Friday, November 18, 2011

Tensi..

As Salam,

Pagi ni badanku rasa suam2 jer. Dari pinggang sehingga ke kaki rasa lenguh. Dah le aku 1st day period hari ni..huhuhu.

Apa yang aku nak luahkan hari ni ialah ketidakseimbangan hormon yang ada dalam diri aku minggu ni. Semalam petanglah kemuncaknya..

Aku ni bukanlah seorang pendendam..tapi aku akan ingat sampai bila2. Jangan ingat dah dapat mentua yang baik amik kesempatan pulak. Yang mak mentua pulak terlalu baik sampai orang pijak kepala. Sampai bila nak jadi hamba abdi orang tolong gosok baju sekolah, baju kerja anak2 buah. Yang ada bini tu apa fungsinya pulak? Orang lain pun mengandung jugak. Takkan satu keje pun x leh nak buat. Apatah lagi masa time belum mengandung pun mmg dah dasar vitamin 'p'.

Memang la dia menantu kesayangan. Anak sorang pun x leh nak jaga. Aku nak tengok menantu no. 2 nanti. Skrg ni yang penting ajar anak tu 'behave' sikit. Ini biarkan je anak tu pukul orang. Dari umur 2 tahun ni lah kita kena tunjuk ajar perkara yang betul dan tegur kalau anak tu buat salah. Ini tidak. Biorkan jer cam tu. Boleh digelakkan lagi pulak tu. Kalau bapak aku tu pantang dia nengok org x menegur anaknya buat jahat. Membebel dia. Lagipun kalau tak ditegur nanti naik lemak. Dia ingat apa yang dia buat tu betul, sebab depa ni mana ada akal lagi nak pikir benda tu baik ke tak baik. Kita le sebagai orang tua kena tegur.Kalau dah habit lagi susah. Sebab ikut peel mak dia le tu asik mukui orang jer. Sekarang ni pun ya amats nakalnya dan dah pandai buat perangai. Mak mentua pulak kalau anak orang nampak jer tak betuinya. Bila cucu sendiri buat elok pulak idak nak menegurnya. Hipokrit betul la. Takkan takut nak tegur cucu tu. Padan le muka cucu kome pun jahat jugak.

Yang paling hipokrit minah jerteh tu ler. Cakap bukan main berabok. Mujur le aku x jadi ngan mat penyu tu. Itu lagi satu bangang/sombong. Mentang2 ler anak dia mak mentua bela. Setakat mana cik tu lalu nak bela cucu2 tu. Jangan nak mengeluh depan aku sudah. Aku mmg tak mampu nak tolong apa2. Lagipun suara aku x berguna pun. Apa yg mampu aku buat ialah lihat, observe. Lebih2 sori. Aku berdoa pada Tuhan agar aku cepat2 leh duduk sendiri. Aku malas dah nak tengok lakunan/drama minah jerteh tu.
Aku setuju kata2 yg shima bagi tau aku..kalau boleh jangan menumpang dengan sedara..mmg jadi kunci kata2 tu.

Aku bermohon kepadaMU Ya Allah,berilah aku petunjukmu, permudahkanlah urusanku untuk berdikari dan keluar dari rumah no. 7 subang jaya. Walau sesuka mana pun aku suka subang jaya, aku harus keluar or move out for my own goods. Enough is enough.

Tentang jodoh, aku berserah pada Tuhan. Kalau ada rezeki aku kawin ler. Kalau tidak aku akan terus menjalani kehidupanku seperti biasa..mudah2an segala2nya di permudahkan..amin

Aku rasa cukup la aku buat coretan ni. Malas nak mengata orng hari2 jumaat ni. Aku jugak yang berdosa.Nanti sambung lagi deh!.

Daa.

No comments: