Monday, May 10, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan 8/5/2010

Salamzz..

Aktiviti ku bermula seawal pagi jam 7. Aku bersiap2 menyediakan sarapan pagi. Tak de yang spesel pun cuma aku goreng mihun. Sedap la pulak..hahaha (terperasan jap. Tak sangka mihunku licin. Well!..hehehehe.

Seterusnya selepas breakfast aku mencuci baju2 yang dah 2-3 hari tak basuh..tak le banyak sangat, cuma tudung je yang berlambak nak basuh. Sekarang ni cuaca panas mcm hari2 nak kena salin tudung. Kalau tidak rasa tak selesa..hehehe. Lagipun cepat berpeluh kan.

Tengaharinya pulak aku menolong cik untuk menyediakan asam laksa untuk menu tengahari. Lagipun dah jemu nak makan nasi kan. Kak Chu and Abg pegi kenduri cukur jambul di Klang. Jadi kami je tinggal. Kebetulan Girl and family saja datang lepak kat umah. Nak pegi umah parentsnya di Damansara tak boleh sebb Sabrina kena kuarantin for H1N1. pity her. semuga Sabrina cepat sembuh.

Masa tengah masak tu adik bongsuku call suruh datang ke rumahnya sebab ada beberapa perkara nak disettlekan. Aku suruh dia mengambil aku kat umah sebab aku malas nak naik tren..hehehe. Dalam pukul 3 lebih adik aku fetch me at home. Sempat singgah RHB bank tuk bayar CC.

On da way aku call Halim tanya apa aktiviti dia malam nanti..katanya nak keluar ke KL nak amik angin sambil release tensen. Last2nya kami semua ke Kuala Selangor menikmati hidangan malam kat sana. Naik satu kereta jer. Mujurla Grand Livina muat untuk 2 keluarga termasuk aku..hehehe

Sewaktu ke Kuala Selangor mmg jalan agak gelap dan hujan. Nak sampai rasanya punyalah jauh. Tapi bila waktu balik cepat jer rasanya. Not bad jugak la makanan seafood kat sana..Cuma a little bit tawar masakannya..anyway semuanya licin beb!..haaaha.

Keesokannya adik aku menghantar aku balik ke Subang Jaya. Kami lunch kat restoran Ani Sup Utara di TTDI. Aku makan bubur nasi, adik aku mihun sup and wife dia Nasi Arab. Walla..yummy. Aku order sampai 2 jenis air minuman, 1 - Apple Lime and 1 - Lai Chee Kang. Lagipun cuaca sejuk..

Sebelah malamnya pulak aku dapat jemputan dari Abg Id yang belanja kami sekeluarga di UiTM. Tak banyak choice and tak berapa happen makanannya. Tapi dah orang belanja, kita makan ajer la kan..hhehehe

Anyway itu lah aktiviti terkini ku di hujung minggu yang lalu.

Adios...

No comments: