Tuesday, September 6, 2011

Gedering Raya - Ijan's House (3rd Raya)

As Salam Geng..

Firstly alhamdulillah di atas gedering raya di rumah Ijan yang di adakan pada raya ke-3. Walaupun penyertaan tak ramai, tapi tetap happening. Kita mengalu2kan kehadiran Harvinder dan Nazura (Adi) yang sama2 datang memeriahkan suasana.

Terimakasih x terhingga pada Ijan di atas menu yang amat menyelerakan. Gulai Tempoyak, Ulam kacang botol, pucuk ubi yang dicicah dengan sambal tempoyak, ikan goreng, sambal belacan, sambal tumis udang petai dan kari telur..Wallawei, yummy & marvellous..memng sedap. Rugi sape tak datang..hehhee.Gmbar akan didonloadkan kemudian..

Dalam perjalanan pulang, aku, Mie n Baya sempat singgah menziarahi Reha Tajuddin di Batu Gajah. Sampai rumah dah dekat maghrib..biasa la kalu dah dapat merayap, mcm ni la..Ala, lagipun setahun sekali kan nak berjumpa..hehhee

Rasanya setakat ini report tuk kali ini..insyallah kita akan bertemu di aktiviti2 seterusnya. Aku ingin mengambil kesempatan tuk memohon maaf di atas segala salah silap dan tutur kata yang pernah membuatkan kawan2 terasa, harap dapatlah dimaafkan. Kita kira 0-0 ye!..

Akhir kata SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Wassalam


No comments: