Friday, May 14, 2010

Mengimbau Kenangan - 1

Bab 1

Nonny terus bermain-main dengan persoalan yang baru saja bertandang di mindanya. Kenapa baru sekarang persoalan ini dibincangkan. Kepalanya pulak sudah kian memberat. Matanya juga sudah tidak mampu untuk terbuka luas. Nyanyian lagu Sampai Bila sudah sayup-sayup di kuping telinganya. Terus saja Nonny terlena dipembaringan.

Ketukan di pintu yang agak kuat mengejutkan Nonny dari tidurnya. Terasa malas benar nak bangun membukakan pintu. “Argh!! lantaklah. Tanpa memperdulikannya dia memejamkan matanya semula.

“Ish2! tidur lagi rupanya.” Omel Anita sebaik saja masuk tanpa menunggu jawapan dari Nonny dan menepuk bahu temannya itu dengan agak kuat. Nonny yang begitu lena terus tersentak lalu mengonyohkan matanya.

“ Ko nih, apasal. Sakit tau. Apa hal. Nak tido pun tak senang.” rungut Nonny.

“ Woi, cik nonny? Kau ingat pukul berapa sekarang? dah petang tau. Tak elok tidur lama-lama, nanti sembab muka.” bebel anita. Dari semalam Anita melihat Nonny lebih banyak mengurungkan dirinya di bilik. Anita perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan sahabat baiknya itu. Namun tidak pulak dia bersuara menanyakan pada sahabatnya itu. Selalunya Nonny yang paling ceria. Ada saja aktiviti yang dibuatnya.

“ pukul berapa sekarang.” tanya Nonny malas dan menggeliatkan badannya.

“ dah masuk asar dah, bangun la cepat.” Bebel Anita lagi.

“ kita kan nak main bowling petang ni” anita mengingatkan Nonny.

“ sori la..aku rasa cam malas la nak main.” katanya

“ tidur banyak sangat memang la tumbuh vitamin ‘m’ tu.” rungut anita lagi. Nonny hanya menyeringai melihat sahabatnya itu membebel. Dengan malas Nonny bangun dan terus ke kamar mandi membersihkan diri.

Tubuhnya benar-benar terasa amat segar dan bersiap ala kadar. Dia cuma mengenakan t-shirt putih dan berseluar jeans hitam. Memang itu warna kegemarannya. Rambutnya disisir rapi dan mengenakan sedikit lipstick. Walaupun tanpa secalit mekap pun Nonny sudah sememangnya cantik. Itu kelebihan yang ada pada dirinya.

No comments: