Convent 85 Gedering Raya Ke-3
Lokasi : Gerbang Meru Ipoh
Tarikh : 21/8/2012
Haloooo Geng!
Syukur ke hadrat Ilahi kita
semua dapat berkumpul di rumah Datin Rokiah kita pada Hari Raya ke-3 yang lalu.
Walaupun penyertaan tahun ni tak berapa ramai tapi masih tetap meriah. Cuma
pada tahun ini kita mengalukan penyertaan ahli baru kita Chin Chiew Lian ke
dalam komuniti Convent85. Selamat Datang Chiew Lian. Rasanya dah hamper 27
tahun kita tak jumpa selepas waktu sekolah.
The first person yang sampai
ke rumah Kiah si Chiew Lian ni ler dengan anak2nyer. Memang janji nak gerak awal tapi ada jer masalah yang tak dapat nak dielakkan.
Harap maaf ye kengkawan..hehehe. Lain kali tak buat lagi..:))). Kami konvoi 2
kereta ke rumah Kiah – Puteri lead jalan ke sana, teman follow dari
belakang.hehehe. Masa sampai pun dah kul
2 lebiih. Gebang2 sambil meninjau kawasan kediaman Kiah. Sempat ler bergambor
especially di kawasan santai yg ada air terjun..hehehehe. Riuh jugak le kami.
Cuma sedih sikit sebab Puji tak dapat bersama2 pada hari berkenaan.
Jadi rencah korum sakat menyakat ni kureng umph sikit..muahahaha.. Jangan marah
ye kawan2..hehehe..
Ucapan terimakasih kami yang
tidak terhingga di atas kesudian tuan rumah kita memasak lauk pauk yang sangat2
sedap untuk santapan kami semua. Simple menu tapi semua orang menjilat jari
especially udang masak petai..hahhaha. Rugi le tak sempat nak snap gambor kari
kepala ikan dengan udang petai. Berapa kali tambah kami makan. Selain tu ada
sayur campur, fruits and dessertnya cheese cake hasil tangan tuan rumah
sendiri. Wallawei, memang kenyang
giler!.hehehe. Mala pulak datang bawak cheese tart n chocolate tart. Meriah
habis!..
Sebelum mengundurkan diri
ucapan terima kasih buat semua geng yang menghadirkan diri pada gedering kali
ini.Rasanya setakat ni aje ler report untuk
tahun ni. Kalau ada terkurang, terlebih ku mohon ampun dan maaf di atas
segala kekhilafan samada yang sedar ataupun sebaliknya. Sekali lagi ucapan
Selamat Hari Raya kuucapkan. Maaf Zahir
dan Batin.. Insyallah tahun depan kita serbu rumah Puji pulak..hehehe.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Intan Shamsina
Sexiteri Cute Convent85..ekekeke