Monday, January 19, 2009

Penatnya...

Salam..

Dari malam semalam baru aku terasa penatnya. Dah la lama tak tidur siang. Bantainya aku tidur dari kul 3 - 5 petang. Lepas maghrib boleh sambung lagi tidur sementara menunggu AJL 23. Kepala pun ada rasa2 cam sengal jer. Pagi ni pulak aku tertinggal handphone kat umah pulak..Grrrr..hari senin yang macam2. Aku sedar aku tak bawak handphone lepas wish Midah Happy Birthday tadi.

Pada sabtu lepas k.chu buat makan2 untuk adik badiknya, adik badik abg iparku. Itupun tak jemput semua. Abang iparku masak mee sup..sedap bangat and k.chu order cucur badak, roti jala, kueh lapis dan bahulu kemboja. Cik Nik pulak beli coklat kek dari kawan abg Ed. Boleh dikatakan semua makanan habis..seronok tengok sebab tak payah nak menyimpan. Lagipun peti ais tak muat nak masuk barang2 lain lagi. Dah penuh dengan buah tamar yg k.chu bawak balik dari mekah tempohari.

Biasa la bila time kenduri, aku adalah antara orang2 yang paling sibuk. Selain menolong menyediakan keperluan kenduri, menyusun dan mengatur meja, aku juga membasuh pinggan yang bertimbun2..huhuhu. Tapi aku enjoy..seronok jugak. Yang bestnya boleh pulak si k.yah (kakak ipar k.chu) tanya kenapa aku tak buat karipap. Dengan selambanya aku jawap tangan den ni ha tak cukup. Seboleh2 nak suruh aku buat karipap. Benda2 ni kalau nak buat bila ada mood je. Nanti karang terbabas pulak rasanya..muahahahaa.

Apa yang aku nak cakap sekarang ni budak2 sekarang ni terlalu manja dan agak pemalas. Aku pun tak kata aku ni rajin. Ada masa aku juga pun malas. Baru mengandung 2-3 bulan tak leh nak buat kerja. Banyak yang amik kesempatan. Bukan suruh angkat berat pun. Kalau dah ada anak sok lagi le tak buat keje. Aku ni rimas kalau orang2 yang slow motion nih. Tolong2 la buat yang ringan macam buat air ke, potong buah ke? Bila depan mak mentua nak tunjuk rajin pulak..hampeh! Kadang2 tak leh nak salahkan budak2 kalau dah orang tuanya sendiri pun tak suruh buat kan. Naik lemak le jawabya..betul tak?

Setakat ni la bebelanku kali ini. Nanti kita jumpa lagi ek!..maklum la ari senin kan..monday blues..hahahha

Ok. Chao!

No comments: