Wednesday, May 26, 2010

Mengimbau Kenangan - 3

Bab 3

Nonny menguis2 makanan yang berada depannya.Seleranya seakan terbantut sejak akhir-akhir ini. Fikirannya pula jauh melayang. Terasa serabut benar otaknya sehinggakan kehadiran K.Uji pun tidak disedarinya.


“ Woi Nonny” sergah Kak Uji dan terus duduk bersebelahan Nonny di pantry. Namun tiada response yang diterima dari Nonny. K.Uji hanya menggelengkan kepalanya.

“ Eh! Kak Uji, oops sori” Nonny membalas dengan sengihan yang tak berapa nak menjadi itu. Malu pulak rasanya pada K.Uji.

“ Cepat pulak Kak Uji sampai hari ini.”Nonny mula mengusik K.Uji. Temannya itu memang selalu lewat. Kalau nak ikut jarak rumahnya tidaklah berjauhan sangat dengan pejabat. Tapi entahlah. Nonny sendiri pun tidak memahami kenapa.

“ Kau perli akak ke ni Nonny.” jawap Kak Uji sambil membuka bungkusan nasi lemak yang dibelinya di kantin tadi.

“ Aik terasa pulak dia pepagi nih.” sakat Nonny lagi diriingi dengan ketawa kecil.

“ Ala tak delah Nonny. Ko bukannya tak tau peel akak nih. Hari ni sebab akak terbangun awal le jadi cepat macam nih.” ketawa Kak Uji bergema dan mula menyuap nasi lemak ke mulutnya.

“ Kalau hari-hari macam ni lagi bagus kak. Nanti ujung tahun boleh dapat award kedatangan on-time.” Usik Nonny lagi.

“ macam-macam la ko nih. Ko tu dari tadi aku tengok tak berusik pun makanan kau tu, apa hal, berangan eh!” bebel K.Uji pulak melihat Nonny seperti ada kelainan dari hari-hari biasa. Tapi tidak pulak pernah dia menanya apa yang sedang mengganggu fikiran Nonny. Selalunya pagi-pagi memang tak kering gusi Nonny menyakat teman-teman sepejabatnya.

“ Mana ada kak.Tengok akak je, terus saya kenyang.hehehee!” cepat-cepat Nonny bangun menyelamatkan diri sebelum tangan k.uji menjalar untuk mencubitnya.

Begitulah sifat Nonny. Saban hari ada saja orang yang diusiknya. Kalau sehari Nonny tiada memang amat terasa. Kedudukannya sebagai PA syarikat tidak menghalangnya untuk beramah mesra dengan semua staff di syarikatnya walaupun Nonny baru sahaja bekerja di situ selama 5 tahun. Ramai yang mengagumi sikap ramah dan cerianya di pejabat. Cuma sejak kebelakangan ini keceriaannya sedikit tercalar.

No comments: