Friday, May 14, 2010

Karyaku - Mengimbau Kenangan

Salamzzz..

Baru2 nak mencuba..maafkan jika tatabahasanya yang carca marba..

Prolog

Hatinya bagaikan resah. Sedikit terusik. Bimbang dan takut. Bagaimana mungkin dirinya menerima cadangan K.Sofia..berat benar rasanya untuk memikul permintaan k.Sofia. Kalau perkara lain mungkin dia tidak menolak. Tapi cadangan kali ini benar-benar buat dirinya termenung sana sini. Fikiranya buntu. Ibu dan ayahnya pula mahu dia berpikir masak-masak. Mereka tidak menghalang dan mereka juga tidak memaksa walau apa pun keputusan Nonny, mereka tetap akan terima. Nonny bercerita sewaktu dia menelefon ibunya beberapa hari yang lalu. Sebelum itu K.Sofia menyuarakan cadangan ketika dia bertandang ke rumah kakaknya. Tiada sebarang riak perasaan pun ketika k.sofia bercerita. Dirasakan perkabaran itu bagai hembusan angin yang bertandang seketika sebelum beralih ke arah lain. Itulah yang dirasakannya saat ini. Fikirannya melayang mengingati cadangan kakaknya itu.

“ Woi!..berangan ke nih?’ cuit K.Sofia setelah dilihatnya Nonny sedang mengelamun. Diletaknya dulang berisi 2 mug berisi milo dan kueh karipap instant yang dibeli di station shell berdekatan dengan rumahnya semalam. Terkejut Nonny dengan cuitan kakaknya tu. Sempat dia menyeringai.

“ K.Sofia ada hal nak bagi tau Nonny ni.” Ucapnya sambil menyuap karipap ke dalam mulutnya.

“ Apa dia kak…macam serius jer.”

“ Kakak nak kenalkan seseorang dengan Nonny. Orangnya baik, hensem dan bujang lagi. Umur dia pun lebih kurang sama dengan Nonny. Direnungnya raut wajah adiknya yang masih cantik walaupun usia Nonny sudah menjengah ke angka 40an..

“ Sejak bila pulak K.Sofia jadi ejen pencari jodoh ni.” Usik Nonny sambil menyeringai menampakkan baris2 giginya yang tersusun rapi.

“ Abis tu kau nak tunggu apa lagi Nonny. Umur pun dah banyak.” ucap K.Sofaa seakan mengejeknya. Nonny terdiam sejenak.

“ Kak, kalau setakat yang tepi jalan tu, bila-bila masa pun boleh kak. Petik jari 10 ramai yang datang nanti. Tapi ini soal kehidupan masa depan.”ucap Nonny sambil menyuap karipap ke mulutnya.

“ Bukan apa dik, since dah ada orang tanya, apa salahnya kau bagi peluang untuk diri kau.”Kak Sofia menyambung lagi.

“ entah la kak! Susah saya nak cakap. Saya dah biasa hidup macam ni. Mana mungkin sekelip mata saya nak ubah kehidupan saya yang dah nak mencecah 40 tahun nih”. Balas Nonny lagi.

“ akak cuma kasihankan kau dik. Selama mana kau nak hidup sorang macam nih.”

“ apa nak susah. Mak ngan abah kan ada..heheeehe.” balas Nonny.

“ itu betul..tapi” K.Sofia tidak meneruskan kata-katanya. Hatinya sebak bila Nonny berkata demikian.

“ bukan susah pun kak,, hantar jer kat umah orang-orang tua. Lagi senang tak menyusahkan sesiapa pun.” Ujarnya. Selamba badak Nonny menjawab geram. Dia tak suka dipaksa sebegitu. K.Sofia terdiam.

“Ish! kesitu pulak fikirnya.” Rungut k.sofia di hadapan Nonny. Nonny hanya membiarkan.

“ Nanti la Nonny cuba pikirkan cadangan Kak Sofia tu.” Nonny memberi jawapan walaupun hatinya gusar dengan jawapan yang diberikannya kepada kakaknya itu. “Biarlah aku yang berkorban. Nanti dia cakap aku ni adik derhaka pulak.” Bisik hati kecilnya.

“ Macam tu la adik akak.” Jawap Kak Sofia tersenyum megah. Sofia pasti Nonny pasti menyukai pilihannya itu.

No comments: