Tuesday, May 14, 2013

After 2 months

As salam.,

Semalam akhirnya rindu aku terubat jugak. Ya lah dah 2 bulan aku x jumpa dia. Memang rindu sangat2lah kan. At first kata dia nak pickup aku kat tempat biasa, last2 ubah plan suruh aku datang putrajaya jumpa dia kat sana. So petang tu aku naik KLIA Express le ke putrajaya. Mujurler semalam tren very smooth and ontime. Dalam masa sejam aku dah sampai putrajaya. Lagipun tren komuter tak buat hal. Sukanya aku. Debaran usah cakap ler. Dari pagi sampai nak jumpa dup dap dup dap. Mungkin sebab lama sangat kut tak jumpa..hehehe. Apa2 pun aku memang happy.

Aku sampai Putrajaya at 7.00 pm and siap message dia early kabor aku dah sampai. Kalau sampai baru sms nanti lambat dia nak pickup aku. Jadi aku sampai just nice jer lepas tu dia datang. Pas tu dia bawak aku pegi ofis dia sebab nak sambung buat keje. Jadi aku ler kena jadi peneman dia sampai keje dia siap. Lepas ni tak tau ler kementerian mana pulak dia bertugas sb kabinet baru cuma akan diumumkan lusa. At the time being tak le sibuk macam selalu..huhu. Lepas ni aku tak tau ler bila lagi dapt jumpa dia..uwaaaa.

Kami keluar dari ofis dia dah almost 10 lebih. Perut pun dah berkeroncong. Aku paksa dia keluar makan sebab dah lapar sangat. Dia tanya aku nak makan mana. Aku ckp mana2 pun boleh. Tak kisah pun. At the end kami dinner kat taman dato harun. Sambil makan sambil tengok citer P.Ramlee. Mengekek kami. Tengok2 jam dah pukul 12.30 dan kami terus ke ofis aku nak amik keter.
Itu ler aktiviti kami. Nak tunggu movie fast & furios 6 nanti baru ajak dia tengok. Itupun kalau dia tak busy..huhu..

Akan bersambung lagi...in sha allah.

daa

No comments: