Friday, October 31, 2008

Lumrah Manusia

Bismillahirrahmanirrahim..

Kadang2 tak paham dengan perangai manusia. Macam mana nak cakap ek. Kalau nak buat perubahan tu kena la berubah untuk diri sendiri. Tak payah la nak menyindir orang lain. Kita pun pernah muda. Naluri dan keinginan tak dapat nak dipisahkan. Jangan kerana diri itu sudah berubah baik nak tunjuk la yang entertainment life ni tak perlu langsung. Yang penting kita tahu batasnya.

Kalau atas dasar nasihat tak pe..ingat mengingati tapi jangan terlalu lantang menyindir dengan terang. Kita sebagai manusia punya hati dan perasaan. Sembahyang tunggang tunggek pun tak guna kalau hati dah busuk.

Sememangnya aku tidak memahami setengah2 manusia yang begitu degil, stubborn, asyik dia yang nak menang. Tapi bila kita berhadapan dengan situasi orang yang sebegini jalan yang terbaik hanya mendiamkan diri. Bak kata orang sekarang, buat muka poyo jer..hahahaha..Kalau dilayan mungkin akan menjadi lebih teruk.

Bagi aku, kalau berhadapan dengan situasi yang begini,aku biarkan sahaja. Biarlah aku yang beralah. Tak bersuara tak bermakna kita salah. Sesuatu kebenaran itu akan timbul juga. Cuma masa yang akan menentukan. Semuga Tuhan akan pancarkan sinar harapan buatku. Insyallah..mudah2an.Amin


Dah tak tau nak tulis apa, mulalah nak merepek merapu..muahahaha.

Akan disambung laterz..wassalam

No comments: