Wednesday, July 30, 2008

Kenapa Ingat Dier

Bismillahirrahmanirrahim...

Kenapa ek? dua ke tiga hari ni asyik tingat kat dier jer..agaknya dia pun ingat kat aku kut..hehehehe.memang dah lama aku tak nampak dier, dengar citer dier..semuanya tentang dier.entah la. apa lagi yang ku nak tahu pasal dier. kalau nak diingatkan balik memang sakit hati..tapi aku bukan jenis mengungkit..cuma aku terkenang saat itu..pergi tanpa sebarang kata, tinggalkan diriku terkapai2, keliru, tanpa jawapan bagi persoalan yang tergantung bertahun2..

Aku telah lama memaafkan dirimu dan aku tidak menyimpan sebarang dendam pun pada dirimu. Aku anggap itu sebagai rencah asam garam dalam kehidupan..terima kasih aku ucapkan. Kehadiranmu pernah buatku rasa bahagia walau seketika cuma..

Doaku agar kau akan terus suksess di dalam kehidupan dan kerjaya yang melibatkan kemasyarakatan. Aku bangga kerana impianmu selama ini telah berjaya..cuma pintaku janganlah kau lupa pada orang2 yang pernah sama2 mengiringi kejayaanmu di hari ini. Bukan wang ringgit yang menjadi ukuran tapi secebis ingatan buat seorang yang pernah singgah di sudut hatimu.

Renungkanlah..hanya kau yang mampu..

No comments: