Monday, May 24, 2010

Mengimbau Kenangan - 2

Bab 2

Azira sudah lama berada di Summit Superbowl dengan rakan2 lain. Hanya menunggu Nonny dan Anita yang masih belum sampai. Kelihatan Irfan, Nora, Saiful, Laili sedang bermain di lane manakala Azira duduk memerhatikan rakan2 lain bermain

“Woi, apasal aku tengok kau macam lemau jer nih?” usik Azira. Ketika itu Nonny dan Anita baru sahaja tiba. Nonny mengambil tempat bersebelahan dengan Azira. Dicuitnya lengan Nonny.

“ Woit!Apa dia? Jawab Nonny melatah. Azira terkekeh-kekeh ketawa melihat telatah sahabatnya itu.

“ Kau ni macam ada masalah je Nonny? tanya Azira seperti simpati melihat sahabat baiknya itu. Anita sudah juin rakan2 yang lain untuk bermain. Nonny pula moodnya untuk bermain seperti terbantut sudah. Selalunya Nonnylah yang paling bising di kalangan mereka bertiga selain gemar mengusik dan menyakat. Perubahan Nonny amat dirasakan oleh Azira.

“ Tak de apalah. Dua tiga hari ni aku rasa badan aku tak sihat sikit jer” jawab Nonny cuba menyembunyikan apa yang terbuku di dalam hatinya. Belum masanya untuk Nonny bercerita. Biarlah menjadi rahsia dirinya.

“ Betul..atau kau tak sudi nak kongsi masalah kau tu pada aku.” Seakan merajuk Azira memberitahu Nonny.

“ Betul Zira, aku tak apa-apa. Ko jangan risau ya. Terimakasih sebab ambik berat pasal aku.” Nonny menyengih.

“ Ok lah, aku tak nak paksa kau. Kalau ada apa-apa kau nak mintak tolong, just name it”. Azira bersuara. Nonny hanya mengangguk. Baik Azira mahupun anita kedua-dua sahabatnya itu saling mengambil berat tentang dirinya biarpun mereka berdua muda darinya. Perbezaan umur tidak menjadi halangan buat mereka sekepala dalam semua hal. Anita dan Nonny berkongsi menyewa rumah di Subang Jaya, manakala Azira pula duduk bersama dengan keluarganya di Shah Alam.

“Nonny, turn kau pulak..cepat? jerit Anita.

“ Ok2. Aku datang nih” lantas Nonny bingkas bangun. Azira hanya memerhatikan.

No comments: