Friday, May 7, 2010

Majlis Pernikahan Amy - 1/5/2010



Salamzz,

Pada minggu lepas aku balik kg ari Jumaat. Untuk 4 bulan ni stesen puduraya sedang diupgrade, so aku menaiki bas di KTM lama. Tujuan balik kg sebab menghadiri majlis perkahwinan sepupuku Suharmi (Amy) di pusing.

Aku tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis nikahnya yang diadakan pada hari Jumaat pukul 5 petang. Cuma abah jer pegi. Mak pulak tak larat sebab susah sikit nak berjalan disebabkan lututnya yang sakit. Dan dr pn dah advise mak x leh jalan banyak. Aku smap kg dalam pukul 6 lebih kut.

Jamuan di sebelah perempuan juga aku tak pegi sebab badan x berapa sihat. Kepala pulak pening. Biasa ler bila dah cuaca panas kepala pun jd bengong ler..hehe. K.intan mintak maaf ya Zai.

Aku menghadiri majlis cuma pada hari ahad. Ramai juga jemputan yang datang menghadiri majlis amy. Yang best chiku dan addya juga datang. Deme berdua tidor rumah Zai untuk sama2 memeriahkan majlis.

Balik jer dari majlis tu, kami sekeluarga pegi ke photoshop sebab amik family photo. Sempat la adik2 aku bertekak dengan cina gambor tu sebab kenakan charge yang tinggi. Abah diam jer. Sepatutnya mg ni siap gambor tu tapi tak sempat nak ambik memandangkan abah dan mak ada kat Teluk Intan sebab temankan anak2 Ina yang mana orang gajinya balik bercuti di Surabaya selama sebulan. Aku pun turut ikut pegi Teluk Intan dan balik dari sana keesokan harinya.

Ni le yang sempat untuk aku coretkan untuk catatan kali ini. Insyallah nanti aku akan cuba sedaya upaya update blog ni sekerap yang mungkin.

p/s Zai, k.intan cilok 2 gambor amy ni..hehehe.

Daa..

No comments: