Friday, November 27, 2015

Perjalanan Haji 2015

Assalammualaikum..

Mak Aih lama benor teman tak masuk sini. Agak sibuk sikit tahun ni. Banyak benda kena catch-up dan get ready on macam-macam hal.

Firstly aku ingin mengucap syukur ke hadrat Allah SWT di atas panggilannya untuk aku merasai dan menjejakkan kaki dibumi Mekah Al Mukarammah untuk menunaikan haji. Terima kasih mak dan arwah abah kerana mendaftarkan aku untuk menjadi tetamu Allah. Rasa tak tergambar betapa seronoknya aku ketika mendapat surat menyatakan aku terpilih. Yang paling gembira arwah abah dan mak apabila surat tabung haji diterima oleh Kak Ani dan Abang Mie ketika mereka melihat rumah kami di Bemban. Cepat2 deme call abah bagitau ada surat untuk aku dari tabung haji. Arwah abah terus call aku cakap aku terpilih untuk menjadi tetamuNya. Masa aku dapat berita tu tak tahu nak kata apa. Cuma air mata mengalir menyambut berita gembira itu. Aku suruh abah jangan bagi tau dulu pada kakak ku sebab aku nak bagi tau sendiri berita gembira ni. Dan abah setuju.

Aku pulang ke kampung untuk mengambil surat tawaran haji sebab kena bagi jawapan sebelum januari 2015. Nak kena isi apa yang patut before submission to tabung haji. Lepas balik dari kampung aku sampaikan berita gembira ini kepada kakak2ku. Syukur alhamdulillah mereka gembira mendapat tahu aku menjadi tetamu Allah.

Apa yang menjadi persoalan siapa yang bakal menemani aku ke Mekah. Aku mengikuti jemaah muassasah. Ikut pada syarat Arab Saudi wanita yang melebihi umur 45 ke atas dibenarkan pergi sendiri tanpa ditemani mahram. Aku redha. Tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya aku sebab aku x pernah jalan sendiri tanpa ditemani rakan atau saudara mara. Segala-galanya sendiri. Aku hanya bertawakkal dan berserah padaNya.

Bulan Januari aku mula berkursus di Kelana Jaya. Kursus selama 17 minggu dan berakhir pada Mei 2015. Dugaan aku bermula ketika memasuki bulan Februari dimana abah mula sakit. Selepas aku balik CNY abah bagitau dia nak ke T.I sebab rasa penat sangat dan takut jika apa2 jadi tak de sape nak tolong. Tapi sejak dari hari itu kesihatan abah semakin hari semakin menurun sehinggalah dia dah x boleh nak berjalan dan baring di katil.

Macam2 yang aku rasa. Jiwa aku serabut sape nak jaga abah seandainya aku teruskan perjalanan aku ke mekah. Adik aku sendiri suruh aku berfikir masak2. Kalau apa2 jadi kat abah nanti susah nak hubungi aku. Ketika itu aku hanya berserah pada Tuhan. Aku malas nak pikir apa-apa. Yang penting aku setiap minggu balik T.I jenguk abah. Tapi mak yang bagi semangat untuk aku teruskan perjalanan haji ku kerana tak tahu apa yang berlaku sekiranya aku menolak tawaran pada kali ini sebab untuk mendapat tempat ke Tanah Suci memakan masa yang lama. Takut aku tak berkesempatan untuk jejakkan kaki di sana.

Tapi perancangan Allah tu sebaik2 perancangan. Abah dimasukkan ke hospital pada  Jumaat malam sebab tak sedarkan diri. Adik aku menghubungi ambulan  dan menghubungi kami di sini. Ketika itu aku baru sehari balik ke KL dari menjaga abah selama seminggu.Cepat2 kami bergegas balik pada malam tu jugak. Memang abah dah nazak sewaktu di hospital. Pada hari Ahad doktor nasihatkan kami supaya bawak abah balik ke rumah sebab masanya dah tiba. Sampai di rumah segala wayar2 yang meliliti abah ditanggalkan. Ketika itulah abah pegi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada tarikh 5/7/2015. Tenang wajah abah ketika itu. Segala kesakitan yang dialaminya lenyap bersama jasadnya. Abah dikebumikan di T.I. Tak sempat abah nak tengok aku berangkat menunaikan haji.

Sehingga selepas arwah abah meninggal pun aku x prepare apa2 lagi barangan untuk ke mekah. Aku rasakan seperti awang-awangan. Sehinggalah lagi 3 minggu nak berangkat baru aku sibuk mencari barang. Jahit penanda telekung pun kakak aku yang tolong jahitkan. Memang aku akui mcm tak de semangat tapi hati tu kuat nak pegi.

Hari terus berjalan akhirnya tiba masa untuk aku berangkat ke mekah pada 6 Sept dengan penerbangan KT42. Terima kasih pada mak, adik2 ku, kawan2 sekolah ku yang sama2 mengiringi perjalanan aku di Kelana Jaya. Aku akan berada di bumi mekah/madinah selama 38 hari.

Alhamdulillah ketika ini aku dah selamat kembali dengan gelaran Hajjah. Aminn.

Sekian.








No comments: