Monday, January 12, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Salam..

Pertama sekali weekend lepas penat sangat. Since k.chu, abang & cik balik dari mekah, ramai sedara mara datang bertandang menziarahi mereka..Rumah sentiasa penuh seh!.

Hari Sabtu agak awal jugak aku bangun lebih kurang kul 8.30. Pada aku awal la tu sebab ari cuti kan..hehehehe. Tengok semua orang masih lagi membuta. Aku terus masak air, goreng cucur bawang untuk bekfes pagi tu. lagipun dah lama tak makan cucur bawang..hahhaha.

Lepas dah bekfes aku tolong masak untuk tengahari tu sebab my parents n adik2 semua nak datang. Selain my parents, kakak abang ipar satu family juga turut ada. Sepupu abang ipar dan aliff anak buah aku yang belajar kat UIA di Nilai. Meriah rumah. Sebelah petangnya pulak kakak sepupu ngan anaknya datang bertandang. memang penat giler..dah jadi macam bibik la pulak.muahahaha

Hari Ahad semalam aku dah buat plan nak kuar release tensen jap..aku dan teman pergi tengok wayang citer Brainscan..kelakar jugak citernya. At least happy jer tengok citer kelakar walaupun citernya tak la sesedap mana pun. Sementara menunggu aku singgah melalak kat karaoke room. Memang aku benar-benar release tensen..hahhahaa. Sebelah malamnya pulak aku keluar dengan Mek Ha, Norli dan Zek pergi ziarah Faizal. Dah kurus benar kawan aku tu. Kawan aku tu tak nampak. Dah 3 kali laser matanya kat hospital selayang, tapi tahap penglihatannya masih jugak kabur. Dia dijadikan macam bahan ujian pulak kat spital tu. Sekarang ni tengah berusaha berubat cara kampung pulak..kesian sangat aku tengok dia. Berusalah Faizal, aku doakan kau akan sembuh. Yang penting kau kena kuat semangat dan percaya setiap penyakit ada penawarnya. Insyallah..


Hanya ini coretan yang mampu aku luahkan..Nak sambung wat keje..nanti aku sambung lagi. chao!..

No comments: