Friday, November 27, 2015

Ibadah Haji 2015

Assalammualaikum..

Ketika ini aku baru sahaja beberapa hari balik ke Malaysia setelah 38 hari berada di bumi mekah dan madinah.Alhamdulillah tidk dpt ku gambarkan betapa seronoknya sewaktu berada di sana.Rasa ingin kembali ke sana amat terasa sekali. Begitu cepat masa berlalu.

Aku bersyukur kerana dijemput menjadi tetamunya. Walau pada mulanya bermacam-macam perasaan bermain di mindaku. Tambahan kepergian aku ke sana tanpa ditemani mahram. Bermakna aku sendirian di sana bersama teman-teman dan kawan-kawan yang baru.

Aku panjatkan doa agar aku dikurniakan dengan teman2 yang baik. Aku juga berdoa agar dipermudahkan segala-galanya. Alhamdulillah segala2nya berjalan lancar. Cuma tahun ni kami dilanda dengan dugaan yang maha hebat. Namun aku tetap bersyukur dan terselamat dari bencana yang maha hebat.

Ketika kejadian crane runtuh kami baru saja sampai di kota mekah beberapa yang lalu. Memang ketika tu musim ribut pasir. Maktab kami agak jauh dari masjid dan mengambil masa hampir 40 min jugak le nak sampai. Kami berada dalam kelompok maktab 89. Kami ditempatkan di hotel Masat Al Badae dan anggaran perjalanan ke masjid 1.5km. Mujurlah kami ni dapat tingkat 2 bilik 218 dan mempunyai seramai 7 orang jemaah di dalamnya.

Kami memasuki kota mekah terus dan berada di sana selama 2 minggu sebelum hari wukuf. Itu lah kemuncak haji. Di sini berbagai2 dugaan yang kami lalui. Dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Dugaan yang paling besar apabila aku sakit kepala yang teramat sangat sebaik selesai wukuf. Keadaan cuaca ketika itu 50 celcius satu tahap kepanasan yang tak tau mcm mana aku nak gambarkan. Ramai jemaah yang dehydrated sebab tak cukup air dalam badan. Termasuklah aku. Aku telah dibawa ke hospital shisah untuk mendapatkan rawatan. Sebelum tu dah masuk satu botol air.

Rasa terharu dan sedih bila kita sakit tak ada siapa di sisi kita. Semua kena buat sendiri. Aku hanya mampu berdoa semuga segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah syukur aku ke hadrat Tuhan. Terima kasih yang tak terhingga pada kakak2 jemaah yang membantuku selama berada di bumi mekah al mukaramah. Jasa kalian tidak akan kulupakan sehingga ke akhir hayat.
 
Sekian.


No comments: