Friday, January 18, 2013

Sedih

As Salam...

Cepatnya masa berlalu. Hari ni dah Jumaat. Seminggu cepat jer masa berlalu. Apatah lagi setahun kan. Dalam diam tak diam dah 3 tahun lebih aku mengenalinyer. Banyak la kenangan pahit, manis dan masam..hehehe

Sepanjang tahun aku mengenalinya semalam aku rasa terlalu sedih? Sebab apa? Tak tau cemana aku nak huraikan. Biarlah ia menjadi rahsia hatiku. Rasa sedih dan sayu pulak. Semalam harijadi dia. Planning nak antar sms seawal mungkin. Tapi kalau early morning dia jarang tengok sms sb time tu dia tidorrr..hahahhaa. Dah siap draft dulu apa nak cakap.hehehe. cuma tunggu time nak sent jer.

Lama sangat dan aku tak sabor dah terus aku antar short sms says Hello Birthday Boy!. Masa tu baru kul 9.30 am.hahaha. Sampai pukul 12 lebih tak jugak dapat reply. Tengok kat FB tak de siapa pun yang wish. Pelik pulak sb selalu tiap2 tahun penuh kawan2 dia wish. Hati aku mula la fikir bukan2. Aku cakap dalam hati if end of the day dia tak reply apa2..that's it. I won't sms him and I will let go the present that I have jez bought for him. Memang mood aku semalam agak down. Air mata pulak senang jer nak turun. Tapi aku tahan jugaklah kan, nanti ofismate aku ingat apa pulak.

Wassapp aku pulak penuh dengan message2 dari geng2 sekolahku. Silih berganti. Tapi tak de jugak reply from him. Lagi la bertambah sedih. Masa ni airmata lagi laju ler weh!. Macam2 aku pikior. Adehh!! Dalam kul 1.30 pm ada wassapp message masuk aku tengok dia reply sayang, tq3 mmuahh. Ingat hati nak merajuk tp mengenangkan hari ini hari istimewa tuk dia kan baru aku wish Happy Birthday properly. hahaha. Yang draft awal tu langsung x jadi proceed. Wording yang lain pulak aku antar..hahahaha..sakit hati punya pasal..ekekeke

Pas tu aku antar gambar kek kat dia. Dia reply kek yang boleh dimakan mana?hahaha. Tanya jugak tu. Aku jawap kalau nak kena la jumpa, itupun kalau ada kesudian..hhehehee. saje je aku jawap cam tu. Pas tu senyap tak de reply from him. Aku pun biarkan jer la. Pas tu dia sambung..sure syg.memang nak jumpa sgt2 tapi petang ni I kena pegi kemaman nak uruskan perkahwinan anak boss dia..huwaaaa

Aku nak kata apa lagi, bila dia dah ckp mcm tu..Dahlah dia tu workholic. Memang kerja tu keutamaan dia. So this is my answer to him and his reply to me :-

M : Is ok la abang. Ekeceli I have something 4 u. I bagi later lah bila u free nanti.
H  : Syg, jgnlah susah pls. Malulah I syg. Dapat jumpa syg pun alhmdulillah. Tqvm kat syg sb paham
       keje I.

Wah!, so sweet kan. Lepas tu we stopped the conversation as he need to continue his works. Tapi sedih tetap sedih la kan. Lepas solat maghrib lagi laju ayor mata teman. Siap berdoa aku turun makan. Ingat nak sambung isyak tp tak jadi. Makan dulu..hehehe. Planning nak tengok episod akhir dendam sarikit. Nampak gaya x jadi sb dah ngantuk. Mata pun dah rasa bengkak. Terus naik atas dan solat Isyak. Lepas tu terus boommm..hehehhe. Soh sampai pagi.

Aku dah pikir semalam, aku kena redhakan segala2nya. Pengorbanan yang aku lakukan lebih penting untuk insan yang kita sayangi. Aku memang sayang dia. Bila mereka bahagia kita akan turut sama rasa bahagia kan. Kebenaran itu  memang sesuatu yang pahit. Tapi aku kena kuat. Semuga Tuhan akan permudahkan segala2nya..aminn.

Daa


No comments: