Tuesday, April 29, 2008

Kenangan 5 - Jumpa Hantu@Summerset Rompin

Bismillahirrahmanirrahim..

Ketika aku bekerja di previous syarikat, setiap tahun ada mengendalikan trip. Pada tahun 2004 company trip kami ialah ke Summerset Rompin. Kami menaiki bas ke sana. Company ni kalau tak join trip rugi rasanyer. Dah la tiap2 bulan potong gaji. Ikut ajer le..

Kalau tak silap, aku ke Summerset tahun 2004 rasanyer. Masa tu masih ramai geng yang kejer kat situ lagi.Kami bertolak dari ofis dalam kul 9.00 pagi. Lagipun perjalanan ke sana tak berapa jauh.

Yang bestnya aku ngan Ha tak join apa2 aktiviti pun. Kami banyak lepak kat bilik jer. On the 1st night lepas dinner aku n Mek Ha terus aje ke bilik. Lg pun tak de aktiviti yang menarik. Balik bilik Mek Ha nampak ada sekor lipas merayap2 dalam bilik. Aku cuba nak halau lipas tu tapi tak dapat. Dah le kami berdua ni takut lipas..hehehehe. Agak lama juga berperang ngan lipas tu. Last2nyer aku suruh Mek Ha panggil front ofis tolong. Kan kelakar tu..lipasnyer bukan banyak pun cuma sekor jer..Ketawa abang tu bila tengok kami berdua..hahaha..

Tak lama lepas tu bilik kami diketuk Azli. Masa tu time dah dekat kul 12 dah. Azli suruh join lepak kat tepi pantai sambil makan roti. Masa dinner tak puas makan. Aku n Mek Ha memang malas pada mulanya, tapi kesiankan Azli turutkan jugak le. Masa kat pantai tu aku,azli, mek ha, zarimi, k.shida, nik (anak k.shida), amran.Banyak jugak la benda yang kami bualkan, sampai tak sedar masa berjalan. Aku ni pulak sambil2 menyembang mata tu melilau. Tiba2 aku ternampak satu lembaga putih bediri kat tiang lampu. Aku terus cam tersentap kejap. Pas tu cepat2 aku alihkan pandgan aku pada zarimi. Masa tu zarimi pun aku tengok dah lain mcm jer. Aku pun buat tak tau dan terus lagi sambung sembang. Mek Ha pulak cam rasa tak sedap perut, tambah nampak binatang yg mcm anjing mundar mandir kawasan yang kami duduk tu..Bila K.Shida tengok jam dah kul 5.00 pagi terus jer berkemas balik tidur. Aku tak cerita pun kat sape2 apa yang aku nampak malam tu sampai le aku balik KL baru aku cerita..Itu le pengalaman pertama aku nampak makhluk mcm tu..syukurlah tak jadi apa2..seram seh..

No comments: