Monday, August 27, 2012

Convent85 Raya Gedering


Convent 85 Gedering Raya Ke-3
Lokasi : Gerbang Meru Ipoh
Tarikh : 21/8/2012

Haloooo Geng!

Syukur ke hadrat Ilahi kita semua dapat berkumpul di rumah Datin Rokiah kita pada Hari Raya ke-3 yang lalu. Walaupun penyertaan tahun ni tak berapa ramai tapi masih tetap meriah. Cuma pada tahun ini kita mengalukan penyertaan ahli baru kita Chin Chiew Lian ke dalam komuniti Convent85. Selamat Datang Chiew Lian. Rasanya dah hamper 27 tahun kita tak jumpa selepas waktu sekolah.

The first person yang sampai ke rumah Kiah si Chiew Lian ni ler dengan anak2nyer.  Memang janji nak gerak awal tapi ada  jer masalah yang tak dapat nak dielakkan. Harap maaf ye kengkawan..hehehe. Lain kali tak buat lagi..:))). Kami konvoi 2 kereta ke rumah Kiah – Puteri lead jalan ke sana, teman follow dari belakang.hehehe.  Masa sampai pun dah kul 2 lebiih. Gebang2 sambil meninjau kawasan kediaman Kiah. Sempat ler bergambor especially di kawasan santai yg ada air terjun..hehehehe. Riuh jugak le kami. Cuma sedih sikit  sebab  Puji tak dapat bersama2 pada hari berkenaan. Jadi rencah korum sakat menyakat ni kureng umph sikit..muahahaha.. Jangan marah ye kawan2..hehehe..

Ucapan terimakasih kami yang tidak terhingga di atas kesudian tuan rumah kita memasak lauk pauk yang sangat2 sedap untuk santapan kami semua. Simple menu tapi semua orang menjilat jari especially udang masak petai..hahhaha. Rugi le tak sempat nak snap gambor kari kepala ikan dengan udang petai. Berapa kali tambah kami makan. Selain tu ada sayur campur, fruits and dessertnya cheese cake hasil tangan tuan rumah sendiri.  Wallawei, memang kenyang giler!.hehehe. Mala pulak datang bawak cheese tart n chocolate tart. Meriah habis!..

Sebelum mengundurkan diri ucapan terima kasih buat semua geng yang menghadirkan diri pada gedering kali ini.Rasanya setakat ni aje ler report untuk  tahun ni. Kalau ada terkurang, terlebih ku mohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan samada yang sedar ataupun sebaliknya. Sekali lagi ucapan Selamat Hari Raya kuucapkan.  Maaf Zahir dan Batin.. Insyallah tahun depan kita serbu rumah Puji pulak..hehehe.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Intan Shamsina
Sexiteri Cute Convent85..ekekeke

No comments: