Tuesday, November 29, 2011

Wedding at Sg Buluh - 27/11/2011

As Salamzz

Minggu baru bermula lagi..terasa benor masa berlalu terlalu pantas. Last weekend ada extra cuti Maal Hijrah, so dapat la lama sikit cutinya kan. Masa ni jugaklah ramai yang nak buat kenduri kawin la, kenduri bersunat ler..hehehe

Last sunday, aku pegi menghadiri kenduri kawin cucu makcik kintan di sg buluh. Meriah jugak la kendurinya. Kami pegi 2 kereta. Mujurlah di rumah pengantin tak ujan, tapi sepanjang perjalanan kami dari Subang Jaya ke Sg Buluh mmg hujan lebat. Sedap jugak hidangan di rumah pengantin tu. Siap tapau kek lagi makcik kintan bekalkan..hehehe

Lepas balik dari kenduri tu aku bergegas pulak ke sg buluh sekali lg sebab nak ke kedai. Masa tu cuaca ok dah. Aku tak tidur pun di rumah adikku sebab depa nak balik kg. So aku gerak balik ke S.Jaya dekat nak maghrib.

Malamnya pulak kakak aku mengajak aku makan kat luar sebab birthday anak bongsunya, tapi aku menolak dengan baik tak dapat nak juin sebba letih. Malam tu mmg aku tak amik apa2 dinner pun. Entah kenapa perut pun sebu tak rasa nak makan. Aku cuma amik sepotong kek buah jer..

Hari Isnin semalam pulak aku masak tomyam dan pegi carefour beli barang. Jumpa Mek Ha & Tini kat Carefour dengan Irfan..

Daa, ai chao dulu..

No comments: