Convent – Krabi Holiday Trip
Date : 15th Sept – 18th Sept
2016
Assalammualaikum dan
Selamat Sejahtera
Intro
Woohooo!!! Bravo! Am very
happy to announced that our trip is successful and happening.Yeayyy!!!!! Thanks
to our organizer Madam Safzelene Anida
a.k.a Sap for this lovely trip. Walaupun sedih tanpa kehadiran Zana dan Puji
kami redha dan amat memahami. Kepada Ina dan Mas welcome to the convent holiday
grup. Penyertaaan kome berdua amat-amat dialu-alukan. Dapat juga kome berdua menjuinkan
diri untuk trip kali ini. Amacam..
best kan..hihihi..
Apa yang dapat dikatakan ucapan alhamdulillah semuanya berjalan lancar
dari saat kita berlepas dan kembali dengan selamat. Banyak cerita dan ragam
setiap kali bila bersama especially Ijan
yang sentiasa menceriakan keadaan. Tanpamu rasa sunyi dengan usikan dan aksimu
yang bersahaja. Kipidap Ijan.
Oklah tak nak intro
panjang2 sangat. So lets read our journey tour experience :-
Day 1 – Ronda-Ronda Ao Nang
Bergerak ke KLIA2 dalam
jam 4.30 pagi dan terus check in luggage. Selesai semua rushing untuk solat
subuh pulak sebelum boarding at 6.30 am.
Sampai Krabi airport @ 7.30 am
Pickup by abdun di Krabi
Airport. Bawak round pekan dan pasar untuk beli
snek gajus, kekacang dll. Dah settle shopping kami bergambar di kawasan pantai sebelum
dibawa makan tengahari. Macam-macam posing ado. Ramai juga pelancung yang
datang semasa sessi kami bergambar di tugu ketam dan ikan.
Dah puas posing, kami
dibawa terus ke parknam restoran untuk makan tengahari. Wallawey makanan kat
sini memang sedap weh!. Masa tu baru jer kul 11 am lebih jer. Tapi cuaca terik
jugak. Menu utama sudah semestinya tomyam. Selain tu sotong dengan telur
berempah, ayam gajus, sayur broccoli, tomyam, air kelapa. Di masa ni ler ada
satu kejadian lucu berkalu. Majoriti kami semua order ayor nyior except Baya
order laici. Aku pulak duduk tengah di antara Kiah dan Ijan. Dalam banyak2 ayor
nyior tu cuma Ijan yang dapat isi nyiornya tebal. Merungut ler minah tu katanya
kereh. Kih kih kih.Jadi Kiah pun suap Ijan sikit isi kelapanya. Masa tu le Ijan tersembur isi nyior tu dalam
ayor nyior aku..hahahhaha. Bantai kume gelak. Yang si Baya pulak order air
laici, punye le maneh. Orang2 Krabi ni memang suka manis kut. Anyway makanan
semua licin kan!..Terbaek!
Dah kenyang kume dihantar ke hotel Halliwea. Weh, jenuh
kena angkat beg naik tangga !hehehe. Walaupun tak tinggi tapi cungap juga le
. Yang paling strong naik tangga si minah
Siam Ijan..siap pakai kasut tinggi lagi tuh. Terbaek beb!.Ijan siap panggil
kume OKU..adehhh!.hahaha..
Dah masuk bilik
masing-masing apa lagi rehat sekejap dan solat sebelum meneruskan aktiviti
jalan-jalan sekitar hotel. Planning ke pasar malam tapi tak jadi sebab malam
jumaat. So tukar ke hari sabtu malam. Cuaca petang tu agak panas dan terik
jugak.
Di sepanjang hotel tempat
kami menginap tu berderet kedai especially kedai makan. Di sini kebanyakannya
orang Islam. Jadi tak susah nak makan.
Tengah jalan-jalan sempat
Kiah dan Sap beli pancake pisang dan pancake cokelat. Sambil jalan sambil
menikmati keindahan sekeliling. Ijan yang jalan seiring dengan aku, tiba-tiba
ketawa gelihati. Heran juga aku sebab apa ketawa dan tanya kenapa? Terus dia
tunjuk kaki aku. Rupanya dia gelihati
tengok jari kaki aku terkeluor dari kasut. Kah kah kah. “Tak rasa ke tanya
Ijan?’ Apa lagi aku pun gelak juga ler. Aku pun x sedor masa tu sebab tak rasa
apa..hahaha. Aku tanya Ijan kenapa tak amik gambor..hihihi.Bantai deme gelakkan
aku. Tambah tengok muka Ijan lagi le aku
tak leh nak tahan gelak. Udah le Ijan pakai satu set merah bajunya.Ni pun masih
aku ketawa sampai keluor ayor mata nak nulih report ni. He he he
Memang petang tu kami
ronda kawasan sekeliling sambil shopping. Aku pulak sempat le beli bedak beras
si Aisyah kirim kat aku. Memandangkan keesokan aktiviti nak ke laut, semua
pakat beli beg kalis air untuk bawak esok. Sempat Sap uruskan package nak ke
pulau keesokannya. Lenguh juga weh nak menapak balik ke hotel. Pelan-pelan
kayuh akhirnya sampai juga ler. Siap deme booking ngurut malam nanti.
Dinner malam ni kami
dibawa ke Bangboo Restaurant. Ala kat sebelah hotel jer. Tak jauh pun.hehehe.
Malam ni menu kami ikan siakap steam with lemon, tomyam lagi, kerabu
mangga,telur dadar,. Sian Ijan order mee tomyam. Masin sangat. Dah settle
dinner deme teruskan aktiviti mengurut. Aku pulak naik lepak bilik Ina/Mas.
Turun later sambung ngopi dengan deme pulak. Memang sedap kopi o. Order makan
kat kedai tu langsung x dapt. Lastnya lepak kat lobby hotel berborak. Kiah
sempat beli pancake lagi sebelum kami naik tido.
Day 2 – 7 Island Sunset Tour
Breakfast pagi di kedai dekat masjid seberang jalan dr
hotel. Pagi ni makan nasi kerabu, nasi lemak, nasi minyak. Nasi kerabu dia mmg
sedap tp aku tak tahan pedas. Dalam pedas tu habis gak sepinggan..hehehe
Since waktu pun awal lagi
kami semua sempat dibawa ronda pekan Ao Nang dengan tut tut melihat kawasan
keliling kampong atas cadangan Puan Hajjah Norbaya kita. Memang best. Pagi tu
dah start hujan tapi tak lebat sangat. Suasana cuaca yang cosy mmg best la
meronda. Terima kasih pada Kiah yang charter tut tut untuk kami.
Sempat kami merasa makanan
kampong walaupun dah breakfast pagi tu. Lagipun bukan selalu dapat peluang cam
ni kan. Memang sedap la kueh deme and
bubur nasi dia. Terbaek. Rasa enjoy sangat. Tak puas pun ada.
Dah makan naik bilik untuk
buat persiapan nak ke pulau. Aku, Ijan dan Ina ditugaskan order nasi goreng
untuk bekal kami di atas bot.Kul 12 kami siap. Sap amik package 7 island sunset
tour. Siap solat kami dibawa oleh tut tut untuk ke pulau.
Masa turun nak sampai jeti
baru teringat nasi goreng tertinggal di dalam van.
Nasib baik hero Ijan ada
selamatkan nasi goreng tomyam..Ijan habih hati dengan heronya..hahaha. Sempat
le diajak heronya bergambor sama masa kat Tup Island. Yang karat tu jugak
idaman hatinya..kih kih kih
Terbayang masa kami nak
naik ke kapal besor tu bot kecik x boleh nak bergerak sebab batu karang banyak.
Lagipun bot tu terlebih muatan. Sebelum tu Sap terjatuh semasa turun dari bot.
Habis basah baju.
Tapi x dapat dinafikan
pemandangan lautan di Krabi memang cantik. Tenang dan nyaman. Kagum dengan
ciptaan Allah SWT.
Malam ni kami makan di
restoran bangboo lagi dengan menu yang hampir sama seperti malam pertama.
Sempat lepak lama di sini sebelum aktiviti mengurut.
Day 3 – National Park Aktiviti
Pagi-pagi sebaik selepas
breakfast kami dibawa ke aktiviti National Park untuk sinilah aktiviti water
rafting, Flying Fox,ATV, naik gajah. Lunch pun provided sekali di sini.
Dari pagi hujan dah turun.
Dalam kesejukan deme berlima semua follow aktiviti yang ditetapkan. Tolak aku,
kiah and baya…namun aku enjoy jer. Dalam hati memang teringin nak juin aktibiti
lasak tu tapi takut badan x leh nak support. Itu yang pendamkan jugak perasaan
dan keinginan tu. Tambahan aku ni kan ada kencing manis..jadi dot dot
dot..hehehe
Hampir seharian kami di
National Park dan balik ke hotel pun dah almost nak maghrib. Lepas tu nak ke
night market pulak tengok kalau-kalau ada souveniers yang menarik nak di bawak
balik.
At around 7pm Hamid amik
kami di hotel.,Sebaik selepas solat maghrib kami dibawa ke night market.
Perjalanan agak jauh jugak dari hotel. Sampai di night market kami tinjau-tinjau
barangan yang ada di sini. Sepertinya night market lebih kurang sama cam kat Malaysia.
Dah puas ronda night
market kami menyusul untuk dinner. Masuk ke restoran yang berhampiran night
market tapi makanan x banyak pilihan. Akhirnya kami memutuskan makan di parknam
restoran.
Malam ni juadah kami
beraneka macam. Penuh satu meja. Memang enjoy. Apatah lagi specialty kat sini
tomyam. Wallawey marbeles. Baya pulak order siput manis sebagai salah satu
juadah. Sedap jugak siput ni. Selain tu ada menu telur dadar, sayur, udang
order by Kiah dll..Sori udah x ingat..hehehe
Seperti biasa lepas makan
deme semua ke aktiviti mengurut. Aku dengan Ina,Mas dan Linda jalan2 sekitar
kedai2 dekat hotel beli minyak angin siam. Sedap minyak angin. Sambil tu riki
rege bedak beras siam. Sempat singgah ngopi dulu sebelum masuk bilik dan mula
siap berkemas sebab esok nak balik dah.
Day 4 – Home Sweet Home
Seawal 3.30 pagi bangun
bersiap nak ke airport. Mujurle beg pink aku tu x tertinggal kat hotel halliewa
tu. Biasa le excited benor nak balik, pastu letak tempat lain. Mujur le budak
hotel tu sedor, kalau tidak leboh!
Kami semua selamat
mendarat di KUL pada jam 10.30 pagi. Alhamdulillah. Balik rumah tido..he he he
Aktiviti seterusnya :-
Pleased to be announced
next gedering will be at :-
BBQ Gedering
Date : TBA
Venue : Istana Milik Puan
Presiden Suzana Ahmad
Next 2017, Convent Holiday
grup will be going to Japan.
Semuga kome enjoy!
Penutup
Sebelum teman mengundur
diri, sepuluh jari keampunan ku hulurkan seandai terdapat salah dan silap dari
segi perbuatan, tutur kata yang menyinggung perasaan kawan-kawan semasa kita
bercuti bersama.
Ucapan terimakasih kepada
Puan Kiah kerana belanja ronda dengan tut tut. Pada Hajjah Baya terimakasih di
atas souvenir gambar dan Sap pulak ucapan terima kasih untuk dinner malam
terakhir kita di Ao Nang. Semuga Allah memberkati dan murahkan rezeki kawan-kawanku
ini..aminn
Mintak sori juga sebab
lambat sikit report ni keluar memandangkan keadaan cik sexiteri baru je pulih
dari demam, batuk dan selsema dan juga kekurangan idea untuk menulis. Kalau tak
menarik harap dimaafkan.
Akhirkata semuga ikatan
persahabatan kita akan terus berkekalan sehingga ke Jannah. aminn
Wassalam,
Intan
No comments:
Post a Comment