Tuesday, January 31, 2012

Underworld: Awakening Trailer 2 Official 2012 [HD] -



As salam,

Semalam aku bertemu dengannya..bila tengok dia kesian pulak aku. Nampak penat dia. Almaklum ler keje macam dia mmg x leh ada masa santai..Dah bidang tu yang dia pilih, terpaksalah. Aku cakap tunggu sampai pencen jer la..hehehe. Ketawa dia.

Seperti biasa dia amik aku kat Subang and kami terus ke summit. Aku tanya kemana kita?Mana lagi katanya sebab dia tau mesti aku nak ajak tengok wayang..hahaha. Nampaknya dia dah mula memahami aku..hehehe.

Alhamdulillah jalan ok, tak jem. So kami sampai kat Summit kul 7.40pm. Terus booking tiket and terus masuk panggung..hahaha. Punya la senang tak de gangguan langsung. Beli tiket pun tak yah beratur..Hari ini tiket wayang on me. Selalunya memang dia yang bayar..i faham my dear. Tak de salahnya pun. I ikhlas n I buat setakat yang termampu..


Kami masuk pun citer belum start lagi.Sedang elok le cuma dah gelap. Mujur le seat kami kat belakang sekali, so tak le menggagau nak cari..Kali ini dia dah standby baju sejuk..hahaha. Tapi x sejuk sangat pun econ semalam.

Lepas ni entah bilalah aku dapat ketemu dengannya sebab dia bizi sebab nak pilihanraya ni. Sekarang ni setiap minggu ke Kemaman/K.Terengganu. Hope dia leh jaga kesihatan dia. Nampak muka pun stress..dah le umur pun dah banyak..hahaha

Aku sempat gak la serahkan present kat dia semalam sempena birthday dia middle of January aritu. Dah lama beli, baru sempat nak bagi semalam..hope u like it sebagai tanda persahabatan kita. I dun expect/hope much from you dear. I faham dan I tak akan desak you anything..cuma satu persoalan tu jer i belum sempat nak tanya dan tak tau cemana nak tanya? Nantilah I pikirkan cemana nak tanya eh!.

Ok lah. Aku nak chao dulu. Teda idea nak sembang. Will update later..

Daa.

Monday, January 30, 2012

Mengapa Berubah

As Salam,

Aku sebenarnya tak tau nak kata apa. Memang ler orang akan nampak salah kita tak kiralah samada kita sedar atau tidak situasi itu. Tapi kita boleh merasainya kan. Aku x tau kenapa aku x leh nak tengok muka dia. Aku tak berdendam, tapi aku ingat setiap yang dilakukan. Aku kalau boleh tak nak ada rasa perasaan macam ni sebab dosa aku sendiri pun x tertanggung inikan pulak nak berdosa dengan orang..Nauzubillah.

Aku berdoa padaMu Ya Allah supaya permudahkan aku untuk hidup berdikari. Tentang jodoh, ajal dan pertemuan aku serahkan segala2nya pada Yang Maha Esa. Itu mmg la di luar jangkaan aku. Limpahkanlah kami sekeluarga dengan kekayaan, kesihatan yang baik. Biar orang2 yang pernah menghina kami bukak mata. Bukan kami nak menunjuk tp untuk membuktikan. Selama hari ni kami tak minta apa2 pertolongan pun. Yang penting hormat mak dan abah kami.

Sebak pulak aku rasa. So aku x nak citer panjang, nak out dulu..

Daa..

Geram dan Boring

As Salam..

Semalam rasa cam badan lemah, malas dan mengantuk..hehehe. Bangun tidor pun around 9.00 a.m. Kalau ikutkan mmg nak sambung tido lagi, tp segan le pulak sebab adik ipar aku dah bangun tgh buat sarapan. Nyembang sekejap sementara tunggu adik aku dalam toilet. Makan bekfest pun dah kul 10.00 pagi.

Perancangan nak tengok jalan2 cari makan di Kuching Sarawak. Tapi hajat tak kesampaian. Tengah godek2 handphne aku receive satu mesej dari dia..mcm la aku ni bini dia suruh buat itu ini. Aku tau mmg dia mintak aku tolong dia, tapi mcm da x boleh nak sabar. Nak kena settle sebelum kul 1 tgh. Aku yg baru lepas mandi terus la siap2 balik SJ. Tak tau la apa yang terdesaknya aku pun x tau. Baru nak dengar petang nanti.

Aku nak chao dulu lah. ARi senin biasa ler, nak buat keje rasa malas..hehehe. Nanti kita sambung eh!..Insyallah.

Daa

Friday, January 27, 2012

Postpone Lagi..

As Salam..

Eee geram sungguh dengan dia. Apa taknya berjanji mcm dia tu free selalu.huhu. Supposed we should meet yesterday. Last minit pull out again. Ada dinner pulak dengan rombongan kementerian dari Brunei..huwaa. The day before sibuk kat Bukit Kiara. Tunda lagi. Kakak aku pun gelihati sebab 2 hari turut2 aku x jadi appt dengan dia..hehe.

Yesterday about 10 min past 5 pm dia call aku thru his office no. bagi tau dia kena attend dinner. Kalau nak jumpa after 11 pm. Apa kejadahnya nak kuar time2 tu. Tidor lagi bagus. Hari ni dia kena ke Kemaman lagi until sunday..adoi! Masa tgh sembang tu dia check schedule dia. Hari free cuma this coming monday 30/1/2012. So we set on this coming monday. Maleh aku nak pikior..huhu. Kita tunggu dan lihat. Boleh dibilang kalau nak kuar dengan dia sebab works comes first..ate mana ke ghopenya.

Ntahlah..kena tengok flownya cemana? Kalau tahan tunggu, kalau tak lu pikirlah sendiri.." hahahaha. Wa mau chao dulu!..

Daa..

Tak sangka

As salam,

Ari senin lepas aku gi pasar dengan my dad. Parking le kat TF. Lepas gi market aku masuk dalam TF nak beli barang2 lain. Masa tengah jalan2 tu ada orng tegur aku "Assalammualaikum..". lantas aku menoleh kut2 ada orang lain yang bagi salam.

Tekezoot aku bila nampk orang yang bagi salam tu. Rupanya kawan aku merangkap ex-secret admirer aku..Mujur le aku tak de rasa apa2 masa tu. Mcm biasa jer. Idak le rasa cam teruja ke apa ke..mungkin sebb dah lama sangat kut. Kawan aku tu masuk TF sebb nak beli pampers anaknya..hehehe. Last2nya terserempak jugak dengan my dad!. Selama hari ni takut..my dad bukannya garang ler beb!..so, hahahaha.

Aku cerita kat adik aku Ina..mmg tak kenai kalau jumpa pun. Dah lain sikit rupanya. Dah kembang almaklum ler kan..hehehe. Dengan mak aku pun aku citer selamba jer. Mak aku tahu mamat tu mmg suka kat aku dulu.

Ok la..chao dulu..

Daa.

Thursday, January 26, 2012

Sms - 24/1/2012

As Salam,

Sebenarnya aku tiada aktiviti menarik pun nak dikongsikan di sini. Cuma hari ahad lepas aku balik kg sempena cuti CNY. Wah seronok rasanya sebab tak jem..ekeke. tp yang tak bestnya masa kuar dari sg buluh ujan selebat2nya. Seriau jugak bawak keter dalam keadaan hujan..kena pelan2 le weh!..heehe

Perjalanan pagi tu mmg smooth. Sejuk dan nyaman jer rasanya. Aku ingat nak le singgah mana2 kawasan rehat tp semuanya penuh. Last2nya aku teruskan jer perjalanan sehingga ke kampung. Bawak bekal biskut pun x makan sebb tak rasa lapar sangt. Aku gerak dari Sg Buluh lebih kurang kul 7.45 pagi. Masa ni ujan dah rintik2 dah. Lepas suruh my bro check keter apa yang patut aku terus gerak. Dalam hati mmg takut seh sebab 1st time balik sendirian. Cuma bertemankan WUH ku..hehehehe. Alhamdulillah aku selamat sampai kampung dalam pukul 10.30 pagi.Yess!! i make it!..

5 hari aku tak terima apa2 message/call from him. Aku tau dia bizi. Nak kata aku ingat sangat pun teda jugak..mcm biasa jer. Cuma hari selasa aku dapat satu sms darinya. Aku tak perasan pun. Pukul 3 lebih baru aku baca. Bila phne dekat aku mmg teda siapa pun nak sms. Bila aku tak pedulikan ada pulak sms masuk. Tapi aku taklah expect mamat tu nak sms, dalam kul 11.00++. Sms aku sebab nak mintak tolong. Dia ni kalau tak terdesak mmg tak naknya sms aku. Buat nohen jer kalau aku sms pun. Tu sebab aku malas sangat nak pikir. Sepatutnya semalam nak jumpa aku, last minit pull off sebab still in bkt kiara sb menteri ada. So aku paham ler. Mmg dia x leh nak squeeze. Postpone today..suka hati dialah. Aku x tau kenapa aku maleh nak jumpa dia..Nak suruh aku tolong dia datang le jumpa aku sendiri kan..hehehe. We look n see.

Ooo ya. Hari Isnin yang lepas aku dan Pu3 sempat lepak di rumah Mie tengk newborn baby dia. Cute. Dah lama Mie idamkan suasana itu. Apa2 pun congrats to Mie. Semuga Mohd Zuhayr akan menjadi seorang anak yang solihin..amin

Ok la aku nak chao dulu. Kepala pun mula nak berat ni. Dah le mula kroje ari ni..heehhe

Daa..

Thursday, January 19, 2012

Tqvm..mmmuah

As salam,

Aku rasa terharu le pulak di atas kejujurannya. Aku tak de le pikior sangat pun. Dan juga x harap apa2 pun. Tak sangka la dia betul2 make me proud la. Janji tetap janji. Sebab apa? Sebab aku tolong dia hari tu.

Beria2 dia ucap terimakasih..syg, tqvm. You help me a lot..mmuah. thanks again. Rasa kembang la jugak..hahaha. Dun mentioned it dear. Pertolongan ai x seberapa pun. Lagipun I tolong dengan ikhlas dan setakat yng termampu jer. Neway I really appreciate keikhlasan you.

Semuga persahabatan kita akan kekal selamanya..amin.

Miss u so much!..

Chao!.

Daa

Wednesday, January 18, 2012

Tahniah

As Salam,

Semalam lepas facial aku balik rumah around 8.30pm. So aku parking le bawah pokok depan sebb kereta tuan puteri parking depan rumah. Aku x leh le nak komplen banyak kan sebab siapalah aku.

Sebaik tiba rumah aku diberitahu tuan puteri tu dah selamat bersalin anak perempuan. Tahniah buat opah & atuknya. Operation sebab kaki bengkak. Yang tak bestnya anak dia sama pulak tarikh dengan tetts! Adakah akan tercapai impianku di tahun ini. Mudah2an. Amin.

Lagipun dah tiba masanya aku lebih berdikari. Sampai bila nak susahkan orang kan. Keluarga orang semakin bertambah. Aku kena buat planning terperinci tahun ni. Tak kiralah susah ke senang ke, kali ini aku nekad. Semuga Tuhan permudahkan segala urusanku...insyallah Amin.

Nak chao dululah. Aku akan pastikan impian aku akan tercapai tahun 2012..amin ya rabbal alamin.

Daa..

Tuesday, January 17, 2012

Geram, Benci, Sakit Hati dan akhirnya..

As Salam,

Hari ini aku betul2 kecik hati, geram, benci, sedih dan yg sewaktu dengannya. Kita anta sms wishing dia Hepi Besday x nak jawap pun. Kalau orang lain tqvm, sweet of youlah. Hari Ahad aritu sibuk call aku banyak kali sebab nak detail aku nak bank-in balik duit aku. Mesti x nak jumpa aku lah tu. Selalunya aku jugak yg menjeruk rasa. Semalam aku tanya jadi jumpa ke pun x nak jawap. Menyampah.

Tak pelah. Aku sedar siapa aku. Jangan sampai tahap aku dah x leh nak kompromi lagi dengan mike. Kesabaran aku ada batasannya. Aku mmg bencila sikap dia. Dengan aku jarang nak mintak maaf. Bukan tau nak amik hati aku. Setiap kali aku je kena ikut cakap dia. Mmg la keje macam dia tu bizi..suka hatilah. Tuhan ada bersama dengan aku. Aku malas nak kata apa dah..tengok aje la. Tapi minggu ni aku x nak sms dia. Lantaklah. Kalau itu yang dia nak? Kesiankan orang diri sendiri siapa nak kesian kan. keme ucap tima kasih jer la di atas keprihatinan mike selama ini. The choices is yours. Bagitau jer la. Lagipun kita negara demokrasi bebas bersuara.

Tapi kan, teman nak mintak maap juga yeop pasal dah berkati2 marahkan mike + sampai nangis ari ni. Rupanya mamat tu x dapat sms aku rupanya..kah kah kah. Sorry eh!. Happy Birthday my darling..mmmuaaah!

Oklah..i want to chao now!..

Daa.

Thursday, January 12, 2012

Awak Suka Saya Tak


As Salam,

Awak suka saya tak? Pertanyaan yang begitu ikhlas. Pertanyaan ini yang membuatkan jiwaku terasa di awang2an. Intan Zulaikha & Hilman Yong. The bestseller book now di pasaran. Rugi kalau sesiapa x baca. Memang best. Sarat dengan kasih sayang.

Terima kasih kak melur jelita kerana melahirkan ASST. Really love it.

Kepada siapa yg belum baca tu cubalah..pasti akan jatuh cinta.

Aku chao dulu..tak abis baca lagi ni..uhuk!

Daa

Tuesday, January 10, 2012

Happy New Year 2012


As Salam,

Syukur alhamdulillah aku masih lagi bernafas di mukabumi ini. Terima kasih Ya Allah.
Sudah 10 hari kita melangkah ke tahun baru 2012.

Apa azam korang tahun ni. Azam aku???hehehe..Below is the list :-

1. Memperbaiki diri.
Nak lebih bermuhasabah diri dan menjadi seorang insan yang
beriman dan bertakwa di sisi Allah SWT.

2. Berjodoh
Semuga tahun 2012 ni akan menghasilkan perjodohan buatku..amin

3. Berdikari
Semuga tahun 2012 ni aku ingin lebih berdikari dan aku dapat duduk sendiri..amin

4. Perniagaan
Semuga tahun 2012 ni bisness kami akan boom..amin

5. Penyakit
Semuga tahun 2012 ni dikurniakan kesihatan yang baik buat ku, kedua ibubapaku
dan seluruh ahli keluargaku. Sembuhkanlah penyakit yang kami tanggung ini...aminn

Harapanku semuga segala doaku dipermudahkan dan mendapat rahmat darimu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Daa..

Tuesday, January 3, 2012

Convent85 Gurls Day out - 31/12/2011

As Salam..

Hari Sabtu yang lepas aku gedering di Sunway Piramid bersama dengan - Puji,Xana, Ina & Sap. Sehari suntuk duduk kat Sunway Piramid..hehee. Lagipun dah lama kami tak bergedering pun kan.

Apa lagi riuh dengan gelak sakan deme2 ni. Biasa la kan, umur jer nampak besor tp perangai ngalahkan budak umur 20 tahun..hehehhee. tapi apa2 pun enjoz bangat.

Dalam masa yang sama kami selebret burfday ina sekali kat Secret Recipe. Siap nyanyi Hepi Besday lagi kat dia..hehee

Aku, Xana and Sap sempat le rembat kasut crocodile kat situ..hehehe. Asalnya Sap le nak cari kasut, Xana pulak kasutnya dah koyak kih kih kih..




Aktiviti terakhir tuk tahun 2011. Semuga ikatan ukhwah antara kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat..amin

Daa