Friday, June 4, 2010

Mengimbau Kenangan - 5

Bab 5

Tengahari itu Nonny berjalan menuju ke restoran Pelita yang dijanjikan bersama-sama temannya tadi. Dia mengambil tempat yang agak jauh tersudut dari meja-meja lain disekelilingnya. Sementara menunggu teman2nya sempat fikirannya melayang mengingati seseorang.

" Woi Nonny." sergah Anita dan menarik kerusi bersebelahan Nonny. Nonny tersentak seketika.

“ Apa halnya tiba-tiba panggil kitaorang lunch nih.” Soal Azira pulak dan duduk bersebelahan Nonny. Nonny hanya menyeringai menjawab pertanyaan teman2nya. Mereka mula memesan makanan.

“Duduk la dulu.Kan dah lama x lunch dengan korang. Rasa rindu la pulak.” Nonny menjawab lembut. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia ingin memulakan. Azira sudah menghirup air fresh oren yang baru saja dihantar oleh pelayan restoran.

“ Uwek! Nak termuntah aku. Dah pandai rindu pulak kawan kita ni Zira.” cebir Anita. Azira ketawa terbahak-bahak melihat reaksi anita.

“ Menyampah la korang nih. Serius le sket.” Nonny mula mencuka.

“ Lain macam jer kau nih. Apa halnya.” Tanya Azira setelah ketawanya surut. Azira lebih memahami Nonny berbanding Anita.

“ Sori la Nonny. Geli pulak hati aku bila kau cakap macam tu.” Anita memohon maaf di atas usikannya tadi.

“ Aku pun tak tau macam mana nak cakap ngan korang.” perlahan suara Nonny.

“ Masalah berat ke? Soal Anita

“ Bagi aku memang berat la. Macam ni, sebenarnya Kak Sofia nak kenalkan aku dengan seseorang?Nonny memulakan bicara.

“ Wah ini sudah bagus Zira. Sat lagi leh la kita makan nasi minyak.”sampuk Anita.

“ Ish ko ni Nita, asyik ingat makan jer.Tapi aku sendiri tak pasti dengan diri aku lagi. Lagipun aku selesa dengan kehidupan aku sekarang nih? luah Nonny jujur.

“ Why dun you give yourself a chance Nonny” dengan lembut Azira memberi cadangan.

“ Mamat tu keje apa? soal Anita. Dia sedikit teruja dengan apa yang Nonny cuba meluahkan.

“ Entah..tak tau pulak aku. Cuma K.Sofia cakap dia keje sendiri.? Nonny memberitahu.

“ Wow, untung le kau” serentak Azira dan Anita bersuara. Sempat Anita mengenyit ke arah Nonny.

“ Ko tepuk dada tanya selera. Kau yang nak kawin.Pikirlah baik-baik Nonny. Kami akan sokong apa juga keputusan kau.” Jawab Anita jujur.

“ Patut la masa main bowling hari tu kau lemau jer.” Usik Azira. Nonny hanya tersenyum..namun resah di hatinya tiada siapa yang tahu.

No comments: