Thursday, April 28, 2011

Percutian

A'kum..

Last week adalah hari percutian yang paling indah dalam hidupku. Nak tau sebab apa? Sebab ini trip dengan geng2 sekolah. Consider cam reunion trip. Memang best.Rasa mcm cepat jer berlalu.

~ English Tea House ~

~ Labuk Bay ~

~ Rainforest ~

~ Rainforest ~

Ni la antara gambar2 yang disnap semasa di sana..aku akan donload yang lain2 pulak.

Daa..

Sandakan Trip Class 1985 - 22/4/2011 - 24/4/2011

Percutian Geng Convent 1985 ke Sandakan Sabah (City of Nature)
Tarikh : 22/4/2011 – 24/4/2011

Assalammualaikum..

Salam ku hulurkan sebagai tirai pembuka bicara.Pertamanya syukur ke hadrat ilahi kume semua sudah selamat kembali meneruskan kehidupan seharian sepertimana biasa.Aku dah pun mula bekerja hari ini. Rasa mengantuk tu masih lagi menyelubungi diri ini tapi tetap kugagahkan juga..kalau tak kroje sape pulak nak nanggung aku ni pergi trip2 yang seterusnya pulak nanti kan..hehehehe

Sebelum itu izinkan aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada geng2 yang mengikuti rombongan ini..korang mmg best!.terasa sokmo muda belia jer wah ooi..hehehe..mana tidaknya asik gelak memanjang..ini la rahsia awet muda. tak cukup dengan itu, menyakat pulak tu tahap gaban..aje yang lawak..memang seronok sangat.

Ok, now let’s start our journey trill as below :-

Day 1

Kami semua bertolak seawal 4.45 pagi dan berkumpul di LCCT.Aku pulak malam tu tidur di rumah Sap sebab kami geder2 pegi ke airport.Rasa macam dalam mimpi pulak nak ke Sabah. Excited dan teruja sungguh, almaklum ler dah lama tak berkumpui dengan geng2..mesti lah syok kan.

Dari subang kami dihantar oleh hubby Sap ke Airport.Dalam masa 45 minit kami sampai di LCCT.Tak jauh pun dari subang.Berjumpa la kami dulu dengan geng2 dari Ipoh – Kiah, Linda & Ijan.Deme bertiga bertolak dari ipoh seawal 1.00 pagi dan sampai ke LCCT kul 3.30 pagi. Ijan terus jer sms aku katanya dah sampai..pulak tu tengah makan mi kari katanya, kih kih kih..ate sebelum subuh udah makan mi karinya..aje ngan lapor le tu..hehehehe. Time ni aku ngan Sap pun tak bangun lagi..hehehe. Sementara menunggu Xana sampai,aku, Sap & Puji semayang subuh dulu.

Pada awalnya segala2nya berjalan lancar.Aku dan Kiah check in luggage untuk masuk dalam ruang bagasi.Yang lain2 semuanya hand-carry.Aku cuma bawak beg-packed & handbag jer naik atas. 1st trill bermula apabila beg linda tidak melepasi masa check-in luggage. Kami yang lain2 semuanya dah ke depan. Masa tu masa pun dah agak crucial jugak la.Sebagai seorang kepala kantor yang mengetuai rombongan ini, Xana telah menolong Linda tuk menyettlekan kes Linda yang akhirnya terpaksa disumbatkan begnya ke perut kapei dengan extra cost..ate begnya tidak menepati spesifikasi untuk hand-carry..hehehee. .Sampai dah last call baru le semuanya settle , semasa menunggu xana dan linda kami semua sakit perut bedebor2macam nak luruh jantong takut si linda ngan zana tak sempat nak naik kapal terobang.Libang libu perut di buatnye dan alhamdulillah kami selamat naik penerbangan ke Sandakan jam 7.15 pagi tapi sayu jugak hati sbb baya tinggal. huhuhu.

Dalam kapei trobang, Xana dah siap orderkan nasi lemak pak nasir dan air kopi/teh..sedap jugak nasi lemaknya . Masing2 seronok dapat makan nasi lemak maklum le first time makan nasi lemak dalam kapal terobang selalu makan kat gerai je ..hehehe. Tak sempat nak amik gambor nasi lemak pak nasir. Next time la geng ya!..Baya, kume dah tolong makan nasi lemak kamu tu..hehehehe

Passenger nak ke Sandakan hari tu tak berapa ramai, tapi bila kume masuk jer terus jadi meriah. Mana idaknya bergebang rasa macam ghomah sendiri jer..Ijan pulak udah ghope brotih jagung bercerita macam-macam kat dalam kapei tu. Seating kami – Ijan, aku n Puji. Sebaris kami Kiah dan Linda, manakala depan kami pulak Xana dan Sap. Mesti kome heran nape Baya tak de kan? Last minit Baya terpaksa pullout from this trip atas sebab2 yang tak dapat nak dielakkan. Baya, kami paham situasi kamu..insyallah kamu leh juin masa upcoming trip kita nanti ya.

Jangan kome tak tau dalam kapei trobang x de diamnya.Ada jer cerita lucu yang nak digelakkan.Puji sempat memborong jam citizen air asia..cantik jamnya..Lepeh tu orang lain sibuk tidur, Puji, aku n Ijan sempat bersolek sakan ateh kapei trobangtu..ngeh ngeh ngeh..lepeh tu pulak Kiah follow mengkume ni bersolek..hehehe. Biasa ler kan, time2 subuh sepeei, dengan muka sememeh mana sempat nak mekap pun kan. At least ada le ghope sket bila sampai sandakan..kih kihkih..kena menten vogue beb!..^_^ kalau idak udah rope berok pulak serabai .. Udah nak sampai Sandakan baru ler nak terlelap..:)

Perjalanan kami memakan masa 2 jam untuk sampai di Sandakan. Ketika kami sampai cuaca dah agak panas. Dari airport kami telah dijemput oleh Sufian dengan van yang telah disewa sepanjang kami di Sandakan.

Disinilah aktiviti pertama kami bermula..teruskan pembacaan anda semua..hehehehe

-Sim Sim Ikan Bakar

Ok dari airport destinasi pertama kami ialah menjamu selera di Sim Sim Ikan Bakar. Memang paneh giler.Ada kipeh pun x lut rasanya. Hidangan tengahari tu set dengan nasi putih, sup, sayur, kerabu peria, sambal belacan dengan timur. Ini package yang kedai ni bagi. Kume cuma pilih ikan.Antara ikan yang kami pilih ikan terubuk, ikan cencaru, ikan pilis , ikan gomal . Selain itu ada juga sotong dan udang.

Biasa ler kalau kita ni dah berkumpui ada jer ler ceritanya..ate orang Perak memang riuh pun. Mana pergi pun bising..hahahaha. Time makan pun sama juga..yang paling kelakar Ijan ler.Memang cerita lucu.Sambey2 makan, Puji ngan Sap bercerita le pasal snorkling. Si Ijan pulak dengor lain..katanya kome nak pegi mandi kat sungai keling..bantai kume ketawa terkekeh2. Sap sampai tersedak2 bila ijan cakap ghope tu..hehehe.Dianya pulak selamba jer. Adeih!..Itu le awok dah kabor English education tu penting..kah kah kah. Langsung kenyang, tapi awok abih le juga nasi semangkuk kecik tu..hehehhee

-Tokong Buddha Puuji Sheh, Check-In Hotel & Shopping

Selesai makan kami dibawa melawat tokong Buddha yang diberi nama Puujie Sheh. Puji ada tokong weh!..kih kih kih. Lagipun time terlalu awal tuk check-in hotel. Masa tu baru kul 12.00 lebih jer. Kami sempat ler amik gambo beramai2 disitu..Dah puas nengok surrounding yang cantik kat tokong tu, keme pun teruskan perjalanan ke HOTEL NAK..bukan Nang Nak ye kawan2..kih kih kih. Tengok le aksi kami kat tokong nih..:)

-Hotel Nak

Kami check-in Hotel kul 2 petang. Bila dah masuk bilik syoknya.Dapatle merehatkan diri sekejap. Xana booked 2 bilik – satu family room dan satu lagi std room biasa. Dalam family room tu, Xana, Puji, Ijan, Sap and of course me ler..hehehe. Manakala room satu lagi tu kami beri kepada Kiah dan Linda sbb linda suka berak lama dlm bilik ayor..hehehehe

-Shopping& City Tour

Aktiviti seterusnya pergi ke pasar tuk memborong pearl..hehhehe. Masa ni ada lagi kejadian lucu berlaku. Sekali lagi ada English education yang tertinggal..sambey nulih aku rasa nak tergelak jer bila terkenangkan saat2 itu..hehhehe. Siapa lagi kalau bukan Ijan..adey..ngetor tangan aku nak menaip ni..hehehe. Nak tau ceritanya..kami semua sibuk bercerita pasal mutiara (pearl), jadi communication kami jez kata nak pi pearl..Tiba2 Ijan tanya “kome kata nak pearl tu apa? nama tempat kew.” Abis je soklan ijan tu teruih kume ketawa berdekah2 sampai sakit perut dibuatnya..adui, kenapa ijan, kenapa ijan? Lagu ni spesel ditujukan khas buat Ijan sepertimana lagu ni telah dinyanyikan oleh Shuib kumpulan Sepah dalam Maharaja Lawak..wakakakaka. Aje ngan lawak si Ijan nih!..kereh perut dibuatnya.

Masa sampai kat sini dah rambang mata. Menggoyahkan keimanan tul..heheheh. Cantik2 pearl kat sini, harganya pun reasoanable le.tapi kena pandai la tawar menawar.Macam2 fesyen ada.Aku beli la a few design kat situ. Lama juge le kami menyinggah dan mensopping di sini..ada le seribu lebih duit terobang kat situ..

- English Tea House & Restaurant

Seterusnya on the way balik ke Hotel Nak, Xana membawa kami untuk menikmati English Tea di English Tea House & Restaurant. Banyak mat salih yang datang berkunjung di sini. Tempatnya agak cozy dan nyaman.Pemandangannya mmg cantik dan santai.

Lokasinya bertempat di Jalan Istana Sandakan..this English tea house juga dikenali sebagai Agnes Keith House masa kat situ rasa macam org kaya le pulak. Tengok le gambornya..hehehe

Ada la a few photo yang sempat di snapkan sewaktu kami menikmati hidangan di sini. Akan di donlodkan secepat mungkin..tungguuu..kami cuma menikmati scone n tea jer sebab sebelah malam nak makan besar..heheheh

- Ocean King Seafood Restaurant

Makan malam kami bertempat di Ocean King Seafood..apa yang menarik disini ialah untuk menikmati lobster dan makanan seafood yang lain..Menu hidangan kami malam ni selain lobster masak cheese – sotong goreng tepung, butterprawn, sayur manis masak belacan, sapuk lada kering, isi kerapu stim with vege . Banyak kan menu kami..kome jangan jeles tau!..memang walla wey! Marvellous, yummy..walau pun pada mulanyer semua org dah kenyang makan scone tapi bila tengok lobster semua org macam kebulur le pulak hehehe ..cete pasal lobster ini ada satu lagi cete pasai ijan nie dia ingat lobster nie jugak satu nama tempat di sabah sampai tersimpul urat perut kami mengelakkan dia malam tu heheheheh

Ekceli 1st day memang agak relax sikit sebab kami tak buat banyak aktiviti. Lepas dinner kume terus balik ke Hotel Nak..sempat la naik ke tingkat paling atas Nak Hotel untuk lihat pemandangan yang cantik diwaktu malam , tapi sebentar cuma sebab ujan..hehehe..nasib baik le pun sbb semua org dah keletihan yang terlampau..

Finish for day 1 aktiviti..Kita tengok pulak aktiviti hari ke-2.

Day 2

1st aktiviti for the 2nd day ialah breakfast..hehehehe. Kami mencuba toast bread dengan Turkey ham, scramble egg, avocado & tomato..sedap jugak. Lepas breakfast masuk bilik untuk bersiap-siap ke Labuk Bay.

-Labuk Bay

Kami teruskan aktiviti ke Labuk Bay untuk menyaksikan proboscis monkey.Al maklum ler nak jumpa kaum kerabat..hehhehe. Lagipun kita ni kan dilahirkan dalam tahun monyet..kih kih kih. Bagi aku monyet spesies ni mmg bersih.Monyet ni dipanggil monyet belanda sebab idungnya menyerupai hidung orang2 belanda yang mancung..hehehe. Feeding time monyet2 ni kul 9.30 pagi.Sempat la kami menyaksikan aktiviti ini.Yang bestnya monyet2 sini semuanya makan pancake you..kerlas gitew..gambar2nya kome tengok ler dalam fb/email ye kawan2, teman donlod mana yang perlu jer dalam catatan ini..semua gambar2 yg ada dalam ni adalah ikhsan dari iphone Datin Rokiah kiter sebab yang lain2 belum donload lagi gambar..

Kat sini ada sekor monyet belanda yg diberi nama seputut. Dia ni dah kalah dalam battle antara geng2 deme..so dia x leh nak masuk dalam utan. Terpaksa la dia duduk kat luor tu je..Ju.., kume ingat nak bagi kamu jaga si Seputut ni hensem dia nie wehh..hehehehe. monyet nie walau pun sebenornye lior tapi bila tengok kume terus macam jinak je..sampai boleh tangkap gambor dekat2 dgn deme nie..macam dia tau je sedara deme dtg melawat hehehe

- Guamatong Cave

Dah puas melayan monyet kami meneruskan perjalanan ke guamatong untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti ni adalah tuk melihat burung layang2 (bird’s nest). Yang masuk dalam gua tu Xana, Kiah, Linda n Sap.Manakala aku, Puji n Ijan x masuk.Masyaalah bau taik kelawor punya la busuk sampai nak muntah aku rasa. Puji pulak dah x leh nak bernafas cium bau taik kelawor sampai semput wehh nasib baik bawak ubat sedut (tabong gas), so kume bertiga naik balik ke ofisnya tuk berehat sementara menunggu yg lain keluor dari gua. Kume melaksanakan solat di pejabat dekat Guamatong cave. Kami dimaklumkan sarang burung layang2 kat sini harganyer rm5000 sekilo wehhh..patut le ramai pekerja yang jaga gua tu walaupun bau nyer busuk nak mamposss.

-Sukau River Cruise Homestay

Dari Guamatong cave, kami menyusuri terus ke Sukau untuk aktiviti River Cruise. Tokenya orang Sukau keturunan org sungai yang mengusahakan Sukau Homestay.Pengusahanya pandai bercakap Perancis, English dan ada sijil pelancongan pun ada..Dalam masa yang sama kita juga boleh request untuk masak tapi sebolehnya bg tau in advance ler supaya senang depa nak prepare makanan. Sewaktu kume sampai cuaca mmg sejuk sebab ujan..ate lapor giler ler. Kume suruh le deme masakkan Maggie mie sebagai alas perut sebab balik dari guamatong tu kume belum makan tengahari pung..jangan kome tak tau memang licin 7 bungkus mee maggie..hahahaha.
Lepas makan Maggie deme teruskan perjalanan river cruise tu. Aku dan Kiah x juin sebab rasa mcm gayat dan sereem. Tambah bila nengok situasi botnya dan sungainya..hehehee. Lagipun time tu Kiah dah rasa sakit kepala nak migrain..so kami berdua tunggu le deme kat homestay tu jer. Yang bestnya kami dapat tidur atas tilam lagi..hehehe. Puas jugak la..Xana sempat menyuruh adik Maria masak nasi goring dengan udang galah..Lapor lagi weh! Fuyoo mmg sedap bangat masakan udang galahnya..really fresh udangnya.Udang galah Kinabatangan tempat bung mokhtar nie memang sedap gilerrr.....semasa cruise tu banyak burung liar yang kami tengok antaranyer burung hornbill, helang, merrpati dan org utan..sejuk dan nyaman udara disepanjang sungai tu....

Masa time makan ni le ada satu lagi kejadian lucu berlaku..Ijan boleh terlupa nak sebut perkataan lobster..masa dia cerita tu dia jer pandang muka aku takut apa yang disebutnya tu salah..yang aku ni pulak mana nak tau dia nak sebut apa..sudahnya dari lobster terus tukor perkataan lamboghini..wakakakakka..apa lagi ngekek le kume bila nengok ijan..memang kereh perut dibuatnya.

Apa yang diceritakan semasa deme berdayung di Sg Kinabatangan, biasa la Puji dengan keriuhannya sampai si Xana tak dapat nak snap gambor boghong..kih kih kih. Aje ngan lawak..yang si Linda pulak pening sampai tertidur dalam boat tu..silap haribulan boleh trojun dalm sungei tu..udah le boye banyak..hehhehe. Semasa on the way balik semua org tak tahan nak kencing sbb perjalanan pulang mengambil masa 2 jam lepas tu tak ada tempat berhenti pulak tu sbb kiri kanan hutan jadi semua terpaksa berkemut sepanjang perjalanan pantang van langgor lubang semua org terkucil gak ...riuh rendah dibuatnyer menahan kencing. Lastnya singgah masjid lepaskan hajat..hehehe.

- Ocean King Seafood

Malam kedua ni kami menjamu selera sekali lagi di restoran yang sama. Cuma menunya yang berbeza sket dari malam pertama. Bezanya kami makan udang lipan goring dengan bawang putih, yee mee udang, ketam masak masam manis, . Hidangan wajib sotong goring tepung, sayur manis belacan, dan sapuk lada kering (spesies lala tapi saiznya lebih besor).

Selepas abis jer dinner, kami semua terus balik ke hotel sebab masing2 dah letih. Lagipun esoknya kena bangun awal pagi sebab nak ke pasar beli lobster dan udang.hehehehe

Kita teruskan pulak aktiviti untuk hari ke-3..

Day 3

-Pasar Borong Sabah

Kami mulakan aktiviti dari jam 5.45 pagi. selesai semayang subuh terus aje bersiap untuk ke pasar. Time ni dah terang kat Sabah. Jadi kami buat morning walk ke pasar.Yang tak bestnya waktu kami ke pasar, hujan le pulak.

Kami breakfast di restoran berhadapan dengan pasar borong. Kalau makan kat hotel menunya sama mcm semalam jugak ler samada toast bread atau pancake. So ari ni kami cuba kelainan le pulak. Pagi ni aku order rojak, Kiah & Puji order soto, Sap pulak mihun Soto, Ijan Cuma makan tart telur dan Zana mihun Singapore. Xana order extra nasi impit n kuah kacang. Makanan dia not bad la jugak..Cuma sotonya bersantan..rasa macam kuah kacang..at least something different ler untuk mencuba kan.

Kume meninjau2 ikan, udang, ketam yang nak dibawak balik ke Semenanjung..Yang paling penting nak beli lobster.Masa kume sampai tu lobster dah x de. Cuma ada berbagai2 spesies udang jer. Sementara nak menunggu 2nd batch dari laut tu, kume mengambil kesempatan untuk kembali mensopping pearl lagi di tingkat atas..hehhee. Aku tergoda lagi..beli jugak le lagi..ntah bila nak pakainya aku pun x tau ler.ngeh ngeh ngeh.

Dah masing2 buat pilihan apa yang nak dibeli di pasar, kami terus ke tempat packing barang2 basah tuk di bawa balik. Sampai di tempat packaging tu ler rezeki dapatkan lobster,harganyer sekilo rm100 terus jer kami grabbed 5 ekor.hehhee.Dah selesai packing kami terus balik ke Hotel Nak tuk packing barang2 dan mandi sbb semua org dah bau nelayan perrrgghh kami check-out from the hotel kul 1 ptg.

-Lunch di Hameed Curry House

Lepas dah check-out, perjalanan seterusnya ialah melawat orang utan pulak.Sebelum tu kami singgah menjamu selera di Hameed Curry House tuk makan tengahari. Xana order Kari Kepala Ikan..fuyoo kari kepala ikan dia memang setanding macam kat KL..hehehe..very da yummy and ikan dia pun fresh. Kami makan sehingga menjilat jari..hehehehe. Memang puas la makan.Masakan yang lain2 pun not bad jugak.

-Sepilok orang utan

Lepas makan kami terus ke Sepilok Orang Utan yang tak berapa jauh dari tempat kami menjamu selera. Kami semua diingatkan supaya tidak membuat bising semasa berada di sana sebab takut orang utan tu akan mengganas. Kami juga diarahkan supaya tidak membawa apa2 peralatan seperti handbag, makanan semasa berada di dalam sana. Cuma perlu bawa kamera.Yang lain2 diletakkan dalam tempat khas yang disediakan oleh pihak pengurusan dan berkunci.

Kmai sempat menyaksikan documentary berkenaan dengan pemulihan orang2 Utan di Sepilok ni. Masa kami sampai orang utan tu punya time makan..so dat’s y kami tidak dibenarkan untuk berbuat bising takut depa tu x nak keluar. Alhamdulillah rezeki kami juga dapat le melihat orang2 utan tu bergayut sambil menikmati makanan. Orang utan ni diberi makan buah2an. Ramai pelancung dari luar yang melihat sambil mengambil pelbagai aksi yang dilakukan oleh orang2 utan tu. Nak tengok gambo tunggu deme donlodkan..aku x amik sebab bateri camera aku dah kong time tu..hehehe.kami dimaklumkan kami nie bernasib baik sbb selalunyer org utan tu ada yg tak keluar sbb takut kat org ramai tapi masa kami dtg sampai 5 ekor org utan yang keluar nengok kume...hehehhe ada bau sama kut....

-Rain Forest Wild Park

Bersebelahan dengan Sepilok, kami menyambung aktiviti ke Rain Forest. Kat sini macam jungle tracking ler..yang paling gayat semasa nak melepasi titi gantung. Kalau badan x balance mau terjatuh dalam sungai tu..memang berderau darah aku masa naik tu..tp aku baca bismillah banyak2..hehhee. Si kiah ngan si intan punya le penakut naik titi ropenyer jerit pekik kiah dibuat bila titi gantong tu bergoyang heheh

Tak cukup dengan itu, ada lagi satu lagi jambatan yang terpaksa di lalui untuk melengkapkan satu pusingan ke tempat permulaan.Kume terpaksa melalui satu jambatan besi dimana lantainya yang berlubang2 membuatkan aku rasa macam nak runtuh jantung. Aku terpaksa memeluk ijan sebb tak berani nak melihat sekelingnya, tambahan bila tengk bawah..aduss! dah lah tinggi 30meter dari tanah kalau jatuh memang ehmehmehm le jawapnyer...masing2 berpeluh sakan semasa jungle tracking nie mengalahkan acara merentas desa je.

Masa nak sampai ke bawah ni ada satu lagi cerita lucu dimana tiba2 angin ku terkeluar (terkentut)..punya la Ijan dan geng2 lain ketawakan aku. Lagipun aku pun tak sangka boley angin tu keluar..sampai sakit perut aku ketawa, dah la masa tu rasa nak terkucil pun ada..terpaksa le mengepit..kih kih kih. Sampai kat bawah terus cari toilet..aje yang haru..

Masa kami keluar dari Rain Forest waktu dah kul 5.00 lebih, so kami terus ke tempat packing barang2 basah tadi untuk terus ke airport.

-Sandakan Airport

Kami tiba di Airport almost 7.00 pm and terus check-in awal. Kami buat grup check-in. Ingatkan segala2nya berjalan lancar, tapi Tuhan menduga kami apabila barang2 basah kami x lepas tuk masuk perut kapei. Panik jugak la kami masa tu. Cepat2 Xana call Supian mintak tolong dapatkan kotak2 kecik tuk repacking supaya kami leh handcarry naik ke atas. Memang havoc masa tu dah macam pekerja bangla yang cuci airport tu bising nyer. Terpaksa la kami sumbatkan kesemua bag2 baju tu dalam perut kapei dan udang2 tu semua naik atas kapei..mmg satu experience la bagi kami semua rasa macam nak luruh jantong kami semua masa tu tapi dgn berkat kerjasama berpasukan yang jitu kami dapat mengtasinyer dengan tenang. Bila semua dah selesai baru la kami semua lega..alhamdulillah.

Ateh kapei trobang semua orang lapor. Aku ngan Puji dapat le sekali lagi makan nasi lemak pak nasir, Kiah & Sap makan sandwich manakala Ijan & Linda makan mee Maggie dan puan presiden kita cuma amik snickers jer apa nak buat hajat hati nak makan kat airport tapi tak ada rezeki le pulak sbb semua org dah kepenatan mempacking seafood tadi.

Perjalanan dari Sandakan ke KL mengambil masa 2 jam.Alhamdulillah kami selamat mendarat di LCCT dalam pukul 11.30 malam tapi punya le jauh berjalan pulak mengandor seafood tu dari kapal terobang ke terminal lcct.. rasa nak putus nafas dibuatnyer hehehhe kepada en tony fernandes yang dah kaya tu tolong le buatkan ekselator utk kemudahan pelanggan airasia ye.

Penutup

Terima kasih semua kerana impian kita untuk geder di dalam trip ini telah dapat kita realisasikan. Syukur Alhamdulillah segala perancangan kita berjalan lancar walaupun ada cabaran2 yang tak dapat nak kita elakkan..itu dah adat ler kan..hehehe

Di sini daku mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika terdapat salah dan silap, sewaktu kita bersama semasa trip ni. Semuga persahabatan kita akan terus berkekalan sehingga ke hujung nyawa dan dapat melakukan bersama aktiviti sebegini di masa-masa akan datang. Hopefully lebih banyak penyertaan geng yang lain tuk sama2 meriahkan suasana.

Ok gurls, aktiviti yang seterusnya akan menyusul selepas hari raya nanti. Ini adalah sempena sambutan jubli perak kita yang ke25 tahun. Kita akan sama2 bercuti di Langkawi. Tarikhnya seperti berikut :-

Sambutan Jubli Perak Geng Convent Batch 1981-1985

Destinasi : Pulau Langkawi
Tarikh : 21/10/2011 – 23/10/2011

So geng, di harap lebih ramai penyertaan untuk sama2 kita bercuti di Langkawi pulak sambil kita menyambut ulang tahun kita yang ke-25.Segala informasi akan diberitahu dari masa ke semasa.

Sekali lagi ku susun jari kemaafan seandainya catatan ini ada kekurangannya. Al-maklumler memory ni dah semakin low, speednya pun dah lemau..hehehehe. Apa yang terkurang tu maap ler yer!.

Akhirkata I would like to say that uols is the best friend in the world..semuga ikatan ukhwah kita ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat..amin

Once again thank you uolls!..This is the best journey. We look forward to our next trip to Langkawi in October..yeeeehaaa!

Kita jumpa di sannaaaaaaaaa….

Wassalam..

Catatan dari
~ intan ~

Edited by : Fujie

Monday, April 11, 2011

Apa Cer..

As salam..

Betapa malerznya aku nak update blog ni. Lagipun aku teda cerita menarik tuk dikongsi bersama. Cuma last week aku tak sihat. Entah apa makanan yang tak kena aku makan smp perut berangin dan muntah belilah. Tak cukup dengan tu kepala sebelah kiri sakit. 3 hari aku rasa badan aku lemah dan letih. Yang paling best tido jer.

Hari Jumaat yang lepas barulah aku rasa sihat sebab dah diberi oksigen..hehehe. sebab apa?..aku pegi buat facial..tu la pasal..kulitku pun dah ada perubahan..alhmdulillah.

Hari Sabtu pulak aku balik kg. Geram aku dengan bus driver tu tak cakap pun x lalu kat Bemban..terpaksalah aku naik teksi dari taxi stand tu ke rumah..hampeh tul.

Sebelah malam aku dpt panggilan dari Turkmenistan..rindu bangat dah pokcik tu..aku pun tak tau kenapa aku rasa cam hepi je dari panggilan dari pokcik tu..dalam hati tengah pikir mcm mana nak menghentikan segala kemelut ni.

Aku rasa lately ni aku dah lebih tenang kalau apa2 cerita yang ku dengar atau ku baca ttng mr buj..aku dapt rasakan mmg dia menyembunyikan statusnya. Aku rasa mr buj tu is somebody's dot dot dot!.. My instint dapt merasakan. Selalunya instinct seorang wanita tu betul..Aku rasa mulai sekarang aku malas nak selalu berhubung dengannya lagi..Sekiranya ada rezekiku tuk bertemu dengannya lagi..aku akan pastikan bahawa ini adalah pertemuan yang terakhir dengannya. Aku akan tanya directly padanya. Aku tak akan ganggu dia lagi..biarkan dia dengan dunia dia..cuma kalau ada rezeki aku makan nasi minyak nanti aku akan jemput dia datang.

Setakat ini dulu coretan aku..tunggu cerita selanjutnya..

Daa