Tuesday, July 27, 2010

Mengimbau Kenangan - 6

Bab 6

Petang itu Datuk Hamdan meminta Nonny memberitahu head department of marketing & sales untuk mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan penggunaan digital dan wireless system. Pantas saja jari jemarinya menekan kekunci keyboard menghantar email seperti diarahkan oleh Datuk Hamdan. Sebagai seorang PA tugas Nonny bukan hanya setakat mencatat minit mesyuarat malah kesemua urusan yang berkaitan. Ruang tugasnya lebih besar berbanding dengan seorang setiausaha.

“ Huh!” satu keluhan lega mengiringi Nonny sebaik mesyuarat berakhir. Nonny merehatkan dirinya sebentar di biliknya sementara bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Dia melihat jam ditangannya. “Dah hampir jam 8.00.” bisik hati kecilnya. Dia mula mengambil tas tangan untuk keluar dari biliknya. Baru saja Nonny mengatur langkah, biliknya di ketuk. Terjengul Irfan di biliknya.

“ Woi, nak balik dah ke? Tanya Irfan.

“ Takkan la nak suruh aku tidur kat sini pulak. ” jawab Nonny sambil mengukir sedikit senyuman buat Irfan.

“ Tak la cam tu.hehhehee. Jom kita gi makan.” Pelawa Irfan.

“ Hmm..boleh jugak. Aku pun dah lapar nih. Balik nanti tak payah aku pikir nak makan apa. Jom..” Nonny menerima pelawaan Irfan. Kebetulan Irfan juga turut hadir di dalam mesyuarat tergempar tadi. Mereka beriringan keluar dari bilik Nonny

“ Kau ajak aku makan ni, bini kat umah kau tak masak ke? Nonny bertanya sewaktu mereka beriringan menuju ke kereta masing-masing.

“ Aku dah bagi tau bini aku tadi. aku lambat balik malam nih.”jawapnya jujur.

“ Aku nak kau dulu, kau jual mahal.” Irfan mengusik Nonny.

“ Ish ko ni.Ke situ pulak. Dah hari2 tengok muka kau aku jemu lah..hehehehe.”balas Nonny pulak.“ So kita nak ke mana nih cik abang?” tanya Nonny sambil membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin kereta viosnya.

“ Kita pegi KL nak? jawap Irfan menyandarkan diri di keretanya.

“ Mak ooi! Jauhnya?”

“ Esok kan cuti.”

“ Esok aku nak balik kampong la cik abang ooi.”

“ Bukannya ada laki kau kat kg tu sampai tak sempat2 nak baliknya.”cebir Irfan.

“ Ambooooi kau ni..sesedap rasa jer mengata aku tau.” Nonny menjeling ke arah Irfan.

“ Tak pun kita gi secret recipe kat Sunway jer la. Lain kali pulak kita ke sana ya? lagipun aku penat la. Pleaaaze.” Nonny memujuk manja dan mengenyitkan matanya ke arah Irfan.

“ okaylah darling..apa2 aje la.let’s go?’ Irfan membalas kenyitan dari Nonny dan masing-masing memasuki kereta dan terus menuju ke arah Sunway Pyramid menikmati hidangan makan malam.

No comments: