Tuesday, October 28, 2008

Kenduri di rumah kawan

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku ingat nak rest aje semalam memandangkan sebelah petang nak ke rumah kakak ipar kakakku di Sentul. Sebelah paginya pulak aku mengemas bilik ku yang dah macam tongkang pecah. Sakit mata dah tengok barang2 yang bersepah. Tiba2 aku mendapat call dari ex-colleague aku si Norley call jemput datang kenduri di rumahnya sempena tahlil arwah maknya. Sekali ngan kenduri buat ayah abang n kakak iparnya yang nak ke mekah 7/11/08ni. Nak tak nak pegi jugak la aku sebab rumah dia sama taman ngan aku. Berjanji ngan Mek Ha kami pun pegi la makan kat umah Norley tu. Kakak ku suruh Mek Ha singgah beraya lepas balik kenduri umah Norley. Tup tup dengan Norley sekali aku kidnap dia datang beraya sekali dengan Mek Ha..

Balik dari rumah Norley pun dah pukul 4 lebih. Last2nya aku tak jadi ikut kakak aku pegi open house dok melayan Mek Ha ngan Norley. Aku suka jugak sebab nanti penat nak makan lagi..muahahaa. Kami berborak sampai kul 7 petang.

Terimakasih Mek Ha n K.Norley..nanti datang lagi ya.

Itulah antara aktiviti aku di ujung minggu. Penat dengan aktiviti rumah terbuka..hehehehe

Chao!

No comments: