Friday, September 9, 2011

Jumpa Kawan - 8/9/2011

As Salam,

Semalam petang selepas balik kerja aku ke KL menaiki komuter tuk berjumpa seorang teman. Last aku jumpa dia masa bulan May hari tu dia balik bercuti. Hari ini dia akan berangkat semula ke Turkmenistan balik. So aku pun pegi la jumpa dia semalam.

Kami dinner di papa rich di Bukit Bintang. Punya la sesak teruk kat situ. Itu yang aku menyampah nak pegi BB tu. Tapi memang happening pun kat sana. Lepas makan aku lepak jap kat bilik kawan aku tu bersembang. Dalam kul 9.30 aku chao ler sebab nak amik keter kat ofis. Aku tak berani nak drive sampai ke KL lagi..masih di lingkungan limited zone..hahahaha

Petang ni pulak kami akan beraya di rumah Faizal, ex-colleague aku. Entah macam mana keadaan Faizal tu. Hari tu dah masuk spital. Harap2 semuanya ok.

Tunggu ler next n3 aku seterusnya..

Daa

No comments: