Thursday, May 12, 2011

Dish for today

As Salam..

Hari ini menuku ialah ikan kurau masak asam. Bukan apa sebab terliur tengok Michelle masak lauk ikan kurau masak acar semalam. Cuma bezanya Michelle ikut Penang style. Dia pakai cuka. Aku pulak sebab rumah teda cuka so aku ubah le resepi tu guna air asam jawa..Nak tau resepinya..

IKAN MASAK ASAM

Bahan-bahannya

1 keping ikan (tak kira la ikan kurau, ikan merah, ikan cencaru etc)
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2" halia
1/2sudu biji sawi
2 biji cili hijau/merah
1/2 cawan air asam jawa
sedikit garam
sedikit gula
minyak masak

Cara-cara
1. Bersihkan ikan dan goreng sehingga agak garing.
2. Hiriskan bahan seperti halia, bawang besar, bawang putih
3. Panaskan kuali dan bubuh sedikit minyak
4. Tumiskan bahan2 yang dah siap dihiris
5. Bila dah naik bau masukkan sedikit air dan air asam jawa
6. Gulai dah mendidih masukkan ikan
7. Masukkan cili hijau/merah. Belah dua cili ni. Kalau nak lagi pedas, bubuh la
cili padi.
8. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Dah siap..mudah kan..hehehe

Kalau nak lagi sedap biarkan semalaman. Pergh! sebab rasanya dah sebati. Memang best. Kalau nak cuba sila la. Tapi kalau ikut Penang style instead guna asam jawa, kita boleh guna sedikit cuka. Rasanya ada la sikit perbezaan. Pemilihan ikan tak kisah, in fact ikan kembung/ikan selar pun sedap jugak masak ni. Kira sesuai la.

So, kepada sesiapa nak mencuba sila la. Ni dia gambar dishes yang aku masak semalam tu..layanzzz..

- sayur tumis dengan daging


- ikan kurau masak asam

Adakah anda terliur?.....


Daaa..

No comments: