Thursday, April 10, 2008

CINTA

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku benar2 mengenali apa itu cinta apabila aku telah jatuh hati dengan seorang jejaka. Dimana sehingga ke hari ini aku masih tidak dapat untuk melupakannya..Kehadirannya telah mengetuk pintu hatiku..sangkaan yang pada mulanya jejaka itu bukan berbangsa melayu..kenangan yang paling manis dalam hidupku.

Aku sendiri tiada jawapan kenapa hatiku terpaut padanya. Mungkin sebab kehenseman dier yang menambat hati aku atau ada keistimewaan yang tersembunyi yang tak dapat nak ku ungkaikan di sini..

Apa yang paling menggembirakan aku ialah ketika dier menyambut salam perkenalan dari ku dengan baik. Selalu berkirim salam padaku..Alangkah indahnya waktu itu. Kerana dia juga aku berusaha di dalam segala2nya. Sedaya upaya aku menjaga tingkah laku dan berharap agar perhubungan ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya..


Aku hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan segala2nya. Tak aku nafikan ketika itu aku sudah benar2 bersedia..tapi tiada jawapan yang aku terima, malah aku ditinggalkan terkapai2 tanpa sebarang ucapan atau kata-kata hikmat dari mulutnyer. Seluruh hidupku rasakan tiada maknanyer lagi sehingga aku hampir gagal dalam pengajianku..tp aku cepat sedar dan aku memohon ke hadrat ilahi supaya dapat tenangkan kembali diriku dan menyuntik semangat baru buat diriku. Aku berazam untuk menebus kegagalanku..Alhamdulillah usahaku berhasil. Aku amat bersyukur semangatku kembali pulih.

Walaupun ianya sudah berlalu hampir 10 tahun yang lepas, tapi namanya, wajahnyer tak pernah padam dalam ingatanku. Namanya sering meniti di bibirku siang dan malam. Aku sudah lama menerima kenyataan ini, tapi sedikit terkilan dengan sikapnya yang takut untuk berterus terang.

Namun walaupun begitu aku amat berbangga dengan pencapaiannyer sekarang. Aku akan sentiasa mendoakan agar dia berbahagia di dalam kerjaya dan kehidupannyer. Aku dah lama memaafkannyer. Tiada dendam dalam hatiku..kerana itu lebih baik dan aku tenang. Semuga Allah akan tetapkan imanku dan memiliki hati yang bersih walau seburuk mana pun orang menyakitkan hatiku..Amin

2 comments:

@dDy@ said...

mudah2an kak intan bertemu dengan orang tahu menghargai kak intan seadanya...cuma 1 kak intan perlu ingat n perlu tahu..addya sentiasa bersama n sayang kak intan..
peace muah agogo

Juana Intan said...

Tima kasih Addya. Kata2 addya akan jadi perangsang buat k.intan meneruskan kehidupan..sayang addya jugak..mmmuah agogo