Tarikh : 21/11/2015
Masa : 3.00 petang
Tempat: Ampang Tasik
Organizer : Pn.Juhairah Kamaruddin
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..
Aku mulai dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim buat semua Convent BFF
yang menghadirkan diri di rumah Puan Juhairah kita pada tarikh dan
masa ini.
Ucapan terima kasih ku dahului kepada tuan rumah kerana
berbesar hati menjemput kami untuk menjamu selera dan berkumpul di
rumah mike. Seronoknya tak terkata sebab inilah pertama kali kami dapat
berkumpul bersama dengan Ju. Lagipun semenornya dah lama pun tak
berkumpui .
he he he.
Rasa terharu di atas keprihatinan
seorang teman yang berniat untuk meraikan aku dan Peah yang pulang dari
mekah selain dari hajat ingin berkumpul beramai-ramai dan menjamu kami
dengan juadah yang sedap2 belaka.
Penyertaan Linda dan Puteri
dari Batu Gajah memeriahkan lagi suasana. Syiok punya pasal kami
beramai-ramai tidor hotel Presscot KL semata-mata untuk lepak. Biasalah
dah alang2 turun KL ni apa lagi lepak le lama sikit dengan kami kat sini
kan gurls..he he he.
Memang ngalahkan rombongan Kak Jemah.
Sampai jer aku ngan Sap di hotel dan aku selesai solat zohor, kami
beramai-ramai berjalan ke KL Sentral untuk ke rumah Ju. Sepanjang
perjalanan macam-macam cerita ler. Sampai di KL Sentral Ina belikan
token untuk naik Putra dan LRT. Mujur lah tak ramai sangat warga KL
keluor time tu.
Alhamdulillah pengangkutan kami bermula dengan
PUTRA LRT dan turun di Masjid Jamek. Dari sini kami bertukat menaiki
STAR LRT pulak untuk turun di stesen Cempaka. Rombongan kami macam
kanak-kanak riang jer. Seronok rasa macam time bebudak dulu.
Sampai stesen cempaka kami menaiki teksi ke rumah Ju. Kami sewa 2 teksi
nak ke sana. Memang meriah weh!. Kira jauh jugak le nak ke rumah Ju tu
dari stesen Cempaka. Masing-masing perut dah lapor. Udah x sabor nak
sampai rumah Ju. Alhamdulillah cuaca pulak elok pada petang tu.
Sampai di rumah Ju apalagi episod riuh pun bermula..ha ha ha. Udah semua
nak bercakap. Stori pun dah bercampur aduk. Ntah mana satu nak
dengor..he he he.Hentam la labu..kita layan jer. Agaknya somi Ju pun
penin layan kita..namun ada kita kisah kan. ahaks!Tambah kalau dapat
menyakat memangnya tak boleh nak cakap apa. Kenyang gelak dari
makan..:-))
Tapi teman mmg nak puji ler nasi ayam dan mee kari
memang sedap le Ju. Mee kari mike meriah dengan bahan-bahan. Aku 2 x
tambah mee. he he he.Tak lupa juga kueh-kueh yang ada semua sedap-sedap
belaka. Anum punya butterscotch cake marbeles. Si Puji entah berapa
keping dia ngap.hehehe. Anyway be happy jer lah Puji..Lepas tu jangan
lupa makan ubat, k? Belalai gajah pun dah dapat.:)))
Yang best tu
siap tapau makanan lagi lepas tu. Tuan rumah bekalkan kami untuk
sambung makan lagi di hotel. Jadi tak payah nak keluar makan lagi kan.
Memang meriah giler makanan2 yang ada tu.
Malam tu semua berangin
sebab makan nangka madu banyak sangat. Al maklum ler nangka sedap. Aku
yang tak minat ni pun terjebak sekali makannya. Mujur x banyak sebab
takut tak tahan. Selain kentut pagi tu darah period pulak melekat kat
katil..aduhhh.
Kemeriahan kami diringi lagi dengan kehadiran Uma
untuk sama-sama lepak di hotel. Terima kasih Ashok sebab pinjamkan Uma
kejap lepak dengan kami kat hotel walaupun sekejap. Merasa jugak ler Uma
dengan bekalan yang kami bawak dari rumah Ju petang tu.
Pada
keesokannya kami breakfast di hotel jer sebab tengahari tu nak
menghantar Linda dan Puteri di stesen Sentral. Sampai di Sentral kami
sambung pulak makan di food court sentral. Memang meriah Convent BFF ni
kalau pasal makan. Memang mau jer..alhamdulillah rezeki Allah beri. Kita
makan temgah ada selera kan. Njoy!..he he he
Dari Sentral aku,
Sap dan Na terus menuju ke Subang Parade menghantar Na. Sementara itu
aku dan Sap menjamu selera di Chicken Rice Shop sebelum balik ke rumah.
Home sweet home. Memang ngantuk giler. Balik jer rumah terus sambung
tidor lagi.
Sebelum penaku ini berhenti menari-nari di atas
keyboard, sekali lagi ingin aku menzahirkan ucapan terima kasih kepada
tuan tanah dan kawan-kawan sekelian di atas perjumpaan ini.Maaf ku pohon
seandainya ada kekhilafan di sepanjang kita bersahabat. Semuga ikatan
ukhwah kita akan terus berkekalan sehingga ke jannah.amin..
Wasalam.
-
No comments:
Post a Comment