Monday, February 14, 2011

Kematian

Salam,

Pada hari Jumaat lepas aku menerima perkabaran Wan Nik di Kg Susun meninggal dunia. Wan Nik merupakan sepupu kepada abah aku dan kami rapat. So, last Saturday kami sekeluarga balik menjenguk keluarga Wan Nik. Kami tak sempat melihat jenazah ketika sampai di sana.

Sempat le kami singgah di Kg Dhobi melihat rumah peninggalan arwah datukku. K.Long pun tak berani nak tinggal kat situ. K.Long sekarang tinggal dengan abah dan mak di Bemban. Cuma dalam seminggu tu abah akan tengok2 rumah pusaka tu..Sayang kan rumah tinggal cam tu..

Semasa on the way balik KL, kami dapat lagi satu berita pakcik ku sorang lagi meninggal..innalillah. Semuga arwah Wan Nik dan Pak Ee di tempatkan di kalangan orang2 berimana..amin.

Daa..

No comments: