Monday, March 12, 2012

Fullstop!..11/3/2012

As Salam.,

Terlebih dulu aku ingin memanjatkan kesyukuran di atas segala limpah rahmatnya. Pertanyaan yang sentiasa membelenggu fikiranku selama ni telah terjawab dengan terang dan jelas. Aku amat bersyukur kerana aku tk payah nak bertanya directly pada dia. Di sanalah segala teka-teki terjawab dan mimpi yang kualami juga serupa. Ramalanku benar belaka.

Dengan langkah drastik aku akan membuat pembaharuan. Untuk meneruskan aku dah tak nak dan tak sanggup lagi dah. Cukuplah aku rasa diriku tertipu selama ini. Aku bersykur instinct aku tepat. Rasa malu, segan semua pun ada.

Tapi aku x nak la cepat melatah. Aku akan teruskan lakunan aku sehingga hutang aku dijelaskan. Lepas tu aku akan angkat kaki perlahan2. Biarlah samada dia nak tanya ke tidak selepas ini aku dah x nak menoleh ke belakang lagi. Cukuplah. Aku bukan seperti yg kau samakan dengan yg lain. Kalau aku tahu dari awal mmg aku tak nak pun.. buat apa kan?

Tak perlulah aku nak mengungkit lagi. cukuplah ianya menjadi satu kenangan yang terindah dalam lipatan kehidupanku. Akan aku semat kemas2 dalam kotak ingatanku. Aku x nak bukak lagi selepas ini. Cuma sebagai seorang teman/kawan aku mendoakan kebahagiaanmu dunia dan akhirat. Jangan sesekali kau menyakiti insan yang telah banyak berkorban untukmu. Hargai dia dengan sebaik2nya.

Selepas ini apabila segala2nya sudah selesai, tolong jangan cari aku. Biarkan aku dengan kehidupanku.

Terima kasih di atas segala2nya. Terima kasih pernah buat I suka/duka/happy dan mcm2 lagi.

Akhirkata ku ucapkan Selamat Tinggal Kawan. Insyallah kalau diizinkan Tuhan kita akan bertemu.

Tiada apa lagi yang ingin aku coretkan..aku nak hout dulu.

Daa..

No comments: