Tuesday, January 1, 2013

New Year Countdown - 31/12/2012

As salam..

Hari ni merupakan tarikh akhir dan hari terakhir untuk tahun 2012..Cepatnya masa berlalu. Setahun tak terasa. Rasa macam baru jer. Aku pulak baru jer baik dari sakit2 badan dan the next day pulak angin sb makan cempedak. Mujur masa tu dah ujung minggu. Kat kedai pun aku rehat jer.  Alhmdulillah dah ok da.  Macam biasa hari ni aku memang keje. Esok dah tahun baru. Aku tak amik cuti pun sb minggu sebelum tu aku dah cuti balik kg. Dekat seminggu jugak ler aku di kampung. Terasa malas nak balik KL.

Di ofis pun sunyi senyap jer sb ramai yang bercuti. Mood nak keje pun takde sebenornya...hehe. Apa2 pun aku buat keje apa yang patut jer. Yang best bila my manager kata boleh balik half day sb tak bizi sangat..yahooo!.seronoknya aku. Dalam fikiran mula la ingat nak singgah subang parade sb nak servey present. Dlm masa yang sama pulak aku malas..hehehe. last2nyer aku terus jer balik umah..itu yang terbaik. Boleh aku sambung tidor. Lagipun aku tak harap pun sape2 nak call atau ajak keluor kan..so aku leh relax. Bagi aku tak de ler eager nak celebrate new year pun. Mungkin faktor umur kut..

Balik je rumah kakak aku dah siap masak.Almaklumlah tengahari kan. Sementara tu aku main dengan 2 orang 'cucu' aku. Pas tu aku sidai baju yang dibasuh pagi tu. Tak sempat nak sidai sebab cuaca redup jer. Lepas tu aku masuk dalam merelaxkan diri sambil baring2 kat sofa. Baru jer aku nak terlelap aku received satu call. Tengok2 incik abe..terus le aku jawap. Dia tanya aku kat kg ke sb dia sms aku x reply..padahal aku tak perasan pun ada sms..risau pulak dia..hahaha. Dapt ckp kejap jer sb dia ada incoming call and akan call aku balik..so aku pun tak de le harap dia nak call balik sb aku ingatkan dia di Kemaman lagi. So aku pun buat aktiviti aku ler, makan and mandi..hehehe.

Sebaik lepas mandi aku dpt sms dari incik abe lagi katanya dia ada di ofis nw. Suruh aku datang jumpa dia kat ofis. Katanya rindu..hahaha.Adeh!Macam2 ler pokcik tu. Since aku pun tak buat apa, aku ckp aku naik tren jer le sb time2 cam ni jalan jem sb orang semua sibuk sb nak celebrate new year. Aku suruh dia amik aku kat P.Sentral. Laju je dia kata ok. So aku pun siap2 seadanya.

Aku smp kat P.Sentral at around 5.20pm. Tunggu pokcik tu dekat 15 min. Lepas dia amik aku kami terus g minum teh n makan roti canai. Lepas tu kami shoot ke ofis dia sb dia nak sambung buat keje. So aku kena temankan dia ler buat keje di ofis dia sb dah lama x masuk ofis. Kena reply semua surat2..hehehe. Aku pulak sibuk le baca paper sementara tunggu pokcik tu siapkan keje dia.

Tak de yang menarik pun. Itulah aktiviti aku dengan incik abang untuk hari terakhir 2012. Itupun rasa tak puas jumpa sb tiba2 dia ada adhoc task pulak at 10p.m. Dah la dapat jumpa 2 minggu sekali..huhu. Lepas antar aku terus dia shoot ke rumah bossnyer..kadang2 kesian jugak sb dia penat. Dahlah smp dari Kemaman kul 5 am pagi tadi, terpaksa masuk ofis tuk settlekan doc yang tertunggak pulak..Ni kena sambung keje lagi..huhu.

Oklah nak out dulu!. Selamat Tahun Baru 2013

Daa

No comments: