Tuesday, October 7, 2008

Kenangan Hari Raya 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah seminggu umat islam merayakan syawal nan indah ini. Aku pun baru aje mula bekerja ari nih..hehhe. dah seminggu cuti macam malez jer nak keje kan..masih mamai2 lagi..hahahaha.

Tahun ini aku sambut aidilfitri dgn sederhana saja..ada la beli 2-3 jenis biskut raya. Adik2 pun ada beli jugak kueh. so campur2 banyak jugak le biskut raya..masuk kepek2 lagi meriah.

Juadah hariraya pertama aku speghetti..walaupun tak berapa pandai tapi kira ok jugaklah..boleh dikatakan licin jugak le..balance yang tinggal pun cikit sangat..alhamdulillah..

Raya kedua pula aku beraya bersama-sama dengan teman2 sekolah..haru biru dibuatnya. Mana taknya tengok telatah Puji, Xana dan yang lelain hepi jer..dah mcm kanak2 riang. Grup kami yang paling bising sekali, sampai mak sedara sap pun aku rasa pening nengok kami tak renti2 mengusik dan ketawa tak hengat..hahahaha. Dari umah Sap kami terus ke rumah Leli yg tengah sarat mengandung anak ke-5..cayalah Leli..
Dari rumah Leli kami ke umah Ainon pulak..tapi tak masuk. cuma sembang kat luor jer sebab dah petang sangat..rugi tak dapat rasa laksa Ainun..hiks dan destinasi terakhir kami di rumah Muhaini..sempat Puji tangkap gambo kat kerusi tom tom bak..mak budak yang vogue gitu..muahahaha.. Yang paling best dapat duit raya dari Sap & Ani..

ni..kat umah Sap

masing2 memperagakan handbag..hiks

Raya ketiga pulak adik aku yang bongsu sampai. Masa tu Sue and family datang beraya kat umah..hehehe. Menunya ari tu lontong yang dimasak oleh adik iparku. Aku pulak menolong mak buat makaroni bakar..yummy bangat.

posing maut dari teman2ku yang vogue gitew..hehehe

ni le dia kanak2 riang kat atas kusi tom2 bak..hiks

Raya ke-3 ada kejadian yang tak disangka berlaku..kami semua sibuk kat dapur masa tu. anak2 buah aku semuanya main kat luar. Pas tu anak buah aku bg tau ada orang datang kat opahnya..mak aku pun pegi le tengok. Orang tu tanya ada ke hilang cucu ke umur dalam 2 tahun. Mak aku jawap tak de. Boleh plak mak aku sambung cakap kenapa la mak bapak budak tu tak jaga anaknya..last2nya cucu sendiri yang hilang..muahahaha.kemudian adik ipar aku menyusul ke depan. Lepas tu dia tanya anaknya yg lain mana Liyana. Semua tak tahu. panggil 2-3 kali tak juga ada. Masa tu baru le perasan Liyana yang hilang..apa lagi mak ngan adik ipar aku terus le ke blok belakang tu cari Liyana. Adik pompuan aku Ina cari sebelah sini..rupa2nya si Liyana ni jalan terus ke blok belakang. semua orang tak sedar. Aku rasa mesti adik aku mengamuk bila tau anak dia hilang..masa tu semua orang pegi semayang jumahat. Alhamdulillah anak buah aku tu selamat kat umah jiran blok belakang tu. Kalau dia jalan ke jalan besar aku tak tau apa akan jadi..nauzubillah..apa yang penting segala2nya dah selesai..lega aku. kenangan yang paling tidak dapat aku lupakan.

Hari2 seterusnya aku tak kemana pun, cuma gi beraya umah Sue and then pegi melawat tessco baru kat seksyen 18.

Sampai setakat ini dulu coretanku kali ini..idea tadak..Nanti aku sambung lagi..chow dulu..

No comments: