Tuesday, July 27, 2010

Mengimbau Kenangan - 6

Bab 6

Petang itu Datuk Hamdan meminta Nonny memberitahu head department of marketing & sales untuk mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan penggunaan digital dan wireless system. Pantas saja jari jemarinya menekan kekunci keyboard menghantar email seperti diarahkan oleh Datuk Hamdan. Sebagai seorang PA tugas Nonny bukan hanya setakat mencatat minit mesyuarat malah kesemua urusan yang berkaitan. Ruang tugasnya lebih besar berbanding dengan seorang setiausaha.

“ Huh!” satu keluhan lega mengiringi Nonny sebaik mesyuarat berakhir. Nonny merehatkan dirinya sebentar di biliknya sementara bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Dia melihat jam ditangannya. “Dah hampir jam 8.00.” bisik hati kecilnya. Dia mula mengambil tas tangan untuk keluar dari biliknya. Baru saja Nonny mengatur langkah, biliknya di ketuk. Terjengul Irfan di biliknya.

“ Woi, nak balik dah ke? Tanya Irfan.

“ Takkan la nak suruh aku tidur kat sini pulak. ” jawab Nonny sambil mengukir sedikit senyuman buat Irfan.

“ Tak la cam tu.hehhehee. Jom kita gi makan.” Pelawa Irfan.

“ Hmm..boleh jugak. Aku pun dah lapar nih. Balik nanti tak payah aku pikir nak makan apa. Jom..” Nonny menerima pelawaan Irfan. Kebetulan Irfan juga turut hadir di dalam mesyuarat tergempar tadi. Mereka beriringan keluar dari bilik Nonny

“ Kau ajak aku makan ni, bini kat umah kau tak masak ke? Nonny bertanya sewaktu mereka beriringan menuju ke kereta masing-masing.

“ Aku dah bagi tau bini aku tadi. aku lambat balik malam nih.”jawapnya jujur.

“ Aku nak kau dulu, kau jual mahal.” Irfan mengusik Nonny.

“ Ish ko ni.Ke situ pulak. Dah hari2 tengok muka kau aku jemu lah..hehehehe.”balas Nonny pulak.“ So kita nak ke mana nih cik abang?” tanya Nonny sambil membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin kereta viosnya.

“ Kita pegi KL nak? jawap Irfan menyandarkan diri di keretanya.

“ Mak ooi! Jauhnya?”

“ Esok kan cuti.”

“ Esok aku nak balik kampong la cik abang ooi.”

“ Bukannya ada laki kau kat kg tu sampai tak sempat2 nak baliknya.”cebir Irfan.

“ Ambooooi kau ni..sesedap rasa jer mengata aku tau.” Nonny menjeling ke arah Irfan.

“ Tak pun kita gi secret recipe kat Sunway jer la. Lain kali pulak kita ke sana ya? lagipun aku penat la. Pleaaaze.” Nonny memujuk manja dan mengenyitkan matanya ke arah Irfan.

“ okaylah darling..apa2 aje la.let’s go?’ Irfan membalas kenyitan dari Nonny dan masing-masing memasuki kereta dan terus menuju ke arah Sunway Pyramid menikmati hidangan makan malam.

Monday, July 26, 2010

Piknik Bersama Diddy di laman Santai IB - 24/7/2010 & Gedering di rumah K.Ros (25/7/2010)






Salam..

Mg ini aktiviti aku juga penuh. Tengahari aku lunch wif my dear Lai Seang. We having luch together at Holiday Villa. Ekceli we are celebrating our belated burfday which falls on 18 & 19 July. Ok jugak la makanan kat Holiday Villa. Cuma sekarang x banyak choice mcm dulu2. Anyway we both enjoy having lunch kat situ..thanks my dear.

On the nite event, me, sue and addya going to laman santai IB (istana budaya) untuk sama2 memeriahkan suasana n bagi support kat Diddy. Ramai jugak la artis yang ada. Congrats to Diddy sebb berjaya menyambung pelajarannya kat UUM. Diddy akan mula start kelas pada 3/8/2010. Gud luck ya dik.

Ahad - 25/7/2010

Hari ini kami ada gedering di rumah K.Ros. Antara yang hadir, Julia, Sue, Addya, Dash. Yang happening bila Maulana & Ain juin. Seronok sangat sebab lama dah x jumpa mereka2 ini. Aku sampai umah kul 8.15 malam.

Daa..

Tuesday, July 20, 2010

Hari Ulangtahun


Salam..

Semalam adalah harijadi ku yang ke-42 tahun. Alhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah dan aku memanjat kesyukuran di atas rahmat limpah kurnia Allah S.W.T.

Tiada apa yang menarik untuk aku ceritakan.Aku rasa macam hari2 biasa jer. Mungkin sebab faktor umur kut..hehehe.Cuma aku menerima banyak ucapan harijadi melalui sms dan dalam facebook..terima kasih semua. Yang paling penting ingatan tulus ikhlas.

Tapi a big thanks to my dear fren Kelly yang belanja aku makan dan bagi hadiah Jam tangan brand Denni. Tak dapat nak balas budi Kelly ni. Every year selalu bg aku hadiah dan belanja aku makan..I really enjoy my dear..mmuah. Sempat la kami meround kat Empire Tower bersebelahan dengan Subang Parade.

Pikir2 jugak kut2 ada sesapa yang nak buat surprise kat aku..hehhe. Apa2 pun aku memang hepi sangat..

Daa..

Monday, July 19, 2010

Mimpi

Salam..

Pada hari ini memang aku berasa sangat letih. Badan penat sangat. Mungkin sebab nak 'period' kut. Aku sampai rumah agak cepat jugak. Sempat terlelap sebelum maghrib. Lepas tu aku bangun dan makan dan bersolat. Sebaik je lepas solat maghrib aku pun sambung tido lagi. Isyak pun leboh. Mau aje pun tido..hahaha

Dalam penat-penat tu, tak sangka pulak aku boleh termimpi 'dia'. Padahal aku x lagi fikirkan pasal dia. Gamaknya 'dia' ingat kat aku kut..argh! lantak la. Aku x kisah pun. Masalahnya masa mimpi tu aku terasa mcm aku x berada di alam mimpi, tapi rasa macam betul2 aku berada di dalamnya..macam mana tuh!..Biarlah. Kalau betul dia ingat kat aku mesti dia tau apa yang patut dia buat kan..Aku dah tak kuasa nak pikir..aku dah letih.

Apa yang penting sekarang aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dia. Dan semuga dia mendapat hidayah dan tiada hati yang terluka.Itu lebih baik dan hati semakin tenang..

Daa..

Last Weekend Aktiviti

Salam..

Minggu ni memang aktiviti agak penuh. Permulaan aktivitiku di Summit buat facial. Selepas buat facial aku continue dengan mencantikkan kuku tangan dan kaki. Memang relax habis la..macam orang kaya jer, walhal..hehehhe

Selepas balik dari facial aku dijemput oleh adik2 ku untuk sama meraikan advance birthday di Shah Alam. Sambil tu pegi merayap tengok lampu di I-City Shah Alam. Punya la ramai umat manusia. Dah ler jem..adoi. Sampai umah kul 12.30 malam..sekali sekala ok la kan..hehehe

Pada hari Ahad pulak aku berjumpa Ita di KL Sentral. Terima kasih Ita sebab belanja aku makan kek di Secret Resepi.

Pada sebelah malamnya aku beli Domino Pizza untuk makan malam. Ini la antara aktiviti aku untuk mg ini. Tunggu entri yang seterusnya..

Daa..