Monday, October 31, 2011

Aktiviti Biasa

As Salam,

Mg ni teda cier menarik pn tuk aku menulis. Seperti biasa di hujung minggu memang aku ke kedai le di Saujana Utama. Cuma minggu ni meriah sikit sebab my parents ada. Itupun sunday morning depa nak balik ke Teluk Intan.

Last Friday nite around 9.30pm aku received call dari pokcik tu..bukan main ceria lagi nyembang ngan aku. Aku layan jer la. Nanti dia kata aku ni sombong pulak kan..hehehe. Dia tu kalau angin tak betul berhari2 tak de sms ke message ke. Aku dah x heran lah. Kalau pikir2 sangat nanti aku pulak yang jiwa kacau..

Boringnya, malas le aku nak sambung..

Daa..

Thursday, October 27, 2011

Holiday Trip to Europe

As Salam..

Firstly teman nak ucapkan Selamat Bercuti pada abng angkatku.Hope you will enjoy ur trip to Europe. Jangan lupa ole2 dari Europe..hehehe.

Sori ya In x nampk ym abng semalam. In doakan agar abang selamat pegi dan selamat kembali.

Daa..

Flora Damansara

As Salam,

Semalam aku n family jalan2 Deepavali kat umah my uncle kat Flora Damansara bcoz my auntie masak nasi tomato. So saja la invite all of us makan together kat sana. Aku pun dah lama x pegi rumah my uncle tu.

Before tu pagi aku pegi beli tiket nak balik Teluk Intan raya haji nanti. Senang next time x payah nak pegi KL beli tiket. Itupun kalau aku naik bas transnational ler. Plusliner aku tak pasti le pulak. Lupa nak tanya semalam..hehehe

Kami gerak dari rumah kul 12 lebih. Tak sangka lak kat LDP tu jem..menyampah tul. Dah le aku bawak keter. Seriau sebenornya aku, tapi kalau x bawak tak tau pulak jalan kan. Experience jugak ler..hehehe. Kami pegi 2 keter. Keter depan Chu Ramlah bawak. 2nd car aku le bawak..Yang buat aku tak tahan tu bila follow keter Chu, punyalah slow. Aku ni dalam pada takut2 agresif jugak kalau bawak keter. Tak sabor aku dengan yang slow2 motion ni. Tu kakak aku ckp sakit ponggong naik keter Chu..hehehe. Ntahlah Chu..hehehe. Mujur la balik tu ujan x berapa lebat.Kami sampai kat rumah kul 6.30 petang. Sempat la layan citer Soffiya..

Itulah aktiviti Deepavali aku semalam..

Daa..

Wednesday, October 26, 2011

Sms

As Salam,

Petang semalam seronok betul aku sebab jalan clear. Kalau hari2 cam ni mmg syiok weh!.hehehe. Aku rasa 10 min aku dah sampai umah.

Sampai umah je ari pun ujan. Alhamdulillah. Kakak aku pulak tengok makcik Ton sakit kat umah anaknya d Subang Bestari. So aku sorang je kat umah masa tu. Lgpun nak layan citer Soffiya. Bila time2 ujan ni Astro pun bengong ler. So x de nak concentrate sangat.

Dalam masa yg sama aku sms pokcik tu..and din hope he will reply. but suprisingly he replied my sms saying dia pun windu gaks kat aku..hehehe. alhamdulillah. Aku happy le wah ooi.

Itu je yg aku nak cerita..hehehe. Jumpa d next n3..insyallah.

Daa...

Tuesday, October 25, 2011

Memang dah agak..

As Salam..

Semalam ntah kenapa aku rasa berdebar. Cuba jugak nak melarikan dri memikiorkan tettssss..hehehehe. Tapi datang jugak wah ooi!. ate mana nak buatnya. 5 hari sengap mesti ler terasa rindu ya tak? Udah biasa dah. seblm ni kadang2 2 minggu baru dengor cerita. Lagipun aku control le idak nak beria2 bebenor. Takut sakit lagi weh kalau dah jiwa kacau ni. Tandak aku. susah nak baik woo!..

Semalam masa aku tengah berhenti kat traffic lite di ss15 tiba2 phone aku berbunyi. Bila aku tengok nama dia tertera terus je aku jawap..aku dah agak mesti dia call.. Nak kata excited ntah la. Tak tau nak express cemana perasaan aku semalam bila received call pokcik tu. Katanya dia di Kemaman now and Sunday balik Mesia dari Vietnam..tp aku malas nak cerita banyak.Jez mengiakan. Kalau tengok kat FB dia he oredi bek in KL on Saturday evening..tak kuasa aku nak tanya. Nanti dia kata aku ni bzbody le fulak kan. Biorkan jer. Semenornya dalam masa yg sama aku x berapa dengor biji butir apa yang dia ckp ngan aku semalam..hehehee. Aku dengor katanya nak jumpa lepas dia balik dari Kemaman. Well, i jez say ok and tell him that i miss him. Dia pun jawab miss u so much n take care sayang..

Lepas dapat call pokcik tu aku terima panggilan pulak dari Suhaimi suruh juin farewell Zaharah di Carrefour. Masa tu aku baru je smp kat umah. Ape lagi sarung le tudung balik. Kami lepak kat Subway..aku makan seafood + crab. Kul 8.15 aku dah balik umah..hehehe

Itu la dia debaran aku semalam..rupanya ada orang rindu kat aku..hehehe.

Daa..

Monday, October 24, 2011

Hari ini

As Salam..

Boring la bila tiba hari Senin kan. Dah le blur2 je rasanya..hehehe. Namun rezeki tetap kena cari kan. So sambil2 tu release tensen sikit layan blog..hehehe.

Aku dah x sabar nak mula solat balik..tunggu 'p' aku kering betul2 ni. Aku nak mulakan kembali muhasabah diri aku balik. Mengutip apa yang tertinggal. Yang penting aku ingin ketenangan. Malas nak serabut2kan otak aku ni. Mudah2an Allah permudahkan kehidupanku, ibadahku, rezekiku, jodohku..amin

Aku bermohon agar Tuhan memberikan aku ketenangan, rahmat dan hidayahNya dan kekuatan kepada diriku di dalm menjalani kehidupan seharianku. Aku juga bermohon agar Tuhan meringankan dan menyembuhkan penyakitku, beri kesejahteraan kepada kedua ibubapaku, adik beradikku serta keluarga mereka, kakak2ku sekeluarga dan juga teman2ku dan keseluruhan umat Islam. Aku juga bermohon kepada Allah SWT untuk menyatukan kesemua umat2 Islam agar dihindari dari anasir2 yang ingin meruntuhkan keimanan kita.

Jodoh..sekiranya diperkenankan oleh Allah SWT aku bersyukur. Sekiranya aku tiada berjodoh pun aku tetap bersyukur..Aku bermohon kepadaMu ya Allah supaya merobohkan benteng/penghalang untuk hambamu ini mendapat jodoh. Aku ampunkan mereka2 yang berbuat demikian kepada diriku. Berilah aku ruang/peluang untk mengecap kebahagiaan berkeluarga. Hanya kepadaMu aku berserah Ya Allah. Aku mohon perkenanmu di atas segala2nya. Aminn..

Kenapa la pulak hari ini rasa cam berdebor jer bila nama dia terlintas dalam kotak ingatan aku. Baru je lepas skodeng FB dia..rupanya dah balik ari sabtu bukannya ari ahad mcm dlm sms tu..huhu. Mana satu yang betul ni..uwaaa..tak pe la 'pokcik'. Lagipun siapalah aku kan. Kali ini aku bermohon pada Tuhan jika aku dberi peluang untk bertemu dengannya lagi aku nak tanya dia kesemua kekeliruan yang bersarang dalam kepala otakku. Aku bermohon kepada Tuhan berikan aku kekuatan tuk bertanya soklan2 tersebut. Kita tunggu yer..insyallah!

Rezeki..aku bermohon kepadaMu Ya Allah permudahkanlah rezeki perniagaan kami. Berilah kami peluang mengecap kejayaaan dan kekayaan. Kuatkan semangatku adik2ku untuk meneruskan perniagaan ini. Aku ingin lihat kejayaan mereka dan dapat bagi kedua ibubapaku merasa hasil titik peluh perniaagaan ini..insyallah..amin

Keimanan dan Ketaqwaan..Inilah yang aku idamkan. Aku ingin sekali menjadi seorang hamba yang beriman, bertakwa kepada Allah SWT. Semuga segala2nya akan dipermudahkan..aminn

Semuga di suatu hari impian kami sekeluarga akan tercapai..Aku ingin memberi kesenangan kepada keluargaku. Jauhkan diriku dari perasaan hasad dengki, sakit hati, cemburu dll.

Teman udah x tau nak cerita apa lagi, aku chao dulu..tunggu le next n3.

Daa..

Weekend Aktiviti

As Salam..

Sabtu:-
------
Last saturday my bro amik aku kat umah sb nak balik kg petang tu. Sblum tu aku follow dia gi kenduri di Kuala Kubu.Dah la cuaca panas, kepala aku pulak pening. Selalu tak de le pening tapi semalam mmg pening. Kami sampai di K.Kubu dah kul 3 petang. Kami makan la apa yang ada..Hidangannya nasi jagung, daging blackpepper, acar, gulai dalca n ayam masak merah. Dessernya bubur kacang, buah limau. Nak kata sedap sangat tak de la. Isi perut sebab lapor..hehehe. Masa balik aku mintak duduk belakang sekali sebab nak baring. Syoknya dapat tidur.

Dari K.Kubu kami gerak ke Batu Gajah. Aku apa lagi, bukak tudung tidor le kat belakang. Siap ada toto n bantal lagi..memamng lenalah. Sampai di Batu gajah kami singgah kat TF jap sebab my bro nak beli barang. Masa nilah ujan turun lebat betul. Ada la dekat 20 min tunggu smp ujan sidang sikit sebba tak de payung nak ke kereta. Kalau parking dalam punya la trefic jem..ish ish ish. Sampai umah dah masuk maghrib.hehehe.

Ahad
----

Pagi2 lagi aku dah kena bangun. Adik ipar aku masak nasi goreng, abah pulak beli roti canai.Aku tolong kemas apa yang patut. Kul 8.30 pagi kami dah gerak ke KL dari Batu Gajah sebab nak attend anak kazen aku abg ramli di Jinjang.

Kami sampai rumah pengantin almost kul 12tgh. Sbaik duduk pengantin pun sampai..Mak dan abah makan dengan pengantin..hehehe. Hari ni hidangan ok - nasi ujan panas, ayam masak merah, gulai dalca dan papadom. Dessert buah tembikai dan buah limau. Ok sket le jamuan di K.Kubu semalam tu..hehehe

Dah makan my bro & family nak terus pegi bercuti di Pasir Salak. Mak dan abah pun ikut sekali. Aku naik tren le balik dari Sg Buluh. Udah lama x naik tren, penat le juga rasa..tp alhamdulillah dri KL aku dapat duduk. Kalau tak masak le dalam tren tu..

Hanya itu le aktiviti aku di hujung minggu. Mg ni rutin kembali seperti biasa ke kedai dan kemungkinan teman Nina antor Yah ke LCCT. Nanti aku update N3 terbaru ya..

Daa..

Thursday, October 20, 2011

Sepetang Hi-Tea bersama Mek Ha di Legend Hotel KL (16/10/2011)

As Salam,

Lufer nak update aktiviti last week. Mcam biasa Saturday morning aku pegi buat organic facial di Summit. Aku juga sempat buat karipap tuk Kelly rasa hasil tanganku. Aku tak la berbangga tapi semua kata karipap aku sedap..hahahaha. Nak buat bisness karipap ni tak tau bila nak mula.

I'm impressed bila Kelly memuji kesedapan karipapku..hehehe. Mmg aku nak mulakan homemade bisness ni. Tapi aku masih belum ready betul2 nak memulakan bisness ni. Aku kena buat cost calculation dulu, packing cemana, kepada siapa nak dihantar..etc.

Lepas facial Kelly bawak aku lunch di Thai food di Summit. Kami menikmati hidangan kat situ. Mcm2 makanan Thai ada. Aku makan nasi ayam n Kelly makan tomyam noodles. Lepas lunch aku beransur dan terus menuju ke Sg. Buluh. Memang itu la aktiviti aku saban minggu. Aku terus ke kedai.

The next day Sunday aku bangun awal dan buat sarapan di rumah adikku. Menu pagi tu mee kering goreng. Selepas sarapan aku siap2 tuk balik ke Subang Jaya. Janji dengan Mek Ha kul 12.30 kat komuter subang.

Sampai subang aku terus tukar baju dan mekap ala kadar. Takkan nak biar orang tengok kita selekeh le pulak kan..hehehe. Kami terus menaiki tren ke Putra.

Voucher Hi-tea ni dah lama Mek Ha beli. So masa tak mengizinkan kami tuk pegi. Since this is the last chance we go out together so last Sunday impian kami baru dapat direalisasikan ler. Lepas ni Mek Ha sibuk dengan si kenit Irfan..

Makanannya not bad la. Banyak jugak choice. Gambar2 semua dalam camera mek ha, kena tunggu dia free tuk donload all the pix. Sekrang ni Mek Ha ada kat Miri Sarawak..

Itu la aktiviti aku last week. Minggu ni insyallah balik kg amik my parents to KL dan menghadiri anak sepupu aku kawin di Jinjang le pulak. Tunggu teman update nxt n3 pulak eh!.

Daa.

Release...

As Salam..

HUh!..i'm release finally. Today my good fren is out from the sarang..hehehehe..rasa sakit hati, benci, geram semua hilang..Yang datang bertandang perasaan rindu le pulak..huhuhu. Since yesterday aku rasa minggu ni mcm free je. Tak payah nak sms, tak payah geram, tak payah nak pikir nak sms apa kat pakcik tu..lagipun aku tau dia ke mana.

Mujur le semalam dia pandai amik hati aku. Kalau tidak sah2 aku merajuk tahap gaban le dengan dia. Memang aku hepi da way dia anto sms semalam, very sweet rasanya. Mcm aku ckp semalam ler ekceli aku x rasa pun akan receive any sms from him bcoz da day b4 aku antor sms x nak dia melayan aku..mgkin sebab bizi sangat kut..

Neway thanks my dear.Miss u so much..mmmuuuah!

Daa

Wednesday, October 19, 2011

Benci, Rindu, Sayang...

As Salam,

Kalau ikutkan aku mmg kecik hati sangat2. Tapi hari ini ntah kenapa timbul pulak rasa benci tiba2. Bukan aku sengaja nak benci dia. Aku syg dia semenarnya. Tapi cara dia mmg buat aku benar2 kecewa. Mungkin sebab aku rasa diri aku ni x diendahkan since last week kut,so I feel moody. Tambahan mmg masa tuk 'p'. So..????. N also I dun expect to received any sms from one of this days. But unsangkarable @12.00pm I received an sms saying that someone is flying to Vietnam today and will be bek to KL on Sunday evening. Y do I care. Me jez reply a short message only.

Lantak la, hari ini aku x nak pening2kan fikiran aku ni. Tima kasih jugak la sb bg tau nak berangkat hari ini. Hv a safe journey and selamat balik to KL. Semalam sms tanya dah ok ke demam, buat nohen jer. I mintak maaf la, tak selamanya ai akan memberi, sekali sekala ai nak juga menerima. Pikir2kanlah. Jawapan tu ada pada you.
Jangan perlekehkan aku. Aku punya hati dan perasaan bukan robot atau boneka. mcm lirik kat bawah ni :-

Yang tulus ikhlas ingin sekali sekala dirinya dibalas
walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang slalu memberi ingin sekali sekala jadi penerima
cukup dengan salam dan manis doa

Tolonglah hargai aku sekurang2nya sebg seorang rakan/teman..yang lain2 tu hanya kau yang mampu.

Daa..

Terima Kasih

As Salam,

Hari ini n3 aku nak citer pasal apa eh!. tak mo citer sedih2. dah boring. Yang pasti mg ni aku memang benci benci benci..malas nak pikior. Lantakkan.

Ntah apa yang istimewaya aku pun x tau.Cuma instinct aku ni berbelah bagi. ADa kala aku percaya ada kala aku berkata2. Ni yang buat teman conpius ni..huhuhu. It is not because I cannot trust but the way make me cannot trust..apa kes ni!

Namun aku pasti, yg satu ni mmg tepat-Perasaan????. I have my own dignity and I tak kan benarkan ia di gunakan dengan sewenang2nya. Kita boleh rasa samada disukai atau sebaliknya. Naluri kita dapat merasainya..betul kan..

Doaku agar aku diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Diberi kesempatan untuk bertaubat dan menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dn negara tercinta.

Ku petik kata2 ini dari FB seorang hamba Allah yang berbunyi begini :-

-Aku belajar melupakan seseorang yg melupakan aku...
-Aku belajar memaafkan semua orang yg menyakiti aku...
-Aku belajar menjadi yg terbaik buat org yg aku sayangi..
-cuma suatu yg tak bisa aku dapati iaitu dirinya dan hatinya..
-Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui Segalanya...aku pasrah!.

Lagi satu petikan yang ingin aku kongsikan :-

-Tegur sy jika sy mulai sombong
-tegur sy jika sy mulai angkuh
-tegur sy jika sy mulai salah kerana sy masih sgt perlu seorang sahabat seperti kamu untuk ditegur/dinasihat bukan hanya hari ini tapi juga untuk esok dan selamanya.

Terima kasih di atas segala2nya..

Daa..

Monday, October 17, 2011

Malas, Rimas dan Macam2..

as salam..

Da dekat seminggu aku x sembang dengan kawan aku di russia tu. Ni tengah mood kureng, vitamin m, rimas dan mcm2 rasa. Sori ler, teman rasa x de benda nak stori pun. Dalam pikiran aku cuma pikir yang tetttsss..biarlah rahsia..hehehe

Lantak la, aku dah malas nak beria2 dah..nanti orang ingat aku ni geds le pulak. Aku tau kenapa aku rasa cam moody jer sebab bulan sabit merah nak keluar..hehehe. Sebenarnya aku x suka ada perasaan cenggini. Merimaskan. Suka hatilah samada nak reply ke, x nak reply ke, nak buat tak tau ke, terpulanglah. Dah x kuasa aku. Biarlah aku low profile n buat tak tau jer minggu ni. Aku mmg tak nak tanya. Cuma aku nak ckp bizi sket ler minggu ni. Lagipun I dun have any rites to say anything. Siapalah daku ini tuk berkata2 kan. Uols dah terlalu dewasa untuk berpikir..Berilah aku ruang tuk muhasabah diri.

Aku benar2 bermohon agar Tuhan melindungi aku dari tersesat ke jalan yang salah. Peliharakanlah imanku. Berilah aku kekuatan tuk terus menempuh kehidupan dengan rasa lebih syukur dan takwa. Ku juga bermohon robohkanlah benteng yg meghalangi kebahagiaanku Ya Allah. Dengan seikhlasnya aku memaafkan di atas perbuatan mereka2 yang tidak bertanggungjawab ke atas diriku. Aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah.

Daa..

Thursday, October 13, 2011

Debaranku akhirnya terjawap..Syukur Alhmdulillah

As Salam,

Tandatanya aku debaran aku akhirnya terjawap..terima kasih syg..

Tanpa ku duga akhirnya @ 3.50pm aku terima sms dari pokcik tu kata dia demam dah 4 hari. Patut ler..aku dah tau sangat kalau dia demam mmg dia x layan sms. Antar la berkati2 sms pun..dia buat nohen jer.

Aku reply tanya dah gi jumpa doktor ke and yes he did katanya. Mesti tgh rehat kat umah n tengah mamai2 ler tu. Bukan apa keje x henti2, penat lagi, cuaca yang tak menentu jugak pun. Tapi aku tahu, kali ni mesti dia kena demam ketegur. Apa tidaknya, menegur benda2 yang tak sepatutnya di tegur. Instinct aku terlintas bila dia x reply aku punya sms awal minggu ini.

Apa2 pun semuga syg cepat sembuh. Jangan lufer makan ubat dan rehat secukupnya..mmuaaah.

Daa..

Suka hatilah

As Salam,

Bukan x pernah dia membisu cenggini lama, tp kali ini aku rasa mcm ada sedikit kelainan. Aku juga harus keraskan hati aku. Asik2 aku jer yang beralah, mana leh jadi.

Suka hatilah you..i tgh malas nak bertanya, walaupun aku mmg rindu kat dia. Aku berdoa agar tak de apa2 pun yang berlaku. Next week dia nak ke Hanoi. I doakan you selamat pegi dan selamat balik ya sayang..

Nanti lah bila ai dah ready nak sms i will do it. mungkin petang ni mana tau kan..
tapi terpulang lah nanti samada you nak reply ke tidak. Ai tak nak apa yang i pernah rasa seperti tahun lepas berulang kembali. You dah cukup dewasa untuk berpikir dan tau apa yang you lakukan..

Neway, I doakan yang terbaik untuk you..mmmuaaah

Daa

Wednesday, October 12, 2011

Debaran

As Salam,

Since yesterday perasaan ku seakan2 berdebar. Ingatan ku asik tertancap kepadaNya. Aku kirimkan sms tak nak pulak dia reply. Saturday pun cam tu gaks.Bizi bebenor ke dia. Seingat aku dia bagi tau schedule dia on 19/10 dia akan ke Hanoi n next month (November) he's really bizi with the SEA games..atau now dia sibuk kat Kemaman lagi ke. Mcm2 menerjah kepala otak aku ni.

Last week masa kuar ngan aku tu dia komplen stereng keternya x berapa nak function..aku tau dia susah hati. Aku bg tau dia suruh check on Saturday and I remind him again on Saturday morning. But he never reply.

Semalam x sengaja pulak aku tercall no phne dia. Masa tu tgh check message dalam hp aku and let him know yg aku x sengaja tertekan no dia. Aku mmg tak pernah kacau dia time ofis hours. Cuma masa mula2 dulu jer la aku pernah la sms dia time lunch hour. Tapi dia tetap senyap. Aku mmg rasa cam tak sedap hati jer..Jangan la apa2 jadi kat dia..I really miss him so much.

Apa2 pun aku tetap berdoa akan kesejateraanya. I do not want to jump to any conclusion. I jez wait for his reply. Hope to receive his reply any of this days.

Daa..

Monday, October 10, 2011

Appointment - 7/10/2011

As Salam..

Firstly aku nak ucap salam takziah buat temanku Mala yang baru sahaja kehilangan ayahnda tercinta pada hari sabtu yang lalu. Aku dah war2kan kepada semua teman2 melalui facebook dan sms. Itu tanggungjawab aku sebagai seorang teman dan setiausaha geng2 convent badge '85.

Apa yang aku nak update dalam n3 hari ni date aku pada hari Jumaat lepas. Sepatutnya kami jumpa hari Khamis tapi dia last minit sibuk pulak. So our appointment postpone on Friday - 7/10/2011.

Sebenornya aku idak le harap sangat dapat jumpa dia last Friday, sebab lingkungan tugasnya yang tak menentu. Tawakal jer la kan. At 4.48 me receive sms from him tanya kul bape nak jumpa. Selalunya tak pernah awal dia sms..hehehe. Aku reply kata aku balik kul 6 petang and dia suruh aku tunggu tempat biasa. Dalam kepala ni pikir nak tengok citer apa malam ni..tp sangkaan aku meleset. Kami x tengok wayang. Tak tau dlam masa yang sama perasaan aku berdebar2 pulak nak jumpa dia..kenapa eh!. tapi aku idak le nak layan sangat. Excited tu memang la kan..hehehe.

Aku mmg tak bawak keter setiap kali jumpa dia. Hari tu dia dah sound bila nak bagi dia rasa naik keter aku..aku senyum n jawap..ai malam2 tak berani nak bawak..nanti le next appt..hehehee.

Naik jer keter terus dia ckp kita ke KL ler..maka aku pun guide le dia nak ke KL ikut Federal Highway. Tapi alhamdulillah jalan x jem sangat. May be sebab org dah balik awal nak tengok bajet kut..Cuma nak menyampaikan ke KL tu ler jem sikit tapi bergerak.

Aku tnya KL nak kemana semenarnya. Ktanya nak amik document kat kawan dia kat Parlimen. Sepanjang jalan kami bercerita pasal bajet yg PM dah umumkan.

Masa nak keluar dari bangunan tu, aku tercium bau kemiyan. Tapi aku diam jer. Yang buat aku geram tu Pak Buj boleh tanya aku "you ada bau apa2 tak?". Lama baru aku cakap yer. Lepas tu terus dia kata tempat ni mmg keras, bla bla bla. Nak jer aku sekeh dia tegur benda2 macam tu. Mana tau kut menyembui keluar sapa nak jawap.Eee simpang ler. tapi mamat ni selamba jer.

Dari situ kami terus singgah di PJ menikmati makan malam. Lepas antar aku balik dia ada appointmnet dengan kawannya.

Itu la appt aku dengannya Jumaat lepas. Lagi 2 minggu dia nak ke Hanoi..huhu. pasti aku merinduinya. Next month pulak lagi la dia bizi dengan SEA games..aduss! lagi la jarang dia nak call/sms aku..huhu.Tapi aku memahami sebab itulah tugasnya..

Ok la, teman chao dulu..idea tadak..

Daa..

Tuesday, October 4, 2011

Windu dia..

As Salam..

Rinduku bertandang lagi. Ntah kenapa tiba2 teringat kat dia. Last Friday aku sms dia kat Kemaman. Ingat malas jugak nak sms. Bukan apa takut mengacau le pulak kan. Tambah orang penting cam dia..

Namun aku tak leh nak membohongi diriku. Semalam aku gagahkan juga antar satu short sms padanya 'abg, rinduuunya..mmuaah'. kataku. Aku tak kisah pun samada he wants to reply or not. Tak sampai satu minit aku dapat sms balik dan dia jawap "abang pun sama syg, tp asik sibuk kat kemaman ni handle mangsa ribut."..huhuhu

Tapi tak kisahlah kan as long dia nak reply. Tapi cara dia reply tu rasa cam sweet sangat2. Itulah kami. Katanya dia akan pastikan minggu ni kami dapat ketemu..insyallah.

Aku nak chao dulu..

Daa

Monday, October 3, 2011

Weekend Activity - 1 & 2/10/2011

As Salam..

Pagi2 lagi aku dah bergerak ke Saujana Utama Sg. Buluh. Adik mintak tolong ikut dia pegi serbis keter kat PJ. Berkonvoi le kami 2 beradik. Tujuannya kalau lambat siap boleh le balik dulu n kemudian datang balik amik keter.. Time ni Federal Highway ok gak la. Aku sebenarnya tak pernah bawak jauh2 selain dari pegi sungai buluh..hehehe. Tapi aku slow2 le follow my bro kat depan..

Sampai di Nissan servis centre kami pun tunggu le sampai tengahari. Ingat dah siap, tp ada items yang belum di pasang lagi. So kena tunggu. Perut pun dah agak lapor gak la. Udah dekat pukul 1 tengahri. So adik aku bawak pegi makan kat kedai Khatijah Ibrahim. Aku order mee goreng jawa + air longan and my bro order nasi putih + daging blackpepper + asam pedas ikan tenggiri n air manggo. Not bad jugak la makanan kedai Kathy ni. Masa kami sampai si Khaty pun ado..

Tunggu punya tunggu last2nya keter my bro siap kul 4 lebih..sempat le aku tido sementara nak tunggu keter siap. Balik pulak menempuh jem di Federal Highway especially kat Tol Batu 3 tu..aduss!..bukan apa aku sebenarnya seriau nak bawak jem2 ni. Tapi alhamdulillah sampai dengan selamatnya di rumah adik aku di desa coalfields.

Lepas maghrib kami ke kedai. Tolong le apa yang patut. Dinner tuk malam tu kami makan tomyam campur + kerabu mangga. Supper pulak makan roti telur n roti bom..hahaha. Padahal dah kenyang tu, masih nak mengunyah lagi..Dah le aku selsema n batuk..layan je la makanan2 tu..

Sunday pulak aku bangun kul 10 pagi. Punya la panas cuaca. Bangun terus mandi dan sarapan pagi nasi dagang n air teh. Lepas tu siap2 follow my brother pegi beli barang tuk kedai di NSK Rawang..Balik dari Rawang terus singgah kedai dan lepak kat kedai sampai kul 4 petang. Ramai gak customer siang tu. Aku tolong apa yang patut.

Gerak dari Sg Buluh jam 5.30 petang sbab nak jumpa mek ha amik aku punya Digi Sim card. Sempat pekena rojak n cendol. Sampai umah kul 7 lebih.

Agak penat jugak la aktiviti hujung minggu ni. Tak cukup rehat,but me enjoy..

Daa..