Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 2011

As Salam..

Hari ini merupakan hari pertama umat islam menunaikan ibadah puasa untuk tahun 2011. Tapi yang tak menariknya aku tak dapat nak berpuasa untuk 1st day ni..apa lagi 'bendera merah' le wah ooi!..huhuhu. Rasa tak seronoknya. Last year aku gumbira sebab dapat sama2 pegi buat terawih awal2 pose dulu..Namun aku redha.

Tiada apa yg menarik untuk aku ceritakan di sini. Cuma aku tak sangka pulak Mr Buj reply sms aku selamat berpuasa. Aku rasa rugi sebab tak sempat nak jumpa Mr Buj ari Jumaat lalu. Aku pun tak sangka la dia nak jumpa aku. Mana aku nak tau la kan. Bila aku free dia pulak tak free. Takkan aku x leh nak buat rancangan lain pulak semata2 nak tunggu dia. Memang pada dasarnya aku frust la kan. Tapi aku yakin semuanya ada hikmah. Tak tau le pulak kalau bulan pose tahun ni dia teringin nak berbuka dengan aku..Tapi aku tak berharap pun. Cuma aku dah suarakan keigininan aku tu, tp dia tak kata apa2 pung. Biarlah..aku tak akan memaksa. Aku nak dia keluar dengan aku dengan keikhlasan, bukannya paksaan.

Aku berdoa dan bermohon pada Tuhan agar puasaku tahun ni lebih bermakna dan diberkati..aminn. Aku juga bermohon agar Tuhan memberi kesihatan dan kesejahteraan kepada kedua orang tuaku, diriku, adik beradikku, kakakku, teman2ku,tak terkecuali buat abgku tersyang mr buj.

Sekali lagi ucapan Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka buat semua!..

Daa..

No comments: