Venue : Putrajaya
Date
: 7th August 2016
Assalammualaikum dan selamat sejahtera uols;
Just a short post-mortem report.Perancangan yang singkat
memang selalunya ummphh! Rasa bersyukur happening sungguh gedering kita semalam.
Sampai pagi ini aku masih lagi tersenyum
sendiri mengingati aksi2 kita yang ceria dan havoc. Kalah budak2 sekarang lagi..hehehe. Yang
penting kita happy maa!..betul tak? Ditambah lagi bila berulang-ulang kali aku melihat vc kita.
Video clip raya memang best. Terasa macam duduk kat obersea lah pulak uols!..ha ha
ha. Terbaeklah..i loike. Aku rasa si Sara pun penin nengok telatah mama dan
kawan-kawan mama dia…hehehehe. 2nd
video clip pun best juga dengan aksi sempoi ahli-ahli jemaah Conben..ajenyer
penin!.hehehe
Kemeriahan kita ditambah dengan kehadiran Ijan Ipoh mali
menceriakan lagi suasana semalam. Biasa le kalau Ijan ada memang tak kering
gusi dibuatnya. Rambut pun dah blonde weh!..Yang best tu tabik spring kat Ijan
sebab rajin memasak. Sampai jer rumah Zana, terus ke dapur. Masak goreng
cempedak, lepas tu masak nasi goreng ler. Sedap kome!..he he he. Untuk
Hajjah Baya pun nasi goreng
in da house atas permintaan Baya yang sampai agak lewat hari tu. Terbaek dan terima kasih Ijan..
Yang lawak masa masak kari ikan tengahari semalam. Siap gaduh lagi ngan Baya kat dapur rumah Zana tu.kih kih kih. Comey
jer nengok deme gaduh manja..aku tukang gelak jer..he he he. Sap masa tu tengah
sibuk kopek cempedak..he he he. Ucapan terimakasih pada Zana di atas kesudian melayani karenah
kami dirumah mu. Terasa berada di rumah sendiri free and easy..hehehe. Tapi
sebelum tu aku ngan Sap dah kena tadah telinga sebab sesat..kah kah kah
Alhamdulillah tema portluck kali ni memang meriah. Dapat ler
kita merasa hasil ayor tangan ahli2 jemaah conben. Kome semua memang talented.Semua
makanan sedap-sedap belaka. Kari ayam
Tipah, kari ikan Baya, ulam-ulaman Zana, sambal tempoyak, sambal belacan
dan ikan goreng Ijan, Cempedak Sap, rendangg ayam Ina, gulai taucu Na, dessert
Udi..wallawey! dan ayor teh masala Hasnol memang sedap. Marbeles! Sian Mas tak
sempat nak masak sayur..nanti lepas ni kita berkelah lagi yer..Insyallah.
Tipah antara ahli Jemaah yang tiba paling awal bersama
anaknya yang comel. Bila kami sampai jer terus ngap sebab masing-masing dah
kelaparan. Tak lama lepas tu Ina/Mas/Na
pun sampai. Udi.. meriah sungguh dessert mu dan Ina sedap agar-agar
lumut kamu. Nanti buat lagi eh!. Aku pulak perut dah bloated berangin sebab makn cempedak..tapi tetap balun
jugak ler sebab lama dah tak makan. Hahaha. Bila dah kenyang aktiviti bergambor
bermula. Bior ler gambo yang berbicara.Macam-macam aksi ado!..he he he.
Layanss.
Ucapan terimakasih pada Fujie menerima kehadiran kami
diteratakmu. Kami happy tengok kecerianmu. Alhamdulillah. Mintak sorry yer
kalau ada yang terlebih terkurang. Semuga Fujie terus kuat, tabah mengharungi
segala dugaan ini. Sesungguhnya Allah menyayangi kita semua. Sama-sama kita
lakukan yang terbaek memohon ke hadratNya . Semuga segala amalan kita dirahmati
dan diberkati..aminn
Akhirkata semuga ikatan ukhwah kita berkekalan sehingga ke
akhir hayat. Ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan tuturbicara dan
perbuatan yang menyinggung perasaan sesama kita dari dulu, kini dan selamanya.
We are BFF forever. Luv uols!
Wassalam and thank you.
Intan S
Sexiteri
No comments:
Post a Comment