Tuesday, May 18, 2010

Grrr!!..

salamzzz..

"sayang, y so long no news from you. dah lupe kat I eh ayang." kata2 yang buat aku geram, marah, sakit hati dan mcm2 ada. Baru jer seminggu aku mengeraskan diri untuk tidak menghubungi atau menghantar sebarang pesanan kepadanya. Sedangkan yang menulis message tu mcm tak de rasa bersalah pun membiarkan aku terkapai2 menahan rasa.

"Syg, you ok ke..i bz betul la, lepas piala thomas kena attend hari belia pulak." sambungnya lagi. Aku yang termangu2 hanya mampu menjawab ok and tell him yang aku understand his work situation.

"You take care ya sayang, miss yu." lantas talian dimatikan.

Aku tau sebenarnya dia tersentap bila aku jawap saje malas nak call dia. Padan pun muka dia, siapa suruh tak nak balas semua sms aku. Lepas tu nak salahkan aku pulak kenapa aku diam. Hampeh. Sekarang ni siapa yang lupe siapa. Kesibukan bukan alasan untuk tidak bertanya kabar walaupun sepatah ayat..bullshit lah. Dia sendiri yang beria2 cakap masa dlm toilet pun boleh sms. Tapi sekarang...eeee geramnya aku.

Asyik aku je nak jaga hati dia, kesibukan dia. Hati aku pulak macam mana. X de orang peduli pun...huwaaaa..

Ntah2 hujung jari jer yang menari2 di talian keypad ckp rindu la, miss la. Dalam hati dia tah2 tak de perasaan pun. Susah aku nak percaya dengan setiap kata2nya. Tapi yang pasti memang aku tidak boleh mempercayainya. Unless he prove it, baru aku leh percaya. Kalau tidak sorry la. Jangan ingat you boleh sesuka hati jer mendera my feelings. Aku tau sakitnya rasa kecewa. Aku tidak mahu menghadapi kekecewaan lagi tambah2 di waktu usia sebegini. Sepatutnya di waktu ini aku senang, tenang dan berbahagia dengan kehidupanku walaupun tidak semewah mana.

Kita dah cukup dewasa untuk menilai dan membuat keputusan yang terbaik buat diri kita sendiri. Yang penting keikhlasan, kejujuran dan berterus terang amat penting di dalam setiap perhubungan. Kalau itu pun dah x boleh nak buat, just forget about it. Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri!..

No comments: