Monday, October 24, 2011

Hari ini

As Salam..

Boring la bila tiba hari Senin kan. Dah le blur2 je rasanya..hehehe. Namun rezeki tetap kena cari kan. So sambil2 tu release tensen sikit layan blog..hehehe.

Aku dah x sabar nak mula solat balik..tunggu 'p' aku kering betul2 ni. Aku nak mulakan kembali muhasabah diri aku balik. Mengutip apa yang tertinggal. Yang penting aku ingin ketenangan. Malas nak serabut2kan otak aku ni. Mudah2an Allah permudahkan kehidupanku, ibadahku, rezekiku, jodohku..amin

Aku bermohon agar Tuhan memberikan aku ketenangan, rahmat dan hidayahNya dan kekuatan kepada diriku di dalm menjalani kehidupan seharianku. Aku juga bermohon agar Tuhan meringankan dan menyembuhkan penyakitku, beri kesejahteraan kepada kedua ibubapaku, adik beradikku serta keluarga mereka, kakak2ku sekeluarga dan juga teman2ku dan keseluruhan umat Islam. Aku juga bermohon kepada Allah SWT untuk menyatukan kesemua umat2 Islam agar dihindari dari anasir2 yang ingin meruntuhkan keimanan kita.

Jodoh..sekiranya diperkenankan oleh Allah SWT aku bersyukur. Sekiranya aku tiada berjodoh pun aku tetap bersyukur..Aku bermohon kepadaMu ya Allah supaya merobohkan benteng/penghalang untuk hambamu ini mendapat jodoh. Aku ampunkan mereka2 yang berbuat demikian kepada diriku. Berilah aku ruang/peluang untk mengecap kebahagiaan berkeluarga. Hanya kepadaMu aku berserah Ya Allah. Aku mohon perkenanmu di atas segala2nya. Aminn..

Kenapa la pulak hari ini rasa cam berdebor jer bila nama dia terlintas dalam kotak ingatan aku. Baru je lepas skodeng FB dia..rupanya dah balik ari sabtu bukannya ari ahad mcm dlm sms tu..huhu. Mana satu yang betul ni..uwaaa..tak pe la 'pokcik'. Lagipun siapalah aku kan. Kali ini aku bermohon pada Tuhan jika aku dberi peluang untk bertemu dengannya lagi aku nak tanya dia kesemua kekeliruan yang bersarang dalam kepala otakku. Aku bermohon kepada Tuhan berikan aku kekuatan tuk bertanya soklan2 tersebut. Kita tunggu yer..insyallah!

Rezeki..aku bermohon kepadaMu Ya Allah permudahkanlah rezeki perniagaan kami. Berilah kami peluang mengecap kejayaaan dan kekayaan. Kuatkan semangatku adik2ku untuk meneruskan perniagaan ini. Aku ingin lihat kejayaan mereka dan dapat bagi kedua ibubapaku merasa hasil titik peluh perniaagaan ini..insyallah..amin

Keimanan dan Ketaqwaan..Inilah yang aku idamkan. Aku ingin sekali menjadi seorang hamba yang beriman, bertakwa kepada Allah SWT. Semuga segala2nya akan dipermudahkan..aminn

Semuga di suatu hari impian kami sekeluarga akan tercapai..Aku ingin memberi kesenangan kepada keluargaku. Jauhkan diriku dari perasaan hasad dengki, sakit hati, cemburu dll.

Teman udah x tau nak cerita apa lagi, aku chao dulu..tunggu le next n3.

Daa..

No comments: