Monday, June 14, 2010

Terima Kasih Teman

Bismillahirrahmanirrahim

Salamzz..

Memang tidak dapat dinafikan 2-3 minggu ini mud aku mmg down. Walaupun pada zahirnya aku nmpk seperti biasa. Cuma perasaan dalaman aku yang sedang sakit. Yang lebih tepatnya jiwa aku sedang kacau sekarang. Persoalannya kenapa????

Mengenalinya 7 bulan yang lalu begitu membahagiakan diriku. Aku sangat menyenanginya. Aku rasa akulah manusia yang paling bertuah kerana dapat mengenalinya. Aku rasakan ada juga orang yang sudi untuk menjadi temanku untuk berbicara. Dalam masa yang sama sudah ada satu perasaan lain yang mula menerjah dalam diriku. Aku tak pernah rasa sebegini sebelum ini. Hadirnya perasaan ini tanpa aku undang. Ianya memang ikhlas lahir dari hatiku yang tulus suci. Aku cuba menyelami dan memahami dirinya.

Walaupun begitu ada masanya aku begitu keliru dengan hubungan kami. Pernah juga aku merajuk dengan sikapnya. Tapi bila dah dengar suaranya dan terima smsnya perasaan rajuk dan marah itu otomatik hilang. Terubat segala rindu buat seketika. Itulah penangan panahan asmara kan..hehehe. Lupa seketika apa yang telah berlaku.

Tidak dapat dinafikan kerjayanya memang membuatkan dirinya sentiasa sibuk. Ditambah pula jawatan yang disandangnya. Aku bangga dapat mengenalinya kerana karismanya, soft spoken, suka bergurau dan romantik. Dia selalu cakp suara aku garang dan tak romantik langsung. Aku hanya ketawa sebab aku ni bukan jenis suara dalam kelambu.hehehehe.Eleh kalau ikhlas tak kisah pun suara tu macm mana pun. Betul tak?.Tapi kebzian bukan alasan yang kongkrit untuk tidak membalas dan bertanya kabar tru sms kan. Tolonglah jangan perbodohkan aku. Bak kata pepatah kalau nak seribu daya dan kalau tak mau hanya dengan satu alasan jer kan. I know u hiding something from me rite? Dan tolong jangan ambil kesempatan dengan pangkat yang yu sandang sekarang and you boleh buat sesuka hati you. Aku berkawan dengan seikhlas dan seadanya diri dia bukan sebab pangkat atau harta. Cuma bg aku itu satu bonus untuk aku. Yang penting kejujuran.

Imbasanku berputar.Petama kali berjumpa membuatkan hati aku berdebar2. Tak tau kenapa? Dalam hati risau pun ada, takut pun ada. Al maklum la 1st time kan. Dari awal pekenalan boleh le tahan kiriman sms darinya. Tapi masa tu aku x rasa apa2 pun. Dia amat jarang call sebab tak suka dengar suara aku yang tak romantik ni kut..hehehe.

Perjumpaan kedua pulak selepas 3 bulan dari perjumpaan pertama. Kalau betul dia ingin mengenaliku dengan lebih dekat, mesti setiap ujung minggu mesti nak jumpa kan. Ini tak, kalau aku yang tak tanya dia mmg tak nak jumpa aku kut.huhuhu. Tapi aku suka sebab dia sendiri yang call aku ajak aku keluar dan tengok wayang..masa tu aku rasa terkezoot jugak dan rasa macam dalam mimpi pulak..seronoknya aku rasa. Aku rasa hepi sangat.

Tidak dapat dinafikan naluri seorang perempuan. Walaupun dia paham dengan situasi pekerjaan temannya itu, jauh di sudut hatinya tersimpan perasaan yang sukar untuk dimengertikan. Begitu juga aku..tak dapat den nak lari.

Di ketika ini aku mmg rasa kecewa yang amat sangat dengan sikap dia..aku pn tak tau di mana silapnya. Salah aku jugak mungkin. Yang aku nmpk perubahannya selepas aku berterus terang. Salah ke aku buat sebegitu. Nak tunggu dia cakap hampeh. Kalau tunggu lama nanti lagi aku yang parah. At least aku lega sebab dah bg tau kan. Alah orang jantan ni mmg ego. Ingat dia aje yang betul, am I rite?

Aku rasa mmg sifat dia suka mempermainkan hati perempuan yang lemah mcm aku..tpi aku tak bodoh. Is ok la you..you yang berjanji, you yang nak selalu bersama i kan, dat is my promis dun worilah. Yu nak itu, yu nak buat ini. tapi all your promises semua x leh pakai langsung..cakap x serupa bikin.

Kelainan yang paling ketara masa perjumpaan ketiga kami. Aku realise, tp aku buat tak tau jer. Macam ada paksaan jer dia jumpa aku. Dia tak banyak ckp. Sibuk dengan handphonenya. Entah siapa yang di sms aku tak pasti. Macam aku ni tak wujud kat sebelah. Aku hanya berdiam. Aku tak mahu mengeruhkan suasana. Dah la susah nak jumpa. Cuma masa dia bawak aku jalan2 tu ada la skit2 kami bersembang termasuk le cerita tentang famili dia. Tapi masa hantar aku balik lgsung tak de cerita apa pn. Dia asyik sms jer.

Sampai hati dia buat aku cenggitu. Sedih la jugak kan. Kini setelah hampir 2 bulan aku rasa aku dah temui jawapannya. Tak payah nak mengobak berbakul2 dan pikior banyak2 lagi. Segala2nya dah nyata. Memang dia reject aku bulat2. Mulai hari ini dan saat ini aku takkan menganggu lagi with all my sms watsoever. Aku juga punya maruah diri. Semuga Tuhan kuatkan semangatku untuk aku lebih yakin dlm menghadapi sebarang dugaan yang mendatang. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Tuhan Maha mengetahui dan jangan menyesali apa yang terjadi. Perbanyakkan bermunajat kan muhasabah diri. Insyallah segala2nya akan berjalan lancar. Kalau ada jodoh tak ke mana?..insyallah.

You take care yourself n jaga diri baik2. Aku cuma mampu mendoakan kebahagiaan you dunia akhirat..amin..

Daa..

No comments: