Monday, October 24, 2011

Weekend Aktiviti

As Salam..

Sabtu:-
------
Last saturday my bro amik aku kat umah sb nak balik kg petang tu. Sblum tu aku follow dia gi kenduri di Kuala Kubu.Dah la cuaca panas, kepala aku pulak pening. Selalu tak de le pening tapi semalam mmg pening. Kami sampai di K.Kubu dah kul 3 petang. Kami makan la apa yang ada..Hidangannya nasi jagung, daging blackpepper, acar, gulai dalca n ayam masak merah. Dessernya bubur kacang, buah limau. Nak kata sedap sangat tak de la. Isi perut sebab lapor..hehehe. Masa balik aku mintak duduk belakang sekali sebab nak baring. Syoknya dapat tidur.

Dari K.Kubu kami gerak ke Batu Gajah. Aku apa lagi, bukak tudung tidor le kat belakang. Siap ada toto n bantal lagi..memamng lenalah. Sampai di Batu gajah kami singgah kat TF jap sebab my bro nak beli barang. Masa nilah ujan turun lebat betul. Ada la dekat 20 min tunggu smp ujan sidang sikit sebba tak de payung nak ke kereta. Kalau parking dalam punya la trefic jem..ish ish ish. Sampai umah dah masuk maghrib.hehehe.

Ahad
----

Pagi2 lagi aku dah kena bangun. Adik ipar aku masak nasi goreng, abah pulak beli roti canai.Aku tolong kemas apa yang patut. Kul 8.30 pagi kami dah gerak ke KL dari Batu Gajah sebab nak attend anak kazen aku abg ramli di Jinjang.

Kami sampai rumah pengantin almost kul 12tgh. Sbaik duduk pengantin pun sampai..Mak dan abah makan dengan pengantin..hehehe. Hari ni hidangan ok - nasi ujan panas, ayam masak merah, gulai dalca dan papadom. Dessert buah tembikai dan buah limau. Ok sket le jamuan di K.Kubu semalam tu..hehehe

Dah makan my bro & family nak terus pegi bercuti di Pasir Salak. Mak dan abah pun ikut sekali. Aku naik tren le balik dari Sg Buluh. Udah lama x naik tren, penat le juga rasa..tp alhamdulillah dri KL aku dapat duduk. Kalau tak masak le dalam tren tu..

Hanya itu le aktiviti aku di hujung minggu. Mg ni rutin kembali seperti biasa ke kedai dan kemungkinan teman Nina antor Yah ke LCCT. Nanti aku update N3 terbaru ya..

Daa..

No comments: