drama remeh temeh aku nak kikis satu persatu. Aku ingin menjadi insan yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Semuga aku dipertemukan dengan insan yang benar-benar ikhlas menerima aku. aminn.

Bagi aku dah tak suka tak apa? Cuma jangan amik kesempatan dan berbohong. Tuhan maha mengetahui. Dah malas aku yang beria menjaga hati dan perasaan orang, at the of the day aku jugak yang kena balik. Aku redha. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin selepas ini aku akan lebih berhati-hati.

Ok. Last week CNY dan aku kebiasaannya memang balik kampung. Alhamdulillah jalan pun ok. Kereta mmg banyak tak bergerak. Sampai teluk intan pun lbh kurang sebelum 12 tgh. Aku tidur semalam di teluk intan sebab nak jumpa anak fruit aku yang belajar di Penang. Only the next day baru aku gerak ke BG.

Selepas sarapan pagi kami bergerak balik. Alhamdulillah jalan pun smooth. Siap tapau nasi ayam sebab malas nak keluar kan. Tapi hujan pulak sebelah petang. Malam tu aku ngan mak keluar makan. Balik BG mmg tak masak. Leceh.

Hari Ahad kami ke kenduri doa selamat di rumah sepupu. Sempat le pagi tu beli pisang dan kueh bakar buat buah tangan. Ramai jugak tetamu yang datang. Alhamdulillah

Keesokan hari kami bergerak semula balik ke Teluk Intan selepas zohor. Sebelum tu makan dulu. Sempat tapau goreng pisang dan air kelapa.

Ribuan terima kasih di atas cenderahati tshirt, FM dan koala bear dari Ostolia untuk mak long..hehehe

Itulah aktiviti cuti CNY tahun ni.

Daa