Monday, June 13, 2011

Gedering di Putrajaya

Jalan-Jalan Ke Putrajaya
Tarikh : 12/6/2011
Tempat : Maritime Club Putrajaya

As Salam..

Firstly thanks to all frens for our lawatan/gedering di Putrajaya semalam. Memang happening ler walaupun 6 orang jer yang menghadirkan diri..

Perjalanan bermula dari seawal 9.00 pagi aku bergerak dari rumah dan berjumpa Rozana di KTM Subang menuju ke KL Sentral untuk bertemu dengan Ina di sana. Kami bertiga meneruskan perjalanan ke Putrajaya dengan menaiki KLIA Express. Ekceli kume bertiga ni tak pronah naik tren laju ni..jadi peghak le sikit..hehehe. Namun perjalanan kami berjalan dengan lancar, alhmdulillah.

Kami tiba di Putrajaya Sentral dalam pukul 11.20 macam tu ler. Puji menjemput kami dengan kreta Inspira warna putih..hehehe..Masuk je dalam kereta acara pertama gelak dulu..he he he..Lepas tu Puji bawak kami ke Masjid Putrajaya untuk bertemu dengan Baya pulak. Aku ingatkan Baya dah sampai ghopenya kume kena tunggu dia..hehehe

Sepanjang kume berada di Putrajaya ni Pujilah yang menjadi tourist guide..hehehe. Lagipun kan dia duduk di sana. So meronda le kami menikmati keindahan yang ada di Putrajaya. Masa ni Xana lum sampai lagi..Xana sampai masa kume semua dah abih makan..ajenya..he he he.

Puji membawa kume ke Maritime Club untuk bersantai. Kat sini ada swimming pool kat tingkat atas. Tujuannya memang nak berendam.Lagipun ari minggu tak ramai orang sangat. So tempatnya memang cozy dan nyaman..macam2 ada kat sini. Tempat solat pun bersih jer..Boleh le bawak anak2 bersantai kat sini, nyambey2 tu leh le baca novel. Deme yang bawak baju mandi pun last2nya tak jadi mandi..hehehe. Ate penuh le pulak orang kat swimming pool termasuk le Miki anak Puji berendam kat situ.hehehe..Pemandanganya pun memang menarik sebab mengadap tasik yang punya macam2 aktiviti. Kalau nak naik cruise pn leh round dalam ½ jam. Tapi kami cuma gebang jer..

Dari situ Puji bawak kami ke Taman Warisan tuk menikmati cendol/ais kacang. Macam2 herba dan pokok2 buah yang ada kat sini. Ramai juga orang petang semalam sebab nak nengok konsert akhir AF kat Dataran Putrajaya Presint 3. Aku semalam pun tak tengok habih konsert tu..ngantuk benor. Tapi juaranya aku dah tau Hazama..he he he

So geng, ai stop kat sini dulu ler..tak mandang idea..hehehe..Tunggu le Ina/Zana donlod gambor yang lain pulak..

Sebelum mengundur diri teman mewakili kawan2 yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada husband Baya yang menaja makanan kami semalam. Dan terima kasih juga pada Baya sebab sudi buat cekodok yang sedap buat santapan kami..Rugi kome semua x dapat rasa cekodok Baya..he he he. Agenda seterusnya we are looking forward to Singapore…ate apa lagi jom le kome..tunggu updatenya di FB dan email..

Akhirkata sepuluh jari ku susun jika sekiranya terdapat kesilapan yang tidak disengajakan, harap maaf ya kengkawan..

Ai chao dulu..

Wassalam
~ Intan ~



No comments: