Friday, January 23, 2009

Teringat Kawan Lama

Salam..

Selepas makan malam, mata aku dah memang layu. Minggu ni memang cepat mengantuk. Tak tau naper..agaknya umur dah meningkat kut..hahahaha. Aku sempat layan sekejap cerita Rona Roni Makaroni & cerita intan di astro prima. Dekat 11.30 jugak le aku tidur. Selalunya sebelum aku tidur aku set alarm dulu kat handphone tp malam tadi aku terlupa lak.

Yang bestnya boleh aku bermimpi berjumpa 'seseorang'. Yang aku kenal la, almaklum kami ni dulu satu pejabat. Mungkin sebb dah lama tak jumpa dia dan dah lama tak call tanya kabar. Masa tu rumah aku ramai sedara mara datang bertandang. Kawan aku tu dah tunggu kat luar. Dia bawak keter alphad..wah!..hehehe.Aku apa lagi macam mak datin keluar naik keter dengan dia..yang tak bestnya masa aku naik keter ada lak entah mamat mana kenal kawan tu terus naik sekali. Kawan aku ni pulak jawap tergagap2 soklan dari kawannya. Aku tak cakap apa pun..cuma diam jer. Lagipun aku dah lama macam tak mimpi apa2. Mungkin member aku tu teringat kut..hahahaha.

Lepas tu aku terus tersedar.Aku tengok jam tunjuk kul 5 pagi. Rasa macam dah lama jer tidur. Sekali lagi tersedar terus dah pukul 7 pagi..hahahaha. Kelam kabut aku bangun.

Chao!

2 comments:

~Srex~ said...

bukan mimpi biasa itu...pasti ada maksudnya....ada someone yang mau datang dari masa silam.....

Juana Intan said...

ya ke..hahahhaa..