Friday, November 27, 2015

Sunway Piramid Tower 20/11/2015

Assalammualaikum..

Hampir setahun tidak bersua akhirnya pada tarikh ini aku berjumpa jugak dengan temanku ini yang sepanjang masa asik sibuk jer dengan tugas-tugasnya. Last minit arrangement selalunya memang menjadi kan.

Tak sangka lak hampir 2 minggu aku x chatting dengan kawan aku ni last2 kata nak jumpa suruh book hotel di sunway. Risau jugak le last minit booking takut tak mandang kan. Aku just gamble jer la call tanya kalau2 ada rooms available. Alhamdulillah masih  banyak lagi kekosongan. Excited punya pasal aku mintak keluar awal hari jumaat tu. Yang tak bestnya jalan pulak tutup sebab Obama datang malaysia. Adehh. So aku pun parking keter kat ofis and amik teksi ke hotel. Tak jauh pun. Aku malas bawak kereta sebab tak tau parking kat situ..hehehehe

Alhamdulillah aku dapat teksi cepat jugak sebab nak check in. Nanti lambat tak pasal2 depa charge cc aku pulak. So aku pun check in and relax jap di hotel sementara tunggu member aku sampai. Janji dengan member ni bukan leh di pakai sangat sebab memg selalu lewat.

Mujur le aku dah sampai hotel bila hujan dan kilat membasahi bumi. Takut jugak sebab duduk sorang2 dalam bilik. Sempat la aku solat asar di hotel sebab masa sampai baru je lepas azan. Si mimah kawan aku ni sampai dah dekat kul 8 malam. Katanya jalam jem sebab ujan. Sempat la sembang2. Kul 9.30 malam dia keluar kejap jumpa kawan dia sebab nak settle keje. Apa la punya kawan janji nk spent time together last2 dia ada appt lain pulak. Ntah pukul berapa dia balik aku tak tau sebab aku dah tidor. Pagi2 esok aku dah cabut awal sebab nak jumpa dengan geng sekolah pulak. Kami ada reunion kat Ampang..yahooo

Daa..tak sempat nak amik gambo!

Sekian

No comments: