Monday, September 20, 2010

Gedering Raya di Rumah Datin Rokiah (12/9/2010)






Tarikh : 12th September 2010
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Poolside Mahkota Wira Kondo, Ipoh

Salam semua,

Pertamanya teman ingin mengucapkan kesyukuran di atas kejayaan kita berkumpul di rumah Datin Rokiah kita di kondo indahnya di Ipoh pada raya ke-3. Alhamdulillah perancangan kita berjalan dengan lancar walaupun tak berapa ramai penyertaaan dari geng2 convent kita yang hadir namun ianya tetap meriah dan gamat..hehhe.

Adoyai, maleh jer nak kroje, almaklum ler dah lama bercuti kan..namun demi tugas terpaksa le juga kroje kalau idak miss le shoru..hehehe

Sebenornya teman tengah tak de idea lagi ni nak menulis report ni. Ilham belum berkembang lagi..hehhe.Tapi teman akan cuba gagahkan juga untuk mencoretkan episode gedering kali ini dengan sebaik mungkin. Kesian pulak nanti kome nunggu report aku.(perasan kejap)..hehhee. Mana2 ada yang terkurang/terlebih teman mintak maaf ya.

Antara geng2 yang hadir pada majlis gedering kali ini di poolside kondo Datin Rokiah kita :-

1) Mala – geng yang paling awai sampai..Jenuh juga dia nunggu keme2 ni yang x sampai2..hehehe
2) Ijan – bawak set askar2 dan hubby..muahaha..glemer kamu Ijan. Seronok anak2 dah besor.
3) Midah – solo }
4) Intan – solo (belum berdua lagi..hehehe) } kami2 ni termasuk mala bwak diri sendiri jer..muahahaha..
5) Zana – solo }
6) Linda – solo }
7) Baya – bawa bersama putera dan puterinya.
8) Puji – bawak bodyguard – hubby tercinta..hehhe
9) Mas a.k.a Normah Sulaiman – dengan 2 org anak daranya yang tgh membesor..hehhee
10) Lailaton Azlina – dengan puteri bongsunya
11) Rofeah – bawak hubby – 1st timer juin gedering
12) Hanida – bawak suami juga – 1st timer juin gedering
13) Noraida Othman – dengan puterinya
14) Harlina Harmain – bawak family – 1st timer juin gedering

Biasa le kan pegi mana2 pun tak boleh ilang riuhnya geng2 kita ni. Apa tidaknya bila dah start upacara sakat menyakat, kutuk mengutuk dah x leh nak buat apa dah..ate..gelak je ler..kih kih kih. Tahun ni kita welcome geng baru kita yang baru juin & lama x jumpa iaitu rofeah, harlina, hanida dan mas. Kome2 jangan serik2 datang juin..kami2 ni mmg mcm ni riuhnya..serupa juga mcm time sekolah..hehehehe. Jue, rugi kamu x datang, Kiah dah marah nunggu kamu bawak kuih ‘lidah jin’ kamu tu..hehehe. Lepeh ni kamu kena kowtim dengan puan datin ler..aku nyampaikan pesan jer..hehehe..Deme semua marah kamu x datang, Ina ngan Mas call kamu pun tak berjawap..aku pun marah juga ni sebab aku yang kena menjawab..huhu..:)-

Yang seronoknya jangan kome x tau, perjalanan kami dari Batu Gajah pun dah communication break-down..mana idaknya aku dengan Mie asyik menyembang langsung le terlepeh dari simpang ayam golek tu..hehehe. Ada 3 lagi keter yang membontoti kume hehhehe. Jenuh Baya/Puji nunggu kume sebab jauh deme nak mengonar..hehhee. Ate.., maafkan le keme yek! dah byk perubahan kat Bt Gajah ni..tu yang teman pun tak berapa nak reti..hehehe. Lastnya aku ngan Midah nunggu deme2 kat simpang nak ke ktm stesen. Bila Mas/Ina sampai kume terus jer gerak ke Ipoh melalui simpang pulai. Sampai pun dah pukul 1.00 tgh. Dah ramai juga ler tetamu jemputan yang datang. Geng yang paling awai sampai Mala dengan Noraida..hehhee. Puan Presiden kita dengan Linda sampai kemudiannya. Yang paling akhir si Peah.

Datin Kiah kita hepi benor bila kami2 ni sampai. Seronok benor dia..ate ye ler, dah lama x jumpa kan. Tambah nengok kume2 ni yang macam kanak2 riang..orang2 yang ada pun heran..hehehe. Itu ler kami..kemana2 pegi pun mesti riuh kalau dah jumpa geng2..hehehe. Makanan semuanya best2..ada nasi beriani, kwaytiao goring, cendol, biskut2, buah2an, air sirap, coffee. Memang puas ler makan tapi aku pasti semuanya x kenyang..Ate..paham2 aje ler, kenyang gelak jer lebih..hehehe. Terima kasih buat Mala yang sponsor kami dengan fruit and cheese tart..memang sedap. Ghumah aku pun licin juga..tak sangka adik teman pun gemor bebenor..hehhee

Bila masing2 dah kenyang, apa lagi sibuk dengan sesi berphoto le pulak di tepi swimming pool.. Bermacam2 aksi ada. Nanti kita lihat photo2 yang sempat disnap oleh rakan2 kita. Akan dipublishkan di FB dan email once gambar dah didonloadkan…sabar ya kawan2..kome, legheh le donlod gambor, tak sabor nak nengok aksi2 “terlampau”..hehhehe. Setakat ni aku nampak Puan Lailaton kita dah nganto aksi2 kita kat FB..sile le nengok..hehehhe

Sebelum kume bersurai, Puan Presiden kita sempat mengucapkan sepatah dua kata mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datin Rokiah kita yang menjadi host untuk gedering kita pada tahun ni. Datin jangan serik2 ye jemput kami2 ni yang sentiasa hepi go lucky dan ghiuh sentiasa..hehehe. Kami juga berterima kasih tak terhingga di atas pengorbanan Puan Datin kita yang terpaksa menangguhkan untuk beraya ke Australia semata2 nak berkumpul dengan kita.. kami amat2 menghargainya..mmuah!.
Tak lupa juga buat teman2 yang menghadirkan diri dan insyallah pada tahun hadapan diharapkan akan lebih ramai lagi penyertaan dari geng2 kita yang lain…Insyallah.
Kami juga sempat berbincang untuk aktiviti seterusnya. Outing untuk aktiviti seterusnya akan diberitahu dan diwar2kan by time to time. Lokasi yang dicadangkan ; Cameron Highlands/ Pangkor /Teluk Batik/ Lumut/Teluk Rubiah. Tarikhnya akan diberitahu kelak berkemungkinan pada awal tahun hadapan. Segala infonya akan kami update nanti. Tapi sekiranya ada yang berminat nak pegi umrah ramai2 boleh le kita buat kutu..bendaharinya kita lantik Puan Hajah Norbaya untuk mengendalikan aktiviti mengutip kutu..hehhehe..apa macam Baya!..muahaha
Tak cukup dengan rumah Datin, kume terus menterjah rumah Mala pulak ..hehhe. sempat le beraya sekali di ghumah Mala sambil solat zuhur. Kami ngikut sebab si Ina nak amik kueh kat Mala..Zana and Rofeah pun ikut juin sekali. Masa kami nak balik tu hujan lebat. Tak abih rumah Mala, aku ngan Mie singgah pulak rumah Muhaini. Memang raya sakan kami ari tu..hehehe..ate bila lagi kan..maghrib baru sampai ghumah..hahahha..
Teman juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf jika sekiranya coretan kali ni tak berapa nak umph dan agak skema sket, sebab input memori tawun ni agak slow sket..hehehe..al maklum ler kan..:)- Di harap kawan2 semua hepi. 2nd report akan menyusul..tunggu!...
Akhirkata SELAMAT HARI RAYA buat semua sekali lagi..selepas ni kita terjah rumah sape pulak!..ngeh ngeh ngeh.

Wassalam.

Yang Menjalankan Tugas,
~ Intan Shamsina~

No comments: